Pages

Wednesday, 22 October 2014

Gambar Miera Liyana hanya berbikini, Fizz Fairuz tak kisah

Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita pelakon dan pengacara Miera Liyana mengenai perkembangan terkini. Terbaru dia ditemui semasa tayangan filem Dendam Orang Mati yang mana ianya dikatakan agak daring kerana dalam babak tertentu dia mengenakan bikini sahaja.

Walaubagaimanapun dia yang kini telah berusia 21 tahun menganggapnya sebagai satu cabaran dan pengalaman untuk karier lakonannya itu. Baginya sewaktu filem itu dalam penggambaran dia hanya berumur 19 tahun dan masih mentah dalam dunia lakonan.

“Saya buat hanyalah untuk memenuhi karakter dan menunjukkan kemesraan sahaja. Saya ada juga bercakap dengan pengarah mengenai babak tersebut tetapi dia mengatakan akan adanya proses editing dan kamera trick dilakukan di situ. Saya rasa ini yang pertama dan terakhir babak daring yang saya lakonkan itu,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya ada tawaran untuk dia melakukan aksi daring sebegitu dia sekali lagi menegaskan akan menolaknya dan hanya akan memilih skrip yang bersesuaian dengan apa yang dikehendakinya.

“Saya akan pilih lagi skrip dan takkan main ambil seperti bidan terjun di mana semua projek ambil. Bagi saya nak kata saya berani buat aksi macam itu tidak juga, malah ada yang lebih ekstrim daripada saya. Itu hanyalah pengalaman untuk saya lebih pandai memilih,” tegasnya.
Sebelum memulakan aksi yang bakal mencetuskan kontroversi itu, Miera sendiri telah hubungi dan memberitahu ibunya yang juga merangkap sebagai pengurusnya untuk menjalankan aksi tersebut. Ternyata ibunya memahami dengan apa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anaknya itu selagi tidak mengaibkan dirinya sebagai seorang gadis.

“Sebelum itu, ada saya menghubungi dan memberitahu mama yang juga merupakan pengurus saya untuk memulakan babak ini. Apa-apa dia yang akan tahu dulu dan dia akan pastikan bahawa di set penggambaran ada yang menjaga saya dan begitu juga dengan babak yang akan dilakonkan saya itu agar tidak keterlaluan,” ujarnya.


Dia juga tidak menganggap dieksploitasi kerana beranggapan apa yang dilakukannya itu adalah sebagai satu cabaran baginya. Berlakon di samping Fizz Fairuz sendiri yang sudah dianggapnya sebagai abang tidak ada sekelumit perasaan malah mengagumi aktor tersebut di samping aktres jelitawan Lisa Surihani yang turut tampil bersama dalam filem.

“Tak boleh tutup mulut semua orang, saya masih baru ketika itu. Saya anggapnya sebagai satu cabaran. Saya bukan jenis orang yang cakap tak nak, sebab masih tidak mencubanya lagi & saya buat dan ada pengalaman itu semuanya.”

“Saya dan Fizz sudah macam adik-beradik. Kalau tengok saya pakai bikini dalam babak itu, dia dah macam tak kisah dan anggap saya sebagai adiknya. Saya tak ada rasa kesal, kerana itu semua pengalaman untuk saya pilih skrip dan saya tak rasa itu satu kesilapan.”


Buat para peminat yang ingin menyaksikan watak berani yang dilakonkan Miera Liyana boleh anda memenuhi pawagam yang berhampiran menerusi filem Dendam Orang Mati bermula pada 23 Oktober ini - PORTAL ROTIKAYA.

7 Foto Jasmin Hamid terlampau ghairah dan menggoda di pentas teater


Tak sangka Jasmin Hamid masih secantik dan sejelita dulu meskipun usianya kini sudah mencecah 41 tahun. Malah penampilannya semakin seksi dan memukau perhatian orang ramai.

Yang pasti beberapa keping gambar beliau di sebuah pementasan teater di Istana Budaya paling mencuri tumpuan. Ini kerana Jasmin tampil paling menggoda dan boleh membuat mata terbeliak. Jom tengok 7 gambar tersebut??

Gambar Aaron Aziz digoda oleh Jasmin Hamid sungguh menggairahkah di dalam teater Suhu "Badai Semalam" arahan Kahirunazwan Rodzy yang dipentaskan di Istana Budaya.

Ketika ini teater itu secara tiba tiba meletup apabila dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida. Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan aksi ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora). Hebat sungguh!
Teater ini dilakonkan di sebuah kelab malam, dengan aksi tarian Dora yang cukup mengghairahkan. Lakonan itu dilakukan bagi menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).
Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).
Apapun tahniah diucapkan pelakon yang berlakon diteater Suhu "Badai Semalam" kerana lakonan yang dilakonkan amat realistik didalam lakonan masing masing. Tahniah!







Rupanya ini sebab sebenar Raja Azura rahsiakan status cerai dari anak-anak


Pelakon dan pengacara terkemuka negara, Raja Azura seperti diketahui ramai telah bercerai dengan suaminya pada 28 September 2010 di sebuah mahkamah syariah di Selangor.

Bagaimanapun sehingga kini status penceraian mereka belum diketahui anak-anak. Kenapa Raja Azura mengambil tindakan merahsiakan status tersebut daripada pengetahuan anak-anaknya? Nak tahu, korang baca di SINI untuk ketahui sebabnya.

MENARIK !!!Langkah Mudah Bagaimana Proses Terjadinya Lesung Pipit Di Pipi

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yg dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yg sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.

Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir).

Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung pipit atau lekuk kecil yg ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.

Kenapa ada orang yg memiliki lesung pipit dan ada juga yg tidak?

Beberapa masyarakat ada yg percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan ujung cili ke pipi bayi.

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yg diturunkan.

Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.

Beberapa orang memiliki lesung pipit yg dalam dan sangat terlihat, sedangkan yg lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yg dominan.

Jika salah satu orang tua memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yg terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.

Seperti dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yg diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yg membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut.

Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yg memiliki lesung pipit.

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yg hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yg membuat lesung pipit memudar atau hilang.

View the original article here