Pages

Saturday, 13 September 2014

BOMOH MINTA BOGEL, MELANCAP PESAKIT DAN WARIS

Segamat: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan, kelmarin, bagi membantu siasatan berikutan dua laporan mengenai ritual pelik yang dilakukannya ketika proses rawatan, termasuk meminta waris lelaki pesakit berbogel dan dia melakukan onani terhadap mereka.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pusat rawatannya di taman perumahan di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, susulan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai ritual pelik dilakukannya yang bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut melakukan pencabulan seks terhadap waris lelaki pesakit dirawatnya.

Menurutnya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa cabul suspek ketika menemani ibunya yang berusia 54 tahun mendapatkan rawatan membuang saka kira-kira jam 9.30 malam, 7 September lalu.

“Remaja lelaki berkenaan dijadikan pengantara dalam proses rawatan itu dan dia diarah berbogel sebelum suspek melakukan onani terhadap mangsa beberapa kali sehingga tamat upacara pada jam enam pagi.

“Semua proses rawatan dilakukan dalam bilik yang hanya diterangi lampu kecil kononnya bagi mengelak dikesan saka yang mengganggu ibu mangsa,” katanya.

SUSPEK (tengah) ditahan reman kerana disyaki mencabul dua remaja.

Mohd Kamil berkata, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun mendakwa turut menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional itu dalam kejadian jam 9.30 malam, 6 September lalu, di tempat sama.

Katanya, mangsa mendakwa turut melalui upacara yang sama ketika menemani ibunya yang berusia 50-an untuk membuang saka sehingga menyebabkan dia trauma apabila diperlakukan demikian oleh lelaki berkenaan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, lelaki yang sudah berkahwin itu tidak mengenakan bayaran.

“Suspek kini direman sehingga 13 September depan bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul. “Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh lelaki itu turut tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

GADIS GAGAL KAWAL NAFSU LIHAT 'AKSI ROMANTIK'

Saya berusia pertengahan 20-an dan berasal dari utara Semenanjung. Saya berkenalan dengan seorang jejaka sebaya dan berasal dari daerah yang sama.

Saya mempunyai konflik dalaman kerana jejaka itu ingin menjalani hubungan serius dan mengahwini saya tahun depan.

Sebelum ini, saya tidak pernah menjalin sebarang hubungan serius dengan mana-mana lelaki kerana hanya gadis kampung dan tidak biasa dengan persekitaran seperti gadis bandar.

Baru-baru ini, dia menyatakan hasrat untuk menemui ibu dan ayah saya. Ibu dan ayah tidak mempunyai masalah dengan hasrat jejaka itu.

Namun, dilema saya ialah abang dan kakak mempersoalkan niat jejaka itu berjumpa ibu ayah. Ini membuatkan saya agak takut dan cemas. Mereka bertanya pelbagai soalan dan saya tidak mampu menjawab soalan berkenaan.

Saya sudah membuat pendirian untuk berkahwin pada usia 27 tahun ke atas. Saya agak risau memandangkan keputusan jejaka itu yang agak pasti dengan keputusan hubungan yang serius.

Namun, adakalanya saya terfikir juga untuk mendirikan rumah tangga segera kerana saya mempunyai kawalan nafsu lemah (kadangkala melihat aksi romantik membuatkan saya teringin).

Jika berkahwin awal, saya dapat menghakis tabiat buruk itu. Kini, saya keliru sama ada meneruskan hubungan atau tidak. Dia lelaki pertama yang berani mendekati saya dan saya dapat lihat keikhlasannya.

Harap Dr dapat membantu.


Gadis Keliru
Kedah


Terima kasih kerana sudi berkongsi dilema yang dihadapi. Ia suatu luahan yang bermakna untuk dikongsi. Isu melangkah ke alam perkahwinan sering dihadapi setiap individu yang berstatus bujang. Pelbagai persoalan dan kekeliruan yang bermain difikiran menuntut kepada suatu pe­nyelesaian.

Maklumlah perkahwinan bukanlah medan untuk mencuba-cuba sebagaimana ketika bercinta, ia bukan sekadar sebuah perhubu­ngan cinta antara dua kekasih bahkan ianya lebih daripada itu.

