Pages

Monday, 8 September 2014

Bayi Di Mesir Lahir Dengan Rupa Yang Sangat Aneh


Kadang kala kita dihadapkan sebuah realiti kelahiran yang aneh yang ada di sekitar kita baik kelahiran yang dialami oleh binatang mahupun manusia.

Kelainan yang belaku pada kelahiran boleh disebabkan oleh banyak pekara seperti misalnya kelainan genetik ataupun akibat radiasi. Beberapa waktu yang lalu masyarakat Mesir dikejutkan satu kelahiran bayi lelaki dengan struktur wajah yang aneh. Tidak banyak maklumat yang di perolehi dari kelahiran ini,apa pun kita harus bersyukur kerana di lahirkan dengan keadaan yang normal.

         

        

                                  

Penyakit Misteri Buatkan Wanita Ini Kelihatan Pelik

Seorang wanita warga Thailand yang menderita pe-nyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak.

"Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.

"Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menanga-ni penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya.
Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan.

Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun. Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk.

Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah.

Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur.

Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal.

6 Gambar: Pasangan ‘Bajet Comel’ Walau Sokong Pasukan Berbeza


Inilah aksi panas remaja kita zaman sekarang...

Gambar yang dikongsi di laman sosial ini kadang-kadang mengalahkan suami isteri. Malah pasangan yang sudah berkhawin pun segan melakukan aksi sebegini di depan orang ramai.

Contohnya dua mangkuk hayun ini yang perasan kiut agaknya berkongsi keintiman mereka walaupun memakai jersi bola yang berbeza.

Diharap anak muda tidak terikut-ikut dengan perbuatan mereka yang boleh memalukan diri sendiri - Darahidung.blogspot.com

Luahan Datuk Kaiser Gurmet Kepada Eina Azman Buat Ramai Muntah

Ini merupakan luahan dan pengakuan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet sendiri yang mengatakan sejak bercinta dengan pelakon ini, dia tidak lagi makan menggunakan tangan sebaliknya akan disuap Eina Azman.
Ini kata Datuk Kaiser di Utusan:

Sejak bercinta dengan Eina lebih kurang setahun dulu, saya tidak lagi makan guna sudu atau tangan sebab Eina yang akan suap saya
Pengakuan ini menunjukkan bertapa romantiknya pasangan ini sehingga makan bersuap-suap dan sekaligus membuat orang ramai muntah kerana jealous.

Memang sayang betul Eina Azman in kepada suaminya itu. Semoga berkekalan dan bahagia sentiasa. Phewittt ~ sayang awak sampai 7E tutup xoxo.