Pages

Wednesday, 2 July 2014

Lelaki Berwajah Sotong Jalani pembedahan


China: Pasukan perubatan pembedahan wajah seorang lelaki yang berasal Hunan, China. Kerana, lelaki itu mengalami kelainan genetik pada sistem sarafnya sehingga ia berwajah seperti sotong.

Pembedahan wajah Huang Chuncai berlangsung di sebuah hospital di Guangzhou, Guangdong, China, bertepatan dengan perayaan Krismas pada Rabu (25/12). Pasukan doktor berjaya membuang tumor di pipi kiri Chuncai yang beratnya mencecah 1.5 Kg.

Chuncai perlu menjalani dua kali pembedahan. Sehingga ia boleh mendapatkan wajah normal.

Lelaki berusia 37 tahun itu mengalami Neurofibromatosis. Kelainan itu mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan jaringan sarafnya. (Reuters)


Tuesday, 1 July 2014

Video Kesan Dari Dadah Paling Bahaya 'Krokodil

Sejenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil ( buaya) . Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan menakutkan, yang akan mengikis kulit, daging dan tulang dari para penggunanya .

Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf lain

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga kira-kira $ 40 per- dos. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dengan kodein ubat berasaskan penahan sakit dan bahan- bahan konsumsi rumah tangga yang lain .

Foto- foto di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari ubat terlarang ini . Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat ketara, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit penggunanya . Kulit dan daging terkelupas dari tulangnya.

Foto sangat mengerikan , tidak sesuai untuk orang- orang yang sensitif terhadap luka.


sumber

Gambar Budak 18 Bulan Tertusuk Penyepit Dari Mulut Tembus Ke Otak


Seorang kanak-kanak di China memerlukan pembedahan otak kecemasan selepas tertusuk penyepit di dalam mulutnya semasa berjalan. 

Penyepit dikatakan masih dalam mulut Li Kaiyi apabila dia tersandung dan jatuh ke hadapan, menyebabkan penyepit tersebut tertusuk tembus dari lelangit mulut hingga ke dalam otak. 

Kanak-kanak 18 bulan berada di rumah seorang temannya di Yueyang di Hunan Province, China apabila kemalangan ini berlaku. 

Selepas makan malam, Li sedang bermain dengan rakan-rakannya apabila dia tersandung dan dikejarkan ke hospital di mana pasukan perubatan melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang penyepit itu. 

Pakar Bedah Liu Jinfang berkata: 'penyepit itu telah tertusuk sedalam 2cm ke dalam tisu otak, dan beliau amat bernasib baik kerana penyepit itu tidak mencederakan batang otak atau saraf utama.' 

Kanak-kanak itu dijangka akan berada lama di hospital untuk pemulihan penuh.




Siapa kata Wanita Gemuk Tak Cantik, Ini Buktinya


Siapa kata wanita gemuk tidak boleh cantik, buktinya Moran Barrannes boleh melakukannya, dia berjaya menjuarai pertandingan kecantikan dan foto-foto juga sangat digemari di dunia maya. Ingin tahu bagaimana kecantikan moran, berikut foto-foto beliau.