Pages

Friday, 24 October 2014

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan





Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan. Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang wanita.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Isu sentuh anjing, Aziz M.Osman kemuka soalan paling mengejutkan

Umum mengetahui Program I Want To Touch A Dog yang dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Prak, One Utama menerima kecaman hebat bukan sahaja dari para ulama dan ustaz malah kalangan masyarakat muslim di negara ini.
Ramai berpendapat program tersebut menghina agama islam dan seharusnya berulang. Ada yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil ke atas penganjur acara berkenaan.
Di sebalik kehangatan kontroversi program itu, penerbit dan pengarah terkemuka di industri hiburan tempatan Aziz M.Osman tampil mengemukakan satu pertanyaan yang pasti mengejutkan ramai.
Apakah pertanyaan beliau sehingga mendapat banyak respon dari laman sosial? Korang boleh baca sendiri di bawah.

Jom Lihat Gambar Wanita Sebelum Bergelar Ratu Cantik Dunia


Miss World, gelaran untuk wanita yang paling cantik dari semua wanita. Kita sering melihat mereka di majalah, iklan, media sosial, tidak menafikan mereka cantik.

Tetapi bagaimana pula penampilan mereka sebelum mereka memenangi Ratu Dunia? Gambar ini membuktikan bahawa keindahan alam semula jadi sentiasa pemenang.

Zhang Zilin - Miss World 2007




Aishwarya Rai: Miss World pageant of 1994




Megan Young: Miss World 2013 in Bali, Indonesia



Dayana Mendoza: Miss Venezuela 2007 and Miss Universe 2008


7 Gambar sekitar majlis pernikahan TMJ dan Cik Khaleeda di Istana Bukit Serene

Setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Mahkota Johor yang baru sahaja selamat menyempurnakan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya, Cik Khaleeda Bustaman kira-kira jam 10 pagi tadi di Istana Bukit Serene.
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Kedua-dua pengantin dilihat menggayakan busana berwarna putih.
Manakala majlis bersanding pula akan berlangsung pada 8 November ini di Istana Besar Johor sekitar jam 7.30 malam.
Jom layan 4 keping gambar sekitar majlis pernikahan TMJ dan Cik Khaleeda Bustaman di Istana Bukit Serene. Sekali lagi tahniah diucapkan.