Ia juga adalah pertautan kasih antara dua keluarga yang berlandaskan tanggungjawab dan amanah kepada agama. Dr amat menghargai kesungguhan yang ditonjolkan oleh teman lelaki saudari yang ingin berjumpa dengan ahli keluarga bagi membincangkan hasrat menikahi anda.

Suatu usaha yang harus diberi pujian. Ibu bapa saudari pula bersetuju dengan tindakannya dan bersedia menerima kunjungan. Ini suatu sifat keterbukaan yang baik yang dipamerkan oleh ibu bapa saudari.

Dr percaya, persoalan yang diajukan oleh abang dan kakak saudari bukanlah bertujuan untuk mempersoalkan keikhlasan hasrat teman lelaki saudari, sebaliknya ia mungkin bertujuan untuk memperlihatkan kesediaan saudari dan pasangan dalam berumahtangga.

Berdasarkan pengakuan anda, saudari perlukan sedikit lagi persediaan sebelum dapat meyakinkan diri sendiri sekaligus ahli keluarga.

Saudari harus membuat persediaan terhadap diri sebagai seorang isteri, menantu dan ibu. Saudari juga perlu bersedia dari sudut perancangan kewangan dan menguruskan rumah tangga. Perwatakan dan ciri-ciri pemilihan suami juga harus saudari titikberatkan.

Sebagai seorang abang dan kakak, sudah pasti mereka ingin melihat adik-adik mereka bahagia bersama seorang lelaki yang mampu membimbing saudari dan keluarga kepada kebaikan dan kebahagiaan. Keprihatinan keluarga saudari harus diberi pujian dan suatu nikmat yang harus disyukuri.

Berkaitan prinsip yang telah saudari tetapkan iaitu akan berkahwin pada umur 27 tahun, Dr melihat ianya adalah perancangan saudari sebagai seorang manusia semata-mata. Perancangan dalam hidup sangat penting, tetapi bersikap fleksibel terhadap prinsip yang ditetapkan adalah lebih baik untuk keadaan semasa saudari sekarang ini. Memandang saudari sedar bahawa saudari mempunyai kesukaran dalam mengawal nafsu, saudari juga akan mudah terangsang apabila melihat adegan-adegan romantik dan terasa ingin mencuba, niat untuk berkahwin dapat menyelamatkan saudari daripada kemaksiatan.

Mempercepatkan perkara yang baik atau halal adalah sesuatu yang dituntut dalam agama, namun tidak bermaksud saudari harus bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan. Perkahwinan bukanlah perlambangan untuk melampiaskan nafsu semata-mata, sebaliknya ianya satu ikatan yang suci yang didasari rasa tanggungjawab pasangan terhadap amanah yang diberikan oleh Allah.

Setelah saudari yakin dengan keputusan sendiri, sedar akan tujuan dan tuntutan perkahwinan, punyai perancangan yang baik dalam berumahtangga, yakin dengan pasangan yang dipilih, maka, bulatkan hati dan lakukanlah perbincangan semula dengan keluarga dari hati ke hati.

Keputusan ini haruslah datang daripada saudari hasil istikharah dan kewajaran dalam pertimbangan. Dr harap saudari jelas dengan pandangan dan cadangan yang diutarakan dan membantu saudari dalam membuat keputusan.

ROGOL ANAK TIRI, HUKUMAN PENYANYI KEKAL



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

"Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu," katanya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri]

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

"Seorang bapa perlulah melindungi anaknya," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

Punca Sebenar Gadis 16 Tahun Ini Boleh Mengandung Tanpa Hilang Dara



Seorang gadis disahkan hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga. Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.



Malasari yang ketika itu baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan Iswanto dan Riyanti.Ada yang membuat andaian bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari menafikannya.”

Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya masih kekal seperti asal,” kata ibunya.

Kerana masih belum berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali untuk pemeriksaan kali kedua.


Keputusan yang diterima tetap sama.“Kami menghantarnya untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama.

Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada unsur jenayah,” tambah ibunya.

Malasari menceritakan ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula membesar. - Astroawani