Pages

Tuesday, 25 November 2014

Sesuatu Yang Pelik Pada Pakaian Fazura dalam MLM2014

Nur Fazura telah tampil sebagai salah seorang juri Maharaja Lawak Mega 2014. Pandai betul Astro memilih juri.

Kalau sebelum ini Nora Danish, Lisa Surihani dan Datuk Siti Nurhaliza menjadi salah satu tarikan rancangan ini, pastinya kejelitaan Fazura akan menjadi salah satu sebab ramai penonton akan menyaksikan MLM2014 setiap minggu.

Fazura sememang nya salah seorang selebriti jelita Malaysia yang sentiasa tampil mengujakan sesiapa sahaja yang melihat nya.

Pasti ramai yang akan didepan kaca Tv setiap jumaat jam 10 malam untuk saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 di samping ingin melihat Fazura sebagi juri untuk program tersebut.

Sumber: NewsRedApple
View the original article here

Kejam..!!.Wanita Mengandung Ini Dibunuh Dan Di Belah Perutnya

 MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.

Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata.
Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
"Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya," kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya.

Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung.
Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil.
Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.

Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu.
Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.

SUMBER: KOSMO
View the original article here

Kisah Di Sebalik Lauk Habis Di Kenduri Kahwin !

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya."Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah.

Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut. "Saya rasa kita kena ingat,reseki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu.

Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagisn orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka."


Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri. Oleh: Az Li.

View the original article here

Monday, 24 November 2014

[VIDEO] Peserta Uji Bakat Mentor Tengking dan Maki Mas Idayu Sehingga Beliau Naik Angin!

Kami baru sempat menonton video yang kini sudah menjadi bualan ramai di media sosial tentang seorang peserta ujibakat program Mentor Legend yang telah mempersoal kredibiliti salah seorang mentor yang terlibat dalam program tersebut.

Erdy Sofian yang berusia 22 tahun hadir ke ujibakat Mas Idayu namun dengan nyanyian sederhana beliau telah diminta untuk mencuba lagi di lain kali atau bersama mentor lain oleh Mas Idayu.

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati peserta ujibakat ini & beliau mula mengeluarkan ayat ayat mempertikai kenapa beliau tidak terpilih selain satu saat di mana dengan selamba persoalkan kualiti nyanyian Mas Idayu selama ini.

Nak tahu apa reaksi Mas Idayu, tonton video di atas dan komen pandangan anda. (rtky/m)




View the original article here