Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi
terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric
Daniel Depp, 49.
Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia
mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal
kandungannya yang semakin membesar.
"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya
cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di
sekeliling saya.
"Mereka menegur tentang perkara-perkara yang
sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur
berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika
bayi terlalu besar.
"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan
sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh
janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung," ujarnya kepada mStar Online.
Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.
Artikel panas lain : Punca sebenar gambar seksi Tiz Zaqyah tertidur di lokasi penggambaran tersebar meluas
Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia
sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi
menghilangkan tekanan.
Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.
"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang
lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian
di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.