Pages

Tuesday, 28 October 2014

Gambar Norman Hakim & Memey Suhaiza beri ceramah di Masjid KLCC

Sekeping gambar Norman Hakim dan Memey Suhaiza memberikan ceramah atau talk Hijrah Romantika di Masjid Asy-Syakirin KLCC baru baru ini menjadi tempat para peminat meluahkan harapan mereka agar Norman mengambil semula Abby Abadi sebagai isteri.
Gambar tersebut dikongsikan di sebuah page hiburan terkenal dan mendapat lebih 8,742 likes, 93 comments dan 20 shares walaupun baru sejam dimuatnaik.
Ini jelas membuktikan peminat masih mengharapkan agar Norman dan Abby disatukan semula.

7 Foto terlampau romantik Erin Malek dan Farriz Fauzy selepas berkahwin

Bukan main romantik lagi pasangan yang baru berkahwin dua minggu lalu, Erin Malek dan Farriz Fauzy ketika mereka berbulan madu di Los Angeles, California.
Mesti ramai yang jealous ni kan, betul tak? Hehe. Anyway, mari lihat 6 keping gambar paling sensasi percutian menarik Erin Malek dan Farriz Fauzy di sana.






Monday, 27 October 2014

Inilah kata-kata Fazura bila TMJ kahwin Che Puan Khaleeda

Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,"
kata portal tersebut.
 

5 Foto gadis misteri di majlis pertunangan Sharifah Sakinah cetus kejutan

Ramai mengetahui, selebriti gila-gila, Sharifah Sakinah telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan jejaka pilihan hati, Aliff Adha Jamil pada Sabtu lalu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Di sebalik majlis meriah itu, ada seorang gadis misteri yang amat mencuri tumpuan. Orangnya bukan sahaja jelita malah amat menawan hati, Siapakah gerangan gadis memukau itu?
Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yang telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yang beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yang tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.
Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yang cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?