Pages

Thursday, 18 September 2014

Ustazah Berzina Dengan Lelaki Ketika Suami Di Mekah



Ustazah Berzina Dengan Duda Ketika Suami Di Mekah

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.



Lagi Ustazah Berzina terkantoi di sini

Aneh : Video Makhluk Asing melintas budak

Those friendly seven dwarfs are the main attraction of Snow White story that ends well.  But not in this video, it shows a dwarf running fast to avoid detection from anyone in the room.

The actual video was recorded on January 2011 in Santa Fe, Argentina. The video was captured by a certain Silvia who was filming his son’s activity.


Komen Orang Kristian Tentang AF: Orang Islam Mohon Terasa..

Di Malaysia ni boleh dikatakan program realiti tv berunsur hiburan tersangat banyak terutama melibatkan nyanyian.
Daripada usia anak baru setahun jagung sampailah kepada warga emas yang sudah berusia subuh gajah, tersedia program yang menjadi platform untuk mereka bertanding bakat nyanyian.
Bagaimana pun bagi umat Islam, komen yang terselit di bawah gambar peserta Akademi Fantasia 2014 yang dimuat naik di page Facebook Roti Kaya ini mungkin boleh membuatkan kita terasa dijentik seketika.
Seorang pengguna Facebook beragama Kristian meluahkan pendapatnya bahawa pada hari ini Malaysia sudah mempunyai terlalu ramai penyanyi berbanding mereka yang mampu menghafal al-Quran.
komen
Pada kami tak perlulah dipertikaikan niat pemberi komen asalkan apa dikatakannya itu benar.
Dari satu segi ini adalah luahan hati penonton yang patut didengar stesen tv negara ini. Cukup-cukuplah program realiti berunsur nyanyian dan cubalah cari modal lain pula kot.
Lagi pun bila dah banyak sangat program realiti begini maka dibimbangi makin ramailah anak kecil dan remaja kita yang sanggup keciciran pelajaran semata-mata mengejar glamor yang sementara.

budak SangaP !!







budak sekarang semakin hari semakin teruk.. ade ke patut upload gmbar macam ni kat facebook? Kalau jumpa ngn admin ni mahu keno penampo buaye ni..