Pages

Saturday, 2 August 2014

Gambar Terkini Adik Firdaus Yang Semakin Sihat Dan Berisi




SEREMBAN: Remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar, jam 9.40 pagi tadi.


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Abdullah Hanapi, berkata Firdaus akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan sementara terhadap remaja itu.


Katanya, hak penjagaan sementara selama sebulan itu dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, di sini.




"Sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal di Taman Sinar Harapan atau tidak," katanya hari ini.

Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan tubuhnya kurus kering dalam sebuah rumah yang kotor ketika operasi Jabatan Imigresen memburu pendatang tanpa izin, di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lalu.






gambar terdahulu



View the original article here

Inilah Tempat Pelancongan Paling Menyeramkan Di Mesir



 Biasanya, muzium dijadikan lokasi untuk melihat mumia. Di sana,pelawat akan didedahkan dengan  mumia yang dilindungi dengan dinding kaca. Tetapi anda hanya boleh sekadar melihatnya saja.
Meskipun begitu, rasa ngeri dan seram tetap menyelimuti perasaan setiap pengunjung yang datang. Untuk yang ingin pelancongan lebih mencabar, cubalah datang ke sekitaran puncak Gunung Dakhla, Gebel Edmonstone, Mesir.

Di sini ada sebuah perkuburan purba bernama Muzawaka. Dipetik dari laman web rasmi pelancongan Mesir, pengebumian ini sudah ada sejak peradaban Romawi.

Sejak ditemui pada tahun 1972, Perkuburan Muzawaka jadi tarikan pelancongan yang terkenal di Mesir.Muzawaka juga menjadi tempat pelancongan yang paling mengerikan di sana.Berada di pergunungan, Muzawaka dihuni oleh banyak makam dan mumia. Ada banyak mumia dan tulang berselerakkan di sana.

Entah kerana memang sengaja diletakkan begitu saja atau kerana digali haiwan buas. Yang pasti pelancong boleh melihat dengan jelas.

Bukan cuma itu, jika berani pelancong yang datang boleh menyentuhnya, tapi jangan sampai merosakkan mumia. Tidak hairan jika objek pelancongan ini jadi salah satu yang paling seram di Mesir.

Melihat ke sekitar pengebumian, ada lukisan yang terukir cantik di dinding. Menurut ahli arkeologi, lukisan tersebut menggambarkan adegan orang yang menyembah Dewa Petorisis dan Sadosiris.

Untuk pergi ke makam Muzawaka, ada banyak agen tempatan yang menyediakan pakej pelancongan ini. Anda juga boleh menyewa kereta dengan pemandu tempatan yang akan membimbing pelancong menuju Muzawaka.





sumber
View the original article here

Wanita Israel Anggap IDF Hero, Berlumba Memuat Gambar Seksi Di Facebook


Serangan oleh Israel yang bermula sejak 8 Julai lalu telah menyebabkan lebih 1,300 warga Palestin terkorban dan lebih 7000 yang lainnya tercedera.

Di pihak israel pula, sekurang-kurang 50 tentera IDF melayang. Banyak pihak yang menyeru agar israel memberhentikan serangan termasuk PBB, John Kerry, artis Penelope Cruz bahkan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Walaupun begitu, ramai rakyat israel yang menganggap pejuang-pejuang IDF mereka yang menyerang Gaza sebagai hero mereka. Hal ini boleh dilihat dengan wanita-wanita israel membuat tatu sebagai tanda sokongan kepada kumpulan IDF.

Yang lebih memeranjatkan, mereka yang menganggap IDF sebagai hero ini kini mempunyai fanpage sendiri di facebook yang bernama "Standing with IDF" dan berlumba-lumba memuatnaik gambar bogel mereka di fanpage berkenaan, konon-kononnya memberi sokongan kepada askar IDF. Semoga mereka semua ini dilaknat sampai mati -

Gambar Fazura selamba pakai skirt paras peha di Hari Raya kelima

Sememangnya sudah menjadi kemestian bagi kalangan artis untuk berkongsi gambar-gambar peribadi mereka di laman Instagram sebagai tatapan peminat. Kalau pada bulan ramadhan ramai artis memuatnaik gambar bersolat, pergi ke masjid dan sebagai, di hari raya pula, keadaan sudah berubah.

Beberapa selebriti terkenal sudah mula kembali ke cara penampilan mereka yang sediakala seperti Fazura. Memang nampak cantik dan cun menggoda namun kurang disenangi sebahagian peminat kerana pemakaian sedemikian dikatakan kurang sesuai ditonjolkan di Hari Raya. Benarkah?