Pages

Thursday, 12 June 2014

Lelaki Dari Amerika Tanam Cip Komputer Dalam Lengan


Seorang lelaki asal Pittsburgh, Amerika Syarikat, menggelarkan dirinya sebagai seorang cyborg. Dia memasang implan cip komputer ke dalam lengan tangan kirinya. Dan dahsyat, pemasangan implan itu dilakukan sendiri tanpa prosedur bius.

Tim Cannon, lelaki yang menyebut dirinya sebagai 'do-it-yourself cyborg'. Dalam wawancara dengan salah satu channel di YouTube, Motherboard TV, Tom menjelaskan alasan pemasangan implan cip komputer tersebut ke tangannya.

Dia sengaja memasang cip tersebut yang kemudiannya bersambung ke tablet android miliknya melalui sambungan Bluetooth. Cip tersebut sengaja dimasukkan ke lengan untuk memantau suhu tubuhnya. Lampu berwarna hijau akan menyala dan kelihatan dari balik lengan Tim, ketika suhu badan lelaki tersebut berubah menjadi lebih panas atau sejuk. Canggihnya lagi, cip tersebut juga boleh memberikan mesej teks ke tablet android lelaki yang bekerja sebagai software developer di Grindhouse Wetware itu.

Tim mendakwa dirinya sebagai orang pertama yang melakukan implan cip komputer ke dalam tubuhnya. Dia tertarik melakukan hal itu agar boleh hidup lebih lama atau panjang umur.

"Aku ingin hidup hingga 1,000 tahun. Aku tidak mahu mati. Aku tidak mengerti kenapa ada yang mahu mati," katanya seperti dipetik NY Daily News.

Prosedur pemasangan implan cip komputer tersebut dilakukan Tim bukan di hospital. Menurutnya, tidak ada doktor yang mahu melakukan implan tersebut kerana memang melanggar peraturan pihak berkuasa.

Dia memasang implan cip komputer itu dengan bantuan 'body modification artist' dan pakar tatu Steve Haworth. Dahsyat, prosedur tersebut dilakukan tanpa bius. Dia hanya menggunakan ais untuk menahan rasa sakit.

"Banyak sekali kesakitan dan jeritan. Badan saya seperti sudah ditikam berkali-kali," ujarnya menggambarkan betapa menyakitkan prosedur pemasangan implan cip komputer itu




Gambar Luarbiasa Binatang Yang Pakar Dalam Penyamaran


Apa yang mengagumkan tentang haiwan adalah pada dasarnya dalam penyamaran. Ada yang kuat,  licik, dan ada yang cantik. Tetapi mereka semua mempunyai satu persamaan: naluri untuk terus hidup. Dan cara mereka hidup kadang-kadang begitu sempurna yang tidak ada pada binatang-binatang lain.














Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.



Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. 

Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :




Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.


Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara.

15 Gambar Gaya Hidup Jutawan Dubai Yang Melampaui Batas

15 Gambar Gaya Hidup Jutawan Dubai Yang Melampaui Batas | Umum mengetahui tentang kekayaan yang dimilik oleh pak-pak Arab di Dubai yang mana menyaksikan bangunnya sebuah bandar mewah Dubai, dari sebuah tanah padang pasir yang gersang. Tapi di bawah merupakan 15 gambar gaya hidup jutawan Dubai yang tampak sangat melampau batas. Apa pendapat anda?