Buat semua yang telah melaungkan masa untuk menonton program meletop
edisi raya semalam, korang tentu masih ingat nama-nama artis yang
dijemput untuk ditemubual oleh pengacara terkenal, Nabil dan Neelofa.
Mereka ialah Angah rajalawak, Siti Saleha, Shahir Af, Waris Rembau,
Hazama, Alyah, Aaron Aziz dan isteri, Zara Zya, Fizo Omar dan Mawar.
Aktiviti yang cukup menarik perhatian sepanjang program tersebut ialah
aksi setiap artis melakukan gaya ketika lagu-lagu raya didendangkan.
Pastinya tindakan Zya Zara menggoyahkan punggung di atas pentas paling
mencuri tumpuan.
Bukan setakat artis-artis jemputan yang kagum dan terpaku malah para
penonton di kaca televisyen juga. Ramai tidak menyangka pelakon drama
itu mempunyai bakat terpendam dalam seni tarian. Kami sendiri terkejut
selepas menonton aksi beliau semalam.
Ekoran itu, penggiat-penggiat forum.cari telah membuka
satu tread mengenai tarian spontan Zya Zara di program berkenaan. Ia kemudian mendapat pelbagai komen negatif dari mereka.