Pages

Thursday, 23 October 2014

5 Foto terkini Ku Hariz, teman lelaki baru Jihan Raja Lawak

Menyulam cinta dengan seorang gadis yang mempunyai ramai peminat atau berada dalam kategori popular kadangkala membuatkan hubungan tersebut diuji dengan seribu satu dugaan.

Apatah lagi apabila si jejaka turut berada dalam kelompok kerjaya yang sama, barangkali timbul sedikit perasaan cemburu melihat pasangannya itu lebih dikenali berbanding dirinya yang sama-sama mencari makan sebagai anak seni.

Kesempatan bertemu dengan pelakon berbakat kelahiran program realiti Pilih Kasih musim kedua, Ku Hariz, 29, di Angkasapuri baru-baru ini, Hits cuba menyelami hati dan perasaannya, lebih-lebih lagi setelah pengarang jantungnya, Jihan Muse semakin meniti popularitinya tersendiri.

Menurutnya yang mesra disapa sebagai Hariz itu, apa yang dikecapi oleh Jihan adalah berdasarkan kerja kuat yang dilakukan saban hari semenjak tamat program realiti Raja Lawak musim ketiga.

Setelah beberapa tahun cuba mengenali selok-belok dunia hiburan yang diketahui umum banyak pancaroba, Hariz memberitahu bahawa dia dan Jihan memahami situasi diri mereka yang bergelar figura awam.

“Saya bangga dengan kejayaan Jihan. Kami saling mengenali di pentas teater hampir enam tahun lalu sebelum kami berdua menyertai program realiti masing-masing.

“Setelah terjun ke arus perdana, Alhamdulillah kami dapat mengharungi ranjau dunia artis yang berliku tanpa sebarang masalah. Paling penting, sifat memahami antara satu sama lain. Itu yang kami amalkan selain kejujuran terhadap diri masing-masing,”
ujarnya yang merupakan pelakon telefilem Seteguh Kasih Ibunda yang bakal disiarkan menerusi slot Tribute P. Ramlee, pukul 10 malam setiap Ahad di TV1.

Impak kemasyhuran yang dikecapi Jihan, pemuda yang memiliki nama penuh Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli itu akur hubungan mereka kini banyak berlandaskan teknologi terkini ekoran kesibukan masing-masing.

Menurutnya, bukan sahaja Jihan, malah jadual seninya juga bertambah padat sejak kebelakangan ini dengan beberapa penggambaran termasuklah dalam menjayakan drama arahan Osman Ali itu.

“Selepas Jihan memenangi trofi Artis Komedi Wanita Popular, diakui dia semakin sibuk dengan pelbagai tawaran. Salah satunya adalah sebagai pengacara program Akademi Fantasia musim terbaharu.

“Pun begitu, pada masa yang sama, saya juga terlibat dalam beberapa penggambaran drama. Jadi, disebabkan masa yang amat terhad, kami jarang berjumpa. Namun ia bukan alasan untuk kami tidak berhubung.

“Telefon menjadi medium utama kami sebagai penghubung. Kami kerap berbual atau bermesej antara satu sama lain bertanya khabar. Di samping itu, demi mengukuhkan hubungan ini, kami saling mengingati agar memelihara dan menjaga batas masing-masing dalam pergaulan,”
katanya memberi penjelasan.

Mengulas mengenai fasa yang lebih serius, Hariz berkata, dia sedang mencari masa yang sesuai untuk memikir ke arah tersebut dan tidak menolak jika jodoh mereka berdua tiba lebih awal daripada yang dirancang.

Ujar Hariz, penetapan jodoh pertemuan itu bukan berada di tangannya dan lebih gemar membiarkan takdir tersebut diaturkan oleh-Nya serta berdoa agar perjalanan dalam mendirikan rumah tangga dimakbulkan - UTUSAN MALAYSIA.





Punca sebenar Ahmad Fakhruddin tidak kenal maknya, Wawa Zainal

Bergelar seorang ibu, sudah pasti kepentingan anak menjadi keutamaan begitu juga perihalnya dengan pelakon, Wawa Zainal.

