Pages

Friday, 13 June 2014

Kisah Hantu Lilin Di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Kisah Hantu Lilin Di Dataran Bandaraya Johor Bahru | Sekitar tahun 1995,Johor Bahru di gemparkan dengan kemunculan Hantu Lilin di Dataran Bandaraya Johor Bahru.Kisah bermula apabila satu keluarga beriadah di waktu malam sambil menikmati angin laut & pemandangan di Dataran Bandaraya.Mereka mengambil gambar di air pancutan yang terletak di tepi tangga menara jam.Selepas penat bergambar mereka pun pulang ke rumah dan keesokkannya menghantar rool filem kamera mereka untuk di cuci.(Zaman dulu belum ada Kamera Digital yea) .Sebaik di cuci dan gambar di amik mereka terperanjat apabila salah satu gambar mereka terdapat imej hantu sedang memegang lilin.


Untuk pengetahuan korang semua,masa tu aku bekerja sebagai kerani biasa di Pejabat Barita Harian & Metro Bandar Baru Uda sementara menunggu keputusan SPM keluar.Dua hari sebelum cerita ini keluar di Harian Metro, keluarga ini ada menghubungi pejabat Berita Harian untuk di beritahu tentang kejadian tersebut dan akulah yang menyambungkan talian mereka kepada wartawan Harian Metro.Mulanya wartawan tidak percaya dan meminta mereka hadir dengan membawa gambar tersebut.Tapi bila mereka datang dan membawa gambar & negetif filem gambar hantu tersebut barulah wartawan percaya dan berjanji akan mengeluarkan cerita itu di Harian Metro.Aku dan beberapa pekerja yang lain sempat melihat gambar yang mereka bawa memang original dan tiada kesan teknik imposed pun. 


Sehari hari selepas itu Harian Metro pun mengeluarkan cerita "HANTU LILIN " di muka surat depan berserta gambar yang mereka dapat.Kalau tak silap aku itulah kali pertama Harian Metro Johor mencapai jualan 1juta naskah.Telefon kat pejabat aku berdering-deriang dari pagi sampai ke malam sampai aku tak larat nak menjawap untuk disambungkan ke wartawan.Aku yang bukan wartawan ini pun dah jadi macam diaorang menjawap segala pertanyaan berkenaan gambar tersebut.Kecoh & heboh satu Johor sampaikan Mufti pun beri komen di rancangan TV dan surat khabar keesokkannya.


DATARAN BANDARAYA yang dulunya tempat melepak dan memadu kasih bagi pasangan yang bercinta menjadi sunyi sepi lebih-lebih lagi pada waktu malam.Tak ada seorang umat pun kelihatan merayau di waktu malam seperti selalu.Lebih kurang setahun jugak lah tempat tu jadi sunyi sepi.Tapi sekarang pembangunan di sekitarnya menjadikan Dataran Bandaraya Johor Bahru salah satu destinasi pasti lawat di Johor Bahru.
 

EKSKLUSIF - 19 Gambar Mesir Pada Tahun 1870 Yang Disorokkan Dunia

EKSKLUSIF - 19 Gambar Mesir Pada Tahun 1870 Yang Disorokkan Dunia | Mesir merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah tamadun yang sangat lama. Ada pepatah mengatakan, pihak yang memiliki Mesir, akan memiliki dunia (jadi sebagai kuasa dunia). Wallahualam. Anyway, di bawah merupakan 19 gambar Mesir pada tahun 1870 yang ramai tak pernah tengok. Saksikan.





















 
 

7 Gambar Taman Neraka Yang Ngeri Di Thailand

7 Gambar Taman Neraka Yang Ngeri Di Thailand | Tidak pernah mendengar rasanya satu taman yang dikenali sebagai Taman Neraka. Kebiasaannya kita mendengar ada taman rama-rama, buaya, ular dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, ini adalah taman yang paling menakutkan yang pernah dilihat. Taman ini terletak di Bangsaen Beach di Chonburi, dimana terdapat sebuah kuil yang dikenali sebagai Wang Saen Suk. Ini bertujuan untuk menunjukkan pengunjung tentang hukuman jika buat dosa. Bayaran masuk ke taman neraka Wang Saen Suk ialah 20 Baht. Jom lihat gambar di bawah ini.






 
 

Thursday, 12 June 2014

Kejam! Kisah Benar Anak Paling Derhaka Di Kuwait

Kejam! Kisah Benar Anak Paling Derhaka Di Kuwait | Kejadian aneh ini dikatakan berlaku di Kuwait yang melibatkan seorang anak yang derhaka kepada ibu nya. Dua orang anak perempuan tidak mengetahui bahawa ibu mereka telah meninggal dunia 8 bulan yang lalu. Padahal mereka hidup dalam flat yang sama.

Mayat Ibu Dijumpai Selepas Lama Meninggal Dunia
Baru diketahui setelah tubuh ibu mereka mengurai dan hanya tinggal baju dan tulang dibalut baju. Seperti diberitakan Today 's Opinion, Kamis (24/4/2014). Akhbar Kuwait, Al-Wathan, Rabu (23/4/2014) mengkhabarkan bahawa hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu meninggal 8 bulan yang lalu.

Sedangkan perisikan menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh kedua-dua anak perempuannya. Kedua anak telah diperiksa dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka. Hal itu menurut pengakuan mereka, kerana mereka sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka termasuk keluarga yang kurang mampu. 

Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar rumah di pagi hari, dan pulang di malam hari. Mereka kira ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti biasanya. Oleh kerana itu, dia dibawa ke rumahnya. Setelah masuk bilik barulah diketahui bahawa ibunya sudah meninggal dan hanya tinggal tulang yang tertutup bajunya. 

Nota : jadikan kisah ini sebagai pengajaran . jangan biarkan ibu korang bersendirian ye. ni lah akibat duduk 1 rumah tetapi 8bulan tidak tengok kedaaan ibu. Malang sungguh anak ini ..