Pages

Thursday, 23 October 2014

BIAR SEGAN DENGAN MANUSIA JANGAN SEGAN DENGAN ALLAH!

BIAR SEGAN DENGAN MANUSIA JANGAN SEGAN DENGAN ALLAH!

tiada alasan untuk kita tinggalkan solat kerana itu adalah salah satu perkara wajib untuk umat islam

8 Gambar wajah terkini anak kembar Nurul Syuhada Nurul Ain semakin comel


Wow makin comel nampak wajah terkini pasangan anak kembar pengacara saluran TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain yang baru sahaja ditayangkan di TV3 tadi menerusi rancangan Malaysia Hari Ini.
Sememangnya Nurul Syuhada amat bertuah mendapat anak kembar kerana tidak ramai artis di Malaysia diberi rezeki sedemikian murah. Tahniah.
 
Foto pasangan anak kembar Nurul Syuhada - Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini di saluran TV3, akhirnya wajah sepasang anak Nurul Syuhada Nurul Ain telah didedahkan kepada orang ramai. Comel sangat-sangat.
Untuk makluman, Nurul Syuhada telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan pada hujung bulan September yang lalu. Seorang dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara pembedahan.
Maaf kerana kualiti gambar agak kurang memberangsangkan. Ini semua salah TV3 sebab tak buat saluran HD. Hehehe. Seronok plak tengok Nurul Syuhada dapat anak kembar. 
Mesti tak menang tangan nak menjaga. Seorang bangun, seorang tidur. Seorang nak susu, seorang nak didukung. Hehehe. Abang Nara dapat bayangkan keseronokan dan keterujaan menjaga kembar.
Nurul Syuhada akan bercuti selama 3 hingga 4 bulan untuk menjaga anak kembarnya ini. Semoga si comel 2 orang ini akan membesar dengan sihat sejahtera. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya - BLOG BEAUTIFULNARA.



 

Gambar Anzalna Nasir tanpa mekap terlalu cun melecun

Petua kecantikan Anzalna Nasir menjaga kecantikan - Anzalna mengakui kulitnya agak sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, sebab itu dia perlu kerap menjaga kulit wajahnya dengan mendisiplinkan diri dengan rutin hariannya.
“Saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam menjaga kecantikan. Tetapi apabila terlalu kerap mengenakan mekap untuk lakonan dan menghadiri majlis tertentu, saya perlu lebih menjaga kulit agar sentiasa bersih.

“Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan.

“Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka. Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah,”
katanya lagi.

Bercerita tentang penjagaan rambut, Anzalna hanya menyapu vitamin rambut dan mengamalkan mencuci rambut setiap hari.

Beralih kepada pemakanan, Anzalna tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alahan.

Apabila bercerita tentang makan, terus dia teringat tentang berat badannya yang meningkat kepada 48 kilogram (kg) sewaktu berada di Tasmania, Australia selama lima tahun sejak 2003 hingga 2009.

“Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling.

“Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg,”
ujarnya.

Menyentuh tentang fesyen, dia lebih gemar mengikut fesyen terkini. Untuk kelihatan menarik, Anzalna sanggup berbelanja lebih membeli pakaian, kasut dan aksesori.

Bagaimanapun, dia bukanlah seorang yang mementingkan jenama tetapi cukuplah barangan tersebut kelihatan cantik dan menarik - BLOG ANIZYN.
p/s : Itu cerita mengenai petua kecantikan Anzalna Nasir sehingga membuat ramai wanita di luar sana tertanya-tanya. Bagaimana pula wajah sebenar beliau tanpa mekap? Korang pasti terkejut tengok gambar di bawah kerana Anzalna menjadi semakin jelita dan memukau kalau tidak memakai sebarang mekap.


Lagi 4 gambar jelita Nazeera, awek baru Jep Sepahtu

Entah kenapa, pelawak sememangnya selalu berjaya mencuti hati ramai wanita meskipun mereka tidak sekacak mana. Dalam hal ini, Jep Sepahtu turut tidak ketinggalan dilanda pelbagai gosip hangat dengan segelintir wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yang dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.

Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.