Pages

Friday, 24 October 2014

2 Gambar imej baru Zain Saidin amat menakutkan dan mengejutkan


Hanya berbaki beberapa minggu sebelum bergelar bapa, kini Zain Saidin telah mengubah penampilannya dengan memotong rambut sehingga kelihatan amat berbeza dan tidak sama seperti dulu.

Dua keping gambar Zain di bawah dengan imej baru telah dimuatnaik di laman Instagram dan mendapat pelbagai komen dari sebahagian pengikutnya. Ada yang menganggap imej baru aktor kacak ini ganas dan menakutkan. Betul ke korang rasa?

Kami sendiri tak pasti namun berdasarkan pemerhatian secara mata kasar, penampilan Zain nampak lebih gagah perkasa dan membungkam jiwa raja. Hehehe.




Wajah Model Cantik Bertukar Mengerikan Selepas Dua Tahun

Pengalaman model China Li Ying Zhi sekurang-kurangnya boleh menjadi pengajaran berharga buat kita semua. Apa yang berlaku amat mengejutkan pada acara Beijing Motor Show 2012, rupa Ying Zhi berubah menyeluruh kerana pembedahan plastiknya seolah-olah telah tamat tempoh. 

Dua tahun selepas pembedahan plastik, model ini muncul kembali di khalayak ramai. Malangnya, harapan peminatnya melihat kembali kecantikan Ying Zhi pupus sama sekali. 

Kemunculan Ying Zhi di pameran automotif tersebut memang mengejutkan jutaan fans dan folower-nya. Para peminatnya menggambarkan pandangan terkini Ying Zhi sangat mengerikan.

Gambar terbarunya menunjukkan Ying Zhi telah berubah mempunyai dagu condong dan garis yang kelihatan di sisi wajahnya.

Sebuah laman web gaya hidup China menilai keadaan mengerikan Ying Zhi ini kerana pembedahan plastik yang pernah dilakukan telah memasuki tarikh tamat tempoh. 

Walaupun prosedur pembedahan plastik kelihatan baik untuk sementara waktu, tetapi ia tidak memerlukan waktu yang lama untuk berubah dalam kisaran beberapa tahun kemudian. 

Laporan tersebut menyebut pembedahan plastik dilakukan pada hidung, dagu dan kelopak mata telah memasuki tarikh tamat tempoh.








Gambar Marshanda lepas buka tudung lebih seksi dan mengghairahkan


Pelakon Indonesia, Marshanda merupakan bekas kekasih kepada Baim Wong, lelaki yang kini didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Malaysia, Elfira Loy.

Seperti diketahui ramai, Marshanda atau nama penuhnya Andriani Marshanda, 25, telah mengambil keputusan untuk membuka tudung dan kembali ke imej lamanya.

Apa yang mengejutkan ialah penampilan penyanyi popular ini lebih seksi dan mengghairahkan. Tak percaya, korang boleh tengok di bawah.



Thursday, 23 October 2014

Gambar penampilan terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy terlampau mengejutkan


Terpaku seketika melihat sekeping gambar penampilan terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy selepas berkahwin yang nyata amat mengejutkan.

Manakan tidak, ketika pasangan ini bersanding minggu lalu, Erin Malek pernah dikecam akibat mengenakan gaun pengantin yang agak seksi.

Namun, perubahan cara Erin Malek dan Farriz Fauzy berpakaian sesuatu yang tidak disangka-sangka dan pasti menggembirakan hati ramai peminat mereka.