Pages

Monday, 20 October 2014

Anda Sangka Post Ini Sudah Kelakar. Tunggu, Sebab Anda Belum Baca Retweet Yang Lagi Tak Boleh Tahan


Semalam viral posting ini di twitter dan facebook.

Lawak tahap tinggi! Patutlah ramai yang kongsi.

Sekali baca retweet, sama juga tak boleh tahan. Kami suka komen nombor 5 pasal makan julab tu.








Anyway, ini melawak saja. Janganlah marah dengan bro Ronasina dan lain-lain tu.

Pasangan Kekasih Melekat Ketika Buat Projek Dalam Laut


Sepasang kekasih yang bermadu mesra yang sambil berendam di laut berakhir di hospital setelah mereka berdua melekat bersama-sama. 

Di petik dari metro.co.uk, Pasangan muda yang diakatakan sedang bersantai di pantai Porto San Giorgio memutuskan untuk membuktikan cinta mereka sambil berada di dalam dengan air. Tetapi apa yang mereka fikirkan adalah satu usaha romantis berakhir dengan cara yang memalukan apabila pasangan kekasih itu mendapati ia tidak dapat melepaskan diri kerana sedutan - memaksa pasangan itu untuk berpelukkan ke pantai dalam keadaan melekat. 

Menurut Il Mattino, keadaan mereka menarik perhatian seorang wanita yang sedang berjalan di pantai, dengan baik hati memberikan mereka tuala untuk menutup tubuh mereka dari pekara yang menjatuhkan martabat mereka. 

Seorang doktor dipanggil dan pesangan muda itu dibawa ke hospital berhampiran, di mana perempuan itu diberikan suntikan yang digunakan untuk melebarkan pangkal rahim wanita hamil.

Thursday, 9 October 2014

Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia?

Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.
Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus  royalti kepada McDonald's Corporation.
Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.

Banyak restoran McDonald’s milik penuh rakyat Malaysia
Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.
Petikan dari notis di laman web mereka
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242
Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?
Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%
Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald’s Malaysia dan McDonald’s Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan. 
Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?
Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?

McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia).
Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.
Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.
Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.
Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?

sumber : www.firdausariff.com

NGERI Lelaki ini tidak sangka, gatal dan tidak selesa pada telinganya berpunca daripada cengkerik..!!


SEORANG lelaki yang tidak selesa dengan kegatalan pada telinga terkejut apabila mengetahui seekor cengkerik berada di dalam rongga telinganya. Cengkerik itu ditemui selepas lelaki yang dipercayai dari India itu menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap telinganya.


Hasil pemeriksaan, doktor menemui cengkerik yang masih hidup berada kira-kira tujuh sentimeter di dalam telinga mangsa. Cengkerik itu juga dikesan masih mengeluarkan bunyi ketika berada di dalam rongga teling mangsa.Doktor kemudian berjaya mengeluarkan cengkerik itu tanpa sebarang luka pada rongga telinga.

Meh kita tengok videonya :