Pages

Saturday, 7 June 2014

[VIDEO] Seorang Lelaki Terperangkap di Dalam Lif Bersama Wanita Berniqab


video ni aku terjumpa masa tengah belek-belek news feed kat FB tadi. bila aku bukak video ni kat Utube, ramai gile orang yang komen and bertikam lidah tentang video ni. ada yang sokong, ada yang bantah, ada jugak yang cakap video ni hina agama Islam la, tak betul lah, tak sepatutnya buat camni lah, sepatutnya buat camtu lah,.. aku baca aje, tak komen pun. kalau korang nak tau , tengok lah video kat bawah ni,..




so, apa pendapat korang? wajarkah tindakan perempuan tu? ada aku baca kat komen tu, dia cakap pembikin filem ni non muslim.. aku pun tak tahu lah kesahihannya. tapi bagi aku , aku sokong komen yang cakap kenapa lelaki tu aje yang tak bukak baju dia buat balut luka tu? tapi ada jugak yang bantah komen ni , sebab dia kata agak tak sopan la bukak baju depan perempuan 'Muslim' . aku geram aje nak jawab "habis bukak tudung depan lelaki tu sopan sangat kerrrr???" well, at least badan lelaki bukan aurat kan? memang la agak tidak senang dilihat, tapi seorang perempuan Muslimah, takkan la sanggup jatuhkan maruah sendiri, bukak aurat sendiri, sedangkan ada cara lain yang lebih sesuai digunakan? bab yang cakap sepatutnya perempuan tu bukak niqabnya aje, bukan sekali denga tudung dia, aku nak bahas jugak isu ni sebenarnya , tapi aku ada terbaca ada orang yang komen kat FB aku tu, ada niqab yang memang dibuat sekali dengan tudung ,,(it means melekat and tak leh cabut) so aku ambil kira komen tu lah... tapi yang aku tak puas hati lagi, masa scene minum air tu hah.. kenapa video ni menampakkan seolah-olah muslimah ni terlalu arrogant dan tak boleh bercakap langsung macam orang bisu, hah? video ni macam nak kata yang ko takyah tegur la kalau nampak pompuan pakai niqab, sure diorang tak balas punya. lelaki tu hanya hulur air aje kat pompuan tu, bukannya nak mengorat ke ape. dah kalo taknak, cakap la 'no thanks' ke. .. sopan jugak. ni tak , main geleng kepala aje. pastu buat-buat bodo. dah tu, buat muka tak malu, amek botol air tu, selak niqab, teguk air depan lelaki. minum pakai tangan kiri pulak tu!!! sebenarnya boleh aje kan ko pusing sikit badan ko tu menghadap dinding lif. pastu kalo nak selak pun, ko selak bahagian depan aje. selagi lelaki tu tak intai, dia takkan nampak aurat ko tu hahh!!! eyy.. geram tul aku tau! dah la, malas nak bebel banyak-banyak. bukan ada orang nak baca pun. kihkihkih... and apa pendapat korang pulak? kalau ada yang salah dalam bebelan aku ni, mohon lah tegur and kasi pendapat korang ok.. wassalamualaikum..

Menakjubkan! Robot Pertama Didunia Yang Boleh ‘Membaca’ Emosi Manusia".


Sebuah syarikat di sini menghasilkan apa yang dipercayai robot pertama di dunia yang boleh ‘membaca’ emosi manusia.

Menurut syarikat berkenaan, Softbank, robotnya yang diberi nama Pepper akan mula dijual Februari dengan dengan harga 198,000 yen (RM5,900).

Meskipun tidak berkaki, Pepper dilengkapi tangan yang boleh memujuk. Menurut syarikat berkenaan, Pepper menggunakan ‘enjin emosi’ dan kepintaran buatan untuk mengkaji tingkah laku, ekspresi dan nada perbualan manusia. 




“Matlamat kami ialah untuk menghasilkan robot pengasih yang boleh membuat orang tersenyum,” kata syarikat berkenaan.

Menjadikan robot sahabat adalah popular di Jepun, tetapi sehingga ini belum ada robot seumpama itu yang mencapai kejayaan besar di pasaran.
  - Agensi  
 



Jom saksikan video berikut ini: 
 
 
sumber 

Kutub Bumi Kian Menyongsang, Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi?

Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
saljidimalaysia
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
sumber: sinarharian, billyinfo.blogspot.com

Panadol boleh MEMBUNUH.

"Jangan Ambil Panadol & Panadol activefast / Soluble Lagi"

"Mengikut statistik, panadol atau ubat tahan sakit yang lain adalah merupakan salah satu bahan utama orang membunuh diri. Malah, panadol juga merupakan punca kematian tertinggi akibat keracunan disebabkan tersalah makan oleh kanak-kanak. Tapi kenapa panadol berbahaya? Panadol@ paracetamol atau nama saintifiknye acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang sering diambil untuk menghilangkan sakit. Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit. Panadol dikatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid adalah kerana panadol mudah didapati serta dijual di merata tempat." okay yang ni aku petik kat google :P

yang ni cerita betol gua cakap lu. sebab doctor kat hospital tempat aku wat medical check up pon kata Panadol tak elok untuk kesihatan. korang makan lahh ubat lain selain ni. macam ubat2 cina ke pun okay gak. ubat cina bagus. doctor tu kata lahh.


Aku pun pernah dengar cerita yang ada seorang pramugari tuh telan terlalu banyak Panadol semasa kedatanga n haid. sebab tugas dia perlu berdiri sepanjang masa penerbang an so dia tak boleh nak pening2 tu yang makan panadol banyak2. sekarang dia baru berumur 30-an tapi dah kena menjalani rawatan buah pinggang tiap2 bulan. takot takk?? huhu.


note:
korang jangan sesekali campurkan pengambilan ubat-ubatan moden yang korang ambil kat klinik or hospital dengan ubat-ubatan tradisional yang atok nenek korang buat or ubat tradisional cina.
boleh bawak mati okay.
Lecture aku punya member punya bapak. *hey brapa banyak punya daaa.
dia batok2 pastu dia g klinik ambil ubat.
pada masa yang sama dia makan ubat tradisional sekali.
sebab nak cepat baik punya pasal.
last2 meninggal esok nya. huhu. seram aku dengar.


p/s: Lect aku JUGAK kata tak bole makan durian dengan manggis sekali gus. boleh mati. betul ke? tak pernah pulak aku dengar. huhu. dia kata tok nenek moyang dia kata. siapa pernah cuba? hidup lagi tak korang? haha. nak tahu jugak sejauh mana kebenaran cerita tuhh. hehe