Pages

Friday, 7 November 2014

7 Gambar terlampau mewah persiapan majlis perkahwinan TMJ & Cik Khaleeda


Pergh bukan main mewah lagi persiapan majlis perkahwinan TMJ dan Cik Khaleeda yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 8 November 2014.

Mungkin inilah sebabnya majlis pernikahan mereka pda 24 Oktober lalu hanya diadakan secara sederhana kerana TMJ telah merancang majlis persandingan yang paling mewah dan menakjubkan. Kami memang tabik spring dengan kebijaksanaan Tuanku.


Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8 malam pada hari tersebut.

Selain berhimpun di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer ini, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya - BLOG KATAKCOMEL





9 Gambar fesyen gaun belahan Izara Aishah dipeluk Adib di ASK 2014

Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) telah melabuhkan tirainya malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan beberapa kejutan tidak dijangkan.
Seperti biasa, setiap kali ada acara berprestij maka akan ada juga acara karpet merah. Selebriti-selebriti terkenal yang hadir berpeluang untuk menggayakan fesyen masing-masing.
Bagi kami, fesyen gaun belahan yang digayakan kekasih Adib, Izara Aishah paling mencuri tumpuan. Mereka nampak amat padan dan Izara kelihatan begitu jelita.


Seperti malam malam anugerah yang lainnya, kemeriahan malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pastinya diserikan dengan perjalanan karpet merah meriah dengan kehadiran para selebriti tempatan dengan fesyen terkini masing masing.

Mengambil tema Anggun & Prestij, karpet merah ASK 2014 kali ini dimeriahkan dengan kehadiran nama nama besar dalam industri drama dan perfileman termasuklah Zul Ariffin, Nabila Huda, Rusdi Ramli, Sharifah Amani, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

ASK 2014 bersiaran secara langsung di TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - PORTAL ROTIKAYA.








 

6 Gambar terkini Amelina, penyanyi dangdut terkenal buka tudung dan kembali ke imej lama?



Sebuah blog hiburan terkenal telah berkongsi 6 keping gambar terkini Amelina, penyanyi dangdut terkenal negara tanpa memakai tudung yang berjaya dirakam di sekitar Kuala Lumpur.

Ekoran itu, ramai peminat mula tertanya-tanya samada penyanyi popular tahun 90-an itu benar-benar sudah membuka tudungnya atau wanita dalam gambar itu ialah orang lain?


 Penyanyi dangdut yang sangat popular suatu masa dahulu sehingga kini lagu nya masih diminati dengan irama serta suara nya yang amat mengasyikan kan.
Amelina nama yang tidak asing lagi pada para peminat dangdut tanahair, beliau agak menyepi selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1999.
Namun baru-baru ini gambar Amelina berjaya di rakam di sekitar Kuala Lumpur bersama seorang penyanyi wanita Maya namun apa yang amat mengejutkan adalah Amelina kini sudah tidak seperti dulu.
Dahulunya Amelina cantik mengenakan tudung namun gambar terbaru yang dirakamkan sudah tidak bertudung, apa kah Amelina ingin melakukan penampilan baru dalam kerjaya seni nya tidak lah kita pasti.

Sumber asal : BLOG NEWSREDAPPLE & BLOG MYARTIS




Lagi 6 gambar seksi Hanis Husna, awek baru Shah Jaszle


Aktor kacak dan terkenal, Shah Jaszle diketahui ramai sudah mempunyai teman wanita pengganti beberapa bulan selepas putus tunang dengan Redzwani Puteri tahun 2013.

Namanya Hanis Husna dan memiliki kejelitaan yang tidak kurang hebatnya berbanding Puteri. Walaupun agak tampil seksiii namun Hanis seorang yang suka merendah diri.

Foto Hanis Husna, kekasih baru Shah Jaszle - Tiada siapa menyangka tali pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang dibina sejak Disember 2012 sudah putus secara tidak rasmi setelah aktor itu mendedahkan sudah memiliki kekasih baru bernama Hanis Husna.

Orangnya tidaklah secantik dan sejelita Redzwani Puteri namun penampilan wanita itu lebih seksi dan sosial. Mungkin inilah antara punca mengapa Shah Jaszle tertarik dan terpikat.

Sehubungan itu, gelaran perampas kini bertukar tangan daripada Hanez Suraya kepada Hanis Husna. Sebahagian pengikut Shah meninggalkan komen pedas yang menganggap kekasihnya sebagai punca perpisahan aktor kesayangan mereka dengan bekas tunang yang juga pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam.

Bagaimanapun, Hanis menerusi Harian Metro menafikan tomahan tersebut dan melahirkan perasaan sedih dituduh merampas tunang orang tanpa mengetahui cerita sebenarnya.

“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya."

"Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar.”