Pages

Thursday, 4 September 2014

Video : Permainan Kanak-Kanak Yang Paling Memeranjatkan!



Antara tujuan sesuatu permainan dicipta adalah untuk merangsang daya imiginasi dan pemikiran positif kanak-kanak.

Barang-barang permainan sebenarnya boleh membawa kesan yang besar ke atas sikap dan tingkah laku kanak-kanak dalam proses pembesaran mereka.

Sebab itu sesetengah syarikat permainan mengunakan pakar psikologi kanak-kanak untuk tampil dengan permainan yang bukan sahaja menarik tetapi membantu membentuk personaliti kelompok berkenaan.
Namun, dalam ribuan permainan yang dicipta, ada juga yang terlepas pandang prinsip penting yakni permainan harus merangsang pemikiran yang positif dan bukan sebaliknya.


Dalam klip di bawah, dihimpunkan beberapa ciptaan permainan yang mampu merangsang pemikiran kanak-kanak tetapi ke arah yang tidak sepatutnya.

Ada sesetengah rekaan lebih terarah kepada permainan seks orang dewasa berbanding sesuatu yang sepatutnya mengembirakan kanak-kanak.

Malah, ada permainan yang mampu menyebabkan kematian… sampai begitu sekali tahap kejahilan syarikat yang mereka dan memasarkan produk berkenaan.-
View the original article here

2 Gambar Pelajar Asyik ‘Beromen’ Di Parkir Kereta Tanpa Segan Silu



Aksi tak senonoh sepasang remaja di parkir kereta kini tersebar luas di Singapura apabila gambar mereka dikirim ke laman web Stomp.

Dalam gambar tersebut sepasang remaja dengan yang lelakinya masih memakai uniform sekolah kelihatan selamba bercengkerama di tengah-tengah parkir bertingkat dipercayai bahagian bumbung paling atas.
Pasangan ini dirakam berkucup dengan kaki dikepit pada satu sama lain.




Selain menunjukkan masalah moral, orang ramai yang mengulas menyifatkan remaja ini tidak mempunyai rasa malu langsung memandangkan mereka melakukan perbuatan tersebut di tempat terbuka.
Bagaimana pun ini bukan kali pertama remaja Singapura dirakam melakukan hubungan intim di tempat awam.

Mei lalu, satu pasangan remaja turut ‘kantoi’ melakukan hubungan seks di bumbung Politeknik Ngee Ann (Ngee Ann Poly).
- MYNEWSHUB.MY
View the original article here

3 Gambar: Pergh!!! Inilah Girlfriend Baru Sharnaaz Ahmad Yang Super CUN!!!

3 Gambar: Pergh!!! Inilah Girlfriend Baru  Sharnaaz Ahmad Yang Super CUN!!! - Inikah kekasih baru Sharnaaz Ahmad yang dikongsikannya menerusi akaun Instagram baru-baru ini?
Padan dan memang cantik dia ni. Menurut sumber, gadis ini bernama Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dan merupakan seorang pengusaha tudung dan model. 
Malah, gadis berusia 26 tahun itu juga dikatakan pernah berlakon dalam  beberapa siri drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid dan Selamat Malam Kekasih.
Apapun, jika benar ini kekasih baru Sharnaaz, tahniah diucapkan. Kami juga tumpang gembira -.

4 Tahun Tidak Boleh Cium Isteri Sendiri Kerana Penyakit Pelik




Walaupun telah berstatus suami, Mark Steadman, tidak boleh bercumbu dengan isterinya, Louise. Gangguan kesihatan, membuat dirinya terseksa ketika bercuman dengan isterinya. Saraf di kepalanya tersepit. Setiap kali ada sentuhan di wajahnya, Mark akan merasakan kesakitan.

Namun, penderitaan Mark kini telah berakhir. Pakar bedah menepatkan teflon di dalam tengkorak untuk menghentikan hubungan saraf dengan arteri. Ini kerana, geseran akan membuat Mark mengalami kejang.

Dalam dunia perubatan, keadaan Mark ini dikenali dengan Trigeminal Neureligia. Keadaan tersebut mempengaruhi 12 dari 100 ribu orang di UK setiap tahun. Sepertiga di antaranya memilih bunuh diri kerana tidak tahan dengan penderitaannya.

"Ada 250 serangan per hari. Kadang-kadang rasa sakit ini turun hingga lutut, gigi di sisi kanan terasa terbakar," jelas Mark.

Mark menderita penyakit yang jarang berlaku ini sejak 2009 lalu. Selama empat tahun ia tidak boleh mencium isterinya. Pembedahan dilakukan di rumah sakit Queen Elizabeth, UK. Pembedahan yang berjalan selama 6 jam, membuat Mark kembali boleh mencium

View the original article here