Mempunyai seorang anak bersama Ariel Zafril, Ahmad Fakhruddin Attar yang kini berusia setahun tujuh bulan, Wawa nyata lebih mementingkan tanggungjawab sebagai ibu berbanding karier lakonannya. 

Bagi Wawa, dia cukup berhati-hati bila mahu mengambil tawaran berlakon sekarang kerana tidak mahu berenggang lama dengan anaknya. 

“Kalau ada tawaran berlakon drama, saya tidak akan terima drama yang mempunyai episod yang panjang kerana komitmen sebagai ibu. 

“Kecuali telemovie atau drama yang hanya mengambil tempoh untuk 13 episod sahaja, itu akan saya pertimbangkan untuk terima,” jelasnya ketika ditemui di set penggambaran Fatihah Buatku di Ukay Perdana, Selangor. 

Jelas Wawa lagi, pernah sebelum ini dia mengambil episod yang panjang dan memerlukan masa yang lama untuk penggambaran. 

“Sebelum ini saya pernah terima tawaran untuk sebuah drama yang panjang dan memerlukan saya berada di lokasi kira-kira dua minggu di Sarawak. 

“Balik dari Sarawak sahaja, anak saya sudah tidak kenal dengan saya. Menangis-nangis dia bila saya dukung. 

“Akibat daripada itu yang saya buat keputusan untuk tidak ambil lagi tawaran yang memerlukan masa yang panjang atau memerlukan saya berada di luar ibu kota dalam tempoh masa yang panjang,” jelasnya. 

Kata Wawa, itu tidaklah bermaksud dia langsung tidak mahu mengambil tawaran drama, sebaliknya mahu menunggu masa yang sesuai. 

“Buat masa ini anak saya masih lagi kecil, itu yang saya tidak mahu ambil tawaran. Mungkin bila dia sudah berusia dua atau tiga tahun, saya akan kembali menerima tawaran drama panjang,” ujarnya. 

Bagi Wawa, keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dan setakat ini, selepas bergelar ibu, rezeki tawarannya belum pernah putus lagi. 

“Tawaran untuk berlakon memang tidak pernah putus. Tetapi saya sendiri yang hadkan diri. Begitu juga dengan Ariel yang tidak mengambil tawaran lakonan dengan jangka masa yang lama. 

“Setakat ini, telemovie Fatihah Buatku ini yang terbaharu sedang saya lakonkan selepas tiga bulan tidak masuk ke set,” jelasnya. 

Lakonan Wawa sebagai Fatihah boleh dilihat menerusi telemovie Fatihah Buatku yang akan ke udara menerusi saluran Astro Oasis pada hari Sabtu ini pukul 10 pagi bersempena sambutan Awal Muharam. 

Turut terlibat dalam telemovie ini termasuklah Nazim Othman, Amerul Affendi, Kazar, Mak Jah, Man Raja Lawak dan Suriati Baharom - UTUSAN MALAYSIA.

[Video] Akibat Terpengaruh Video Lucah..Aduyaiiii

Macam ini ke kualiti pelajar universiti?

Bikin malu mak ayah di kampung jer..gedik serta melucahkan..




View the original article here

9 ARTIS TEMPATAN DAN LUAR NEGARA DENGAN PUNGGUNG BESAR DAN SEKSI


Ramai yang beranggapan terutama di Hollywood bahawa wanita yang memiliki punggung yang besar itu seksi.Tidak terkecuali para selebriti antarabangsa, malah ada yang melakukan pembedahan plastik untuk memiliki punggung idaman mereka.



Ada juga yang menggunakan pad di punggung untuk mendapatkan punggung yang kelihatan besar di pandangan umum, tetapi ada juga selebriti yang dilahirkan dengan"kesempurnaan" itu!Di entri ini terdapat 9 selebriti yang memiliki punggung besar, jom kita saksikan!


Sofia Vergara


Halle Berry


Scarlett Johansson


Shakira


Kim Kardashian


Jessica Biel


Beyonce


Nicki Minaj


Jennifer Lopez

View the original article here