Pages

Wednesday, 12 November 2014

Luahan hati TMJ sebaik JDT kalah kepada Pahang di Final Piala Malaysia 2014

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

4 Gambar pra-perkahwinan Elfira Loy dan Baim Wong di Indonesia?


Setelah sekian lama menyembunyikan hubungan cintanya dengan pelakon kacak kelahiran Indonesia, Baim Wong, kini Elfira Loy terpaksa mengakui mereka sedang bercinta sepertimana gosip yang pernah hangat diperkatakan tahun lalu.

Lebih menghangatkan berita percintaan mereka apabila Elfira Loy dilihat mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini sehingga pasangan ini saling tak tumpah seperti mereka pula yang berkahwin.

Sekian lama gosip cinta mengaitkan Elfira Loy dengan pelakon Indonesia, Baim Wong mula sepi, namun baru-baru ini cerita membabitkan mereka bertebaran semula apabila pelakon genit itu memuatkan gambarnya dengan Baim di laman Instagram.
Kedua-dua mereka menghadiri perkahwinan pelakon seberang, Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta.
Elfira ketika itu menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim. Malah gaya Elfira saling tak tumpah seperti dia pula yang berkahwin.
Elfira yang dihubungi BH Online berkata: "Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya.
"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.

"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM.

"Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," katanya.
Diusik dengan persoalan apakah dia dan Baim sebenarnya sedang menjalinkan cinta, Elfira menjelaskan sejak dulu lagi mereka rapat atas paksi sebagai kawan.
"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka.

"Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir," katanya.



Tuesday, 11 November 2014

10 Gambar menyayat hati, sekitar penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah


Sedih benar hati kami dengan berita penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.07 petang tadi.

Eddie CRK dengan amat berat hati dan sebak di dada terpaksa menceraikan Raja Azmi talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Selepas itu, hakim kemudian memerintahkan Raja Azmi menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Pasangan ini menggunakan khidmat peguam yang sama iaitu Nailah Ramli.

Perkahwinan yang baru menjangkau usia setahun sebulan antara penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya Mohd Eddie Ghazali akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini sebentar tadi.

Mohd Eddie, 46, yang sebak melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, 55, semalam.

Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Raja Azmi hadir memakai baju kurung pucuk pisang dan berselendang hitam manakala Mohd Eddie memakai kemeja ungu dan berseluar hitam.

Pada prosiding itu, Mohd Eddie tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Mereka hadir bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta pada jam 2.30 petang - Harian Metro

p/s : 7 Keping gambar tersebut diambil dari Murai Batu









Foto percutian Fizo Omar dan Mawar yang serba mewah

Diam tak diam rupanya sudah setahun usia perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ni kan? Masih terbayang-bayang lagi dalam ingatan kami kemeriahan majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar pada tanggal 10 November tahun lalu.

Seperti kebanyakan pasangan lain, sudah pasti tarikh istimewa tersebut akan diingati dan disambut setiap tahun. Masa ni lah nak mengimbau kenangan suka duka selama bergelar suami isteri kan.

Mesti anda semua tertanya-tanya di manakah destinasi mereka menyulam cinta kali ini kan? Khabarnya percutian sempena anniversary mereka ini ala-ala orang kaya. Wahh!
Bila melihat laut yang secantik itu, kami sangkakan pasangan ini ke Pulau Maldives. Rupa-rupanya, pulau di Malaysia ni pun boleh tahan cun!

Sebenarnya, pasangan merpati ini sedang menikmati percutian mereka di Pulau Langkawi dan mereka dikatakan menginap di Four Seasons Resort Langkawi.
Kalau tak salah kami, hotel tersebut bertaraf lima bintang dan harga paling murah untuk menginap di sana adalah kira-kira RM 2,500++ untuk satu malam.

Namun, dengan berkat perniagaan burger Fizo yang semakin membesar dan juga empayar tudung Fareeda yang kukuh, kami rasa tidak salah kirannya mereka mahu berbelanja besar sekali-sekala kan? Jom kita tengok video dan foto di bawah.

p/s : Semua gambar & tulisan artikel milik penuh PORTAL OHBULAN