Pages

Thursday, 23 October 2014

Punca sebenar Ahmad Fakhruddin tidak kenal maknya, Wawa Zainal

Bergelar seorang ibu, sudah pasti kepentingan anak menjadi keutamaan begitu juga perihalnya dengan pelakon, Wawa Zainal.

Mempunyai seorang anak bersama Ariel Zafril, Ahmad Fakhruddin Attar yang kini berusia setahun tujuh bulan, Wawa nyata lebih mementingkan tanggungjawab sebagai ibu berbanding karier lakonannya. 

Bagi Wawa, dia cukup berhati-hati bila mahu mengambil tawaran berlakon sekarang kerana tidak mahu berenggang lama dengan anaknya. 

“Kalau ada tawaran berlakon drama, saya tidak akan terima drama yang mempunyai episod yang panjang kerana komitmen sebagai ibu. 

“Kecuali telemovie atau drama yang hanya mengambil tempoh untuk 13 episod sahaja, itu akan saya pertimbangkan untuk terima,” jelasnya ketika ditemui di set penggambaran Fatihah Buatku di Ukay Perdana, Selangor. 

Jelas Wawa lagi, pernah sebelum ini dia mengambil episod yang panjang dan memerlukan masa yang lama untuk penggambaran. 

“Sebelum ini saya pernah terima tawaran untuk sebuah drama yang panjang dan memerlukan saya berada di lokasi kira-kira dua minggu di Sarawak. 

“Balik dari Sarawak sahaja, anak saya sudah tidak kenal dengan saya. Menangis-nangis dia bila saya dukung. 

“Akibat daripada itu yang saya buat keputusan untuk tidak ambil lagi tawaran yang memerlukan masa yang panjang atau memerlukan saya berada di luar ibu kota dalam tempoh masa yang panjang,” jelasnya. 

Kata Wawa, itu tidaklah bermaksud dia langsung tidak mahu mengambil tawaran drama, sebaliknya mahu menunggu masa yang sesuai. 

“Buat masa ini anak saya masih lagi kecil, itu yang saya tidak mahu ambil tawaran. Mungkin bila dia sudah berusia dua atau tiga tahun, saya akan kembali menerima tawaran drama panjang,” ujarnya. 

Bagi Wawa, keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dan setakat ini, selepas bergelar ibu, rezeki tawarannya belum pernah putus lagi. 

“Tawaran untuk berlakon memang tidak pernah putus. Tetapi saya sendiri yang hadkan diri. Begitu juga dengan Ariel yang tidak mengambil tawaran lakonan dengan jangka masa yang lama. 

“Setakat ini, telemovie Fatihah Buatku ini yang terbaharu sedang saya lakonkan selepas tiga bulan tidak masuk ke set,” jelasnya. 

Lakonan Wawa sebagai Fatihah boleh dilihat menerusi telemovie Fatihah Buatku yang akan ke udara menerusi saluran Astro Oasis pada hari Sabtu ini pukul 10 pagi bersempena sambutan Awal Muharam. 

Turut terlibat dalam telemovie ini termasuklah Nazim Othman, Amerul Affendi, Kazar, Mak Jah, Man Raja Lawak dan Suriati Baharom - UTUSAN MALAYSIA.

[Video] Akibat Terpengaruh Video Lucah..Aduyaiiii

Macam ini ke kualiti pelajar universiti?

Bikin malu mak ayah di kampung jer..gedik serta melucahkan..




View the original article here

9 ARTIS TEMPATAN DAN LUAR NEGARA DENGAN PUNGGUNG BESAR DAN SEKSI


Ramai yang beranggapan terutama di Hollywood bahawa wanita yang memiliki punggung yang besar itu seksi.Tidak terkecuali para selebriti antarabangsa, malah ada yang melakukan pembedahan plastik untuk memiliki punggung idaman mereka.



Ada juga yang menggunakan pad di punggung untuk mendapatkan punggung yang kelihatan besar di pandangan umum, tetapi ada juga selebriti yang dilahirkan dengan"kesempurnaan" itu!Di entri ini terdapat 9 selebriti yang memiliki punggung besar, jom kita saksikan!


Sofia Vergara


Halle Berry


Scarlett Johansson


Shakira


Kim Kardashian


Jessica Biel


Beyonce


Nicki Minaj


Jennifer Lopez

View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

BABAK PANAS PELUK LISA SURIHANI DAN MIERA LIYANA - FIZZ FAIRUZ MOHON MAAF

Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yang menjolok mata. Ini adalah dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewaktu itu saya belum kahwin... saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.

"Saya tidak ambil kesempatan. Tapi ini adalah tanggungjawab dan saya buat itu adalah atas dasar anak seni", demikian kata Fizz Fairuz ekoran isu babak panas lakonannya dalam filem 'Dendam Orang Mati'.

Fizz Fairuz ditemui media ketika previu filem tersebut di e@curve, kelmarin. Semuanya bermula disebabkan karya arahan pengarah Jason Chong yang memerlukan Fizz memegang watak seorang suami kepada dua orang isteri iaitu Lena lakonan Lisa Surihani dan Min lakonan Miera Liyana.

Ia menjadi bualan media apabila babak panas Fizz bersama Miera Liyana ditonjolkan di kolam renang juga babak ranjang yang agak panas.

"Saya terima tawaran filem ini kerana saya tahu yang heroin saya ialah Lisa Surihani. Kedua, saya tak pernah lagi bekerja dengan Jason, ini kali pertama. Sewaktu penggambaran saya tak berapa faham apa sebenarnya yang Jason mahukan, apa shoot yang dia nak rakamkan. Sampaikan saya pernah anggap yang pengarah saya ini gila.

"Tapi selepas saya menonton filem ini, saya boleh katakan yang saya sangat berpuas hati. Banyak ilmu yang saya dapat belajar sepanjang penggambaran filem ni. Lisa juga sangat baik dan memberikan lakonannya sekaligu membantu untuk saya mengeluarkan watak saya. Walaupun kami terpaksa jalani penggambaran berjam-jam lamanya, ada yang sampai 28 jam, tapi ia berbaloi. Masa tayangan tadi, ada babak yang saya sendiri pun tutup mata", tambah Fizz dipetik sebagai berkata.

Untuk info, filem terbitan Kru Studios ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 23 Oktober 2014.


View the original article here