Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota
Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik
Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor
Bahru.
Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8
November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang
dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.
Menariknya, memetik dari
portal Gua,
selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak
ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan
Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir
hayat
"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah
kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas
perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.
"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat," kata portal tersebut.