Pages

Monday, 18 August 2014

Wanita cantik Terkilan diaibkan di facebook oleh kawan sendiri



KUANTAN - Seorang mahasiswi bukan sahaja berdepan dengan situasi memalukan dan menyedihkan tetapi terkilan apabila diaibkan seorang rakan lelaki di laman sosial Facebook, tiga hari lalu.

Wan Nur Shaqyra Husna Wan Azlan, 21, menerima kiriman gambar daripada aplikasi ‘WhatsApp’ daripada rakan baiknya kelmarin yang menunjukkan gambar mereka diapit dengan gambar binatang iaitu anjing dan khinzir.

Menurutnya, sebaik menerima gambar itu, dia terkejut dan sedih selain rasa diaibkan.

“Saya dan rakan tidak tahu apa motif lelaki terbabit menyunting gambar kami dan meletakkan gambar binatang di antara kami.

“Saya hanya mengenali lelaki itu kerana dia berkawan rapat dengan seorang lagi rakan serumah saya ketika belajar di sebuah institusi pengajian awam di Ipoh,” katanya ketika ditemui di sini.

Wan Nur Shaqyra yang juga anak bongsu kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (Bakkiss) Wan Azlan Wan Salleh itu berkata, dia yang sudah tamat pengajian empat bulan lalu bingung dengan situasi tersebut.

Katanya, gambar mereka turut dimuatkan di laman sosial atas nama ‘Jet Pejuang’.

“Selepas melihat gambar itu, saya dan bapa menghubungi lelaki itu supaya meminta maaf dan padam gambar tersebut.

“Dia akur dan meminta maaf namun hanya dibuat secara sambil lewa selain turut membuat kenyataan berbaur ugutan,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Nur Syaqyra membuat laporan polis di Balai Polis Beserah untuk membersihkan namanya dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Sementara ibu Wan Nur Syaqyra, Nora Muda, 46, turut melahirkan rasa sedih di atas insiden yang menimpa anak bongsunya.

“Perkara itu tidak wajar berlaku dan ia memalukan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya cukup berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan si pelaku patut diadili,” katanya.


sumber

Adoi Parah... Pengantin Perempuan Silap Rumah


Adoi Parah... Pengantin Perempuan Silap Rumah - Seorang pengantin perempuan dibawa ke rumah pengantin lelaki lain oleh rombongan yang mengiringinya.

Dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian yang memalukan itu pada saat akhir.

Penduduk kampung berhampiran berbaris di sepanjang jalan raya untuk menyambut ketibaan pengantin perempuan yang menaiki sebuah kereta mewah sambil diiringi kenderaan lain dan mereka membunyikan hon kenderaan masing-masing untuk memeriahkan suasana.

Apabila rombongan itu tiba di rumah pengantin lelaki berkenaan, satu rombongan pengantin perempuan lain juga berhenti berhampiran rumah yang sama.

“Hon kenderaan dan muzik dihentikan tiba-tiba dan orang ramai mula ketawa.

Anggota keluarga pengantin lelaki meluru keluar dari rumah dan memberitahu rombongan pengantin perempuan pertama bahawa mereka tersilap pengantin lelaki dan salah rumah,” lapor media tempatan, semalam, lapor Metro Online.

P/s: Gambar diatas hanya hiasan semata dan kejadian ini berlaku kat Yaman. 

Padah !! Seorang gadis risau gambar bogelnya disebar teman lelaki baru

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.




Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.

Sumber: sinarharian

Adi Fashla cedera kemalangan

Bentong: Penyampai radio stesen era, Adi Fashla Jurami, 36, terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak berdekatan Bukit Tinggi, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta.

Jurucakap polis berkata, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu.

Menurut sumber, mangsa sedang bercuti sakit hari ini akibat masalah kesihatan.
FotoADI Fashla mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan itu.

sumber