Pages

Tuesday, 9 September 2014

Gambar Pasangan Remaja Melayu Gila Selfie Dengan Aksi Melampau!


Inilah aksi panas remaja melayu zaman sekarang... Sombong betul bila ditegur. Sebab kubur lain-lainlah orang nak tegur sekarang. Kalau kubur kita sekali boleh juga tolong mana yang patut!

Takpelah, orang tegur sebab ambil berat. Moga couple diberi hidayah untuk bertaubat. Amin…-

Monday, 8 September 2014

Gambar Dari Puncak Piramit Yang Di Ambil Secara Rahsia

Sekumpulan pelancong Rusia berjaya merakam pemandangan dari atas salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Selama lima jam lama mereka telah bersembunyi di dalam kubur berhampiran Piramid Cheops, menggigil menahan sejuk. Mereka bersembunyi di dalam sebelum kawasan tersebut ditutup dan menunggu waktu gelap untuk mendaki pada bahagian puncak. Ketinggian piramid adalah hampir 140 meter. 

Tetap berbahaya, kerana pengawal dapat menyedarinya. Di bawah undang-undang Mesir, penceroboh boleh dikenakan hukuman penjara 1 hingga 3 tahun. 





Ibu Enggan Terima Dan Melihat Anak Baru Dilahirkan Yang Mempunyai 2 Kepala

India – Seorang wanita yang melahirkan bayi berkepala dua, minggu lalu,masih belum mahu bertemu dengan bayinya itu kerana dia masih terkejut dengan keadaan berkenaan Urmila, 28, hanya melihat gambar bayinya itu namun masih belum bersedia untuk menerima mereka.

Menurut doktor, wanita itu masih terkejut dan belum kuat untuk melihat bayi berkenaan, yang hanya diketahuinya berkepala dua sebelum dia bersalin.Keadaannya yang miskin menyebabkan dia tidak mampu untuk menjalani rawatan ultrasound di hospital dan tidak pernah membuat pemeriksaan rutin semasa hamil.

Sementara suaminya, Subhash,32, yang berkerja sebagai buruh di sebuah kilang pula menyerahkan semuanya kepada doktor, namun yang penting adalah kesihatan isterinya.Jelasnya, ketika isterinya mula sakit perut, dia telah dikejarkan ke hospital dan selepas mengetahui bayi yang dikandungnya berkepala dua, mereka sungguh terkejut.

“Saya adalah bapa mereka dan akan melakukan apa saya untuk mereka. Saya serahkan kepada Tuhan.“Sama seperti mana saya menjaga anak perempuan saya, saya juga akan menjaga bayi ini namun ia bergantung kepada doktor. Saya masih risaukan isteri saya,’’ katanya.Bayi berkenaan kini dirawat di sebuah hospital dan doktor memantau perkembangannya dengan rapi.

Anak Tomok Bakal Muncul Dalam Rancangan Oprah Winfrey

Seperti yang semua sudah sedia maklum, penyanyi dan pengacara Tomok memang sering berkongsi foto dan memuat naik video anaknya iaitu Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun di laman Instagram miliknya. 

Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok seringkali mendapat komen positif dan perhatian oleh para peminatnya yang memuji kepetahan dan kecomelan Arrian. 

Terbaru, pihak produksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian yang dimuat naik oleh Tomok. 

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, video tersebut teah menarik minat produksi tersebut untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas. 

"Pada mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya. Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian. 
“Pihak produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok. 

Ditanya soal bayaran yang diterima menerusi video tersebut, Tomok menjelaskan ianya masih terlalu awal untuk dibincangkan dan mahu menunggu kata putus dari pihak produksi di sana. 

Dalam pada itu, Tomok sungguh gembira dan teruja selepas menerima berita gembira isterinya kini disahkan hamil anak kedua. 

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan keluarga. 

“Kandungan isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan,” ujar Tomok gembira.