Pages

Sunday, 7 September 2014

6 Gambar: Aksi Wanita Dalam Tren Yang Sungguh Kurang Ajar!

6 Gambar: Aksi Wanita Dalam Tren Yang Sungguh Kurang Ajar!- Wanita ini dengan selamba merokok siap lipat kaki dalam tren tanpa menghiraukan penumpang lain yang berada dalam tren berkenaan. 
Beliau dikatakan menghisap rokok sepanjang perjalanan tren tersebut. Kejadian berlaku di Singapura. 
Bayangkan jika anda berada didalam tren tersebut, apa yang anda akan lakukan? 
Apapun, diharap ianya tidak berlaku di Malaysia -.

Saturday, 6 September 2014

Kisah Misteri Hantu Kopek Di Palm Mall Seremban

Palm Mall yang terletak di Seremban pada asalnya sebuah terbengkalai selama 10 tahun telah dibina semula menjadi pusat beli-belah kini menjadi sebutan orang ramai.
Semuanya bermula selepas khabar angin yang disebar oleh sebuah akhbar bahasa mandarin yang mendakwa munculnya kelibat yang tidak diingini di dalam tandas pusat beli-belah tersebut. Disebabkan dari kejadian itu, semua tandas di Palm Mall tidak dipasangkan cermin.

Ada yang mengatakan beberapa orang pengunjung yang menonton wayang di Palm Mall dimana rambut mereka diusik-usik oleh sesuatu. Tidak cukup dengan itu, kaki mereka juga seperti ditarik dari bawah.





GEMPAR !!! Pasangan Remaja Kantoi Tumpang Rumah Wanita Untuk Bersetubuh




Dalam kejadian jam 3.30 petang pada 20 Ogos lalu, wanita berusia 40-an itu baru 
pulang ke rumahnya sebelum menemui dua remaja tidur di dalam bilik.

Gadis berusia 14 tahun itu memaklumkan, dia dirogol rakan lelakinya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan 
Hamzah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila gadis yang tidak lagi bersekolah 
dikatakan mengikut suspek berusia 16 tahun ke rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi 
pada hari sama.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah rakannya, suspek mengajak mangsa masuk ke
dalam rumah berkenaan kononnya untuk menonton televisyen dan makan.

“Mangsa setuju dengan pelawaan suspek dan disebabkan kepenatan, mangsa masuk ke 
 dalam bilik untuk berehat sementara suspek berbual bersama beberapa rakannya di 
 ruang tamu.

“Bagaimanapun, suspek meninggalkan mangsa di rumah itu untuk ke sekolah dan pulang
 semula kira-kira jam 2.30 petang.

“Sebaik pulang dari sekolah, suspek memasak dan menghampiri mangsa yang berehat 
 di dalam bilik sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis
 Kontinjen Terengganu, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan itu, kedua-duanya tertidur dan 
hanya terjaga selepas dikejutkan ibu saudara kepada rakan mereka.

Katanya, wanita terbabit yang terkejut melihat keadaan dua remaja itu menghubungi 
polis sebelum mereka ditahan.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan 
 kerana merogol,” katanya. - Bernama

7 Gambar Gadis Cun Buat Aksi Bangang Di Malam Merdeka



Sepatutnya pada malam merdeka, kita seharusnya menyambut dengan suasana yang penuh patriotik tetapi lain pula yang terjadi dengan pasangan kekasih ini.

Pasangan kekasih romantis ini bangga melakukan maksiat di malam merdeka dengan berkongsi gambar aksi terlampau mereka kepada rakan-rakannya di laman sosial.

Apa pun, Katak Comel mendoakan pasangan kekasih ini diberikan hidayah supaya tidak melakukan perkara bodoh seperti ini pada masa hadapan.