Pages

Friday, 31 October 2014

Gambar manja Nurul Izzah yang tidak pernah didedahkan

Gambar manja Nurul Izzah yang tidak pernah didedahkan - Tak sangka rupanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah turut tidak ketinggalan tampil menghiasi muka depan Majalah Nona edisi Mac 2014. Beliau dilihat cantik dan menawan dengan senyuman yang meletop macam bintang popular Arab.

Ramai mengetahui, Nurul Izzah bukanlah wanita moden yang gemar mengenakan make-up namun penampilan beliau sebagai cover girl tetap mencuri perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Pada admin, anak ketua pembangkang itu merupakan ahli politik wanita Malaysia yang paling cantik dan anggun buat masa ini.

Sementara korang layan tiga keping gambar cantik Nurul Izzah di bawah, jangan lepaskan peluang untuk membeli Majalah Nona edisi Mac 2014 pada harga RM8.90 bagi mengetahui rahsia kekuatan jiwa yang dimiliki oleh beliau sebagai ahli politik terkemuka.




Thursday, 30 October 2014

Luahan menyayat hati Nurul Wahab isu bayi kandungan terlalu besar

Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar.

"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya.

"Mereka menegur tentang perkara-perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar.

"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung,
" ujarnya kepada mStar Online.

Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.

Artikel panas lain : Punca sebenar gambar seksi Tiz Zaqyah tertidur di lokasi penggambaran tersebar meluas

Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.

Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.

"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.

Wednesday, 29 October 2014

Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama?

Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama? - Rasanya dah lama kita tak dengar mengenai penyanyi comel yang popular dengan lagu ‘Niat’ ni kan. Siapa lagi kalau bukan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal.

Maklumlah, sejak berkeluarga ni, wajah jelita penyanyi dan pelakon terkenal ni kian sepi dalam industri hiburan tempatan. Sibuk kot jaga anak perempuannya yang comel tu.
Tapi, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kami dengar gosip Elyana yang dikatakan dah berhijab kini free hair semula. Biar betul?
Melalui kiriman emel yang diterima oleh portal ohbulan, ia menunjukkan foto yang telah dimuatnaik oleh Elyana yang menjelaskan sebenarnya Elyana bukanlah sudah berhijab seperti yang disangka.

Iyalah, kalau kita lihat, sejak kebelakangan ini, Elyana kerap mengenakan tudung. Lalu timbullah andaian yang Elyana sudah berhijrah.
Tetapi, bila nampak foto-foto yang dimuatnaik oleh Elyana, mulalah ada yang mempertikaikan tindakan ibu muda ini. Ingat, perkara ni bukan admin yang pandai-pandai tulis tau, Elyana yang mengaku sendiri.
Setahu admin, Elyana tak pernah buat pengumuman rasmi mengenai perubahannya. Mungkin peminat yang terlalu gembira mendoakan perubahan Elyana. Tak gitu?





Gambar jelingan maut Reen Rahim kepada Tauke Jambu cetus kejutan


Bukan main mengancam lagi jelingan pelakon jelita keluaran program Pilih Kasih musim ke-3, Reen Rahim kepada pelawak Tauke Jambu.

Semestinya ada sesuatu yang menarik yang dapat dilihat pada gaya penampilan Tauke. Bukan sahaja macho, kacak dan bersahaja malah raut wajahnya yang cukup melucukan.