Pages

Saturday, 7 June 2014

Menjijikan! Buku Kuno Kurun Ke-19 Diperbuat Dari Kulit Manusia.


Pakar di Universiti Harvard mengesahkan satu naskhah buku dari kurun ke-19 yang tersimpan di perpustakaan pusat pengajian elit itu menggunakan kulit manusia sebagai kemasan akhirnya.

Saintis menjalankan siri ujian ke atas buku karya penulis Perancis, Arsene Houssaye berjudul ‘Des destinees de l’ame’ yang tersimpan di perpustakaan Houghton.

Mereka sangat yakin bahawa bahan yang digunakan untuk kulit buku itu diperbuat daripada kulit manusia.

Menurut jurucakap perpustakaan berkenaan, Houssaye menyerahkan buku dianggap ‘meditasi jiwa dan kehidupan selepas mati’ kepada seorang rakannya yang bertugas sebagai doktor pada pertengahan 1880-an.

Dr Ludovic Bouland yang menerima naskhah itu menjilid buku berkenaan dengan kulit mayat seorang wanita pesakit mental yang tidak dituntut.

Bouland juga meninggalkan sekeping nota di dalam buku itu yang bertulis: “A book about the human soul deserved to have a human covering” (Buku mengenai jiwa manusia layak dibalut manusia).

Walaupun penjilidan buku menggunakan kulit manusia menakutkan pada zaman kini, jurucakap itu berkata, ia bukanlah sesuatu yang baru. “Dinamakan sebagai anthropodermic bibliopegy, penjilidan buku menggunakan kulit manusia bermula sejak abad ke-16.

gambar hiasan

“Buku yang memuatkan pengakuan penjenayah juga kadang-kala dijilid menggunakan kulit penjenayah terbabit.

“Begitu juga individu yang mahu diabadikan dalam bentuk buku bagi keluarga atau kekasih mereka,” katanya.

Nota Bouland turut merujuk buku lain dalam koleksinya, De integritatis dan ‘Corruptionis virginum notis’ karya Séverin Pineau turut menggunakan kulit manusia.

Kulit yang digunakan pada buku abad ke-17 itu kini berada dalam koleksi Perpustakaan Wellcome di London.

Laporan akhbar universiti itu pada 2006 menyatakan, sekurang-kurangnya ada tiga naskhah buku di universiti berkenaan menggunakan kulit manusia.

Namun, Perpustakaan Houghton menyatakan, ujian ke atas dua lagi naskhah di Perpustakaan Fakulti Perundangan Harvard dan Perpustakaan Fakulti Perubatan Countway menunjukkan ia sebenarnya adalah kulit kambing.hmetro.com.m



 

NGERI WANITA DI BAHAM BUAYA KETIKA BERGAMBAR DI TEBING SUNGAI

"AIR YANG TENANG, JANGAN DI SANGKA TIADA BUAYA"
Video yang bakal kita lihat di bawah ini sangat ngeri dan memeranjatkan sekali! Pengajarannya jangan bergambar di tepi sungai kerana "Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya".
Baik punya posing...senyum! senyum!
Buaya besar muncul secara tiba-tiba!
Insiden berlaku ketika salah seorang dari wanita itu bediri betul-betul di tepi sungai yang cantik dan tenang lalu menyuruh rakanya mengambil gambar.

Terus membaham...
Tanpa belas kasihan...
Rakannya menjerit...Tolong! Tolong!...
Yang timbul...Hanya beg tangannya saja...sadis sungguh!
Tiba-tiba tanpa di sangka muncul seekor buaya besar dari dasar sungai lalu membaham wanita tadi dengan ganasnya. Rakan wanita itu panik dan menjerit sekuat hati kerana ketakutan dan terperanjat yang amat sangat.

lihat video dibawah


sumber 

Antara Nilai-Nilai Islam Di Dalam Angry Birds


Angry Birds.. Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka.
Sedar tak kita…
Jawapannya sebab….
..dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.
Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya!
Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…” (At-Taubah 9:110)
2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.
3) Tanzim (organisasi)
Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
Tidak. Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.
Kenapa? Sebab Saidina Ali mengatakan:
“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.
Yang reti potong kayu pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu
Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.
Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam?
“eh silap”
Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.
5) Taat
Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.
Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.
6) Ukhuwah
Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka.
Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara.
Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka.
Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud gameAngry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.
Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)
Sedarlah. Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.
Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.
Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang..
“Ukhuwah Teras Kegemilangan”
Dipetik dari Facebook

Menakjubkan! Lukisan Pada Tubuh Badan Wanita Yang Menggiurkan.

 Trina Merry adalah  bodypainter yang berpangkalan di San Francisco, yang menggunakan manusia hidup sebagai kanvas.  Berikut imej datang dari beliau ""Projek Motosikal Manusia"   dicipta sepenuhnya dari badan manusia  tidak berpakaian diikat di antara satu sama lain. Imej-imej telah digunakan untuk  Progresif Show Motosikal Antarabangsa di New York.

"Semua orang telah melihat gambar-gambar wanita hampir tidak berpakaian dengan motosikal dan kereta, dan mungkin kelihatan agak tidak memuaskan," kata Terry. "Saya mahu mengambil idea seorang wanita yang cantik dan motosikal dan mengubahnya menjadi  basikal kepada badan-badan model."