Penghibur veteran terkenal, Ifa Raziah kini kembali mewarnai industri
hiburan tempatan selepas beliau dipilih salah seorang dari 12 orang
penyanyi berpengalaman untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar Vaganza.
Sebelum ini, Ifa pernah berdepan dugaan berat apabila disahkan menghidap
kanser payudara tahun lalu namun selepas melakukan operasi pendedahan,
kesihatannya kembali pulih.
Kami turut gembira dengan perkembangan terbaru Ifa ini. Terkini,
penampilan aktres jelita berusia 38 tahun itu semakin mengancam dan
membuat mata korang terbeliak.
Terdengar luahan kecewa serta kesedihan dihujung talian tatkala
penghibur terkenal, Ifa Raziah dihubungi untuk bertanyakan tentang
komen-komen negatif peminat yang diterimanya dilaman Instagram.
"Mula-mula
dulu saya rasa kecewa dan sedih, rasa 'down' sangat dengan apa yang
dikatakan oleh pengkritik-pengkritik tidak bertauliah ini. Tapi saya
kuatkan juga semangat, bagi saya perkara ini tidak meninggalkan kudis
pun buat saya. Ia lagi mendatangkan semangat dan petanda bahawa
sebenarnya Kak Ifa ini diperhatikan secara langsung dan tidak langsung
oleh mereka. Pastinya mereka tidak sabar untuk menunggu persembahan saya
setiap minggu," luah penyanyi yang sudah lebih 18 tahun berada di dunia hiburan ini.
"Yang
komen tu pun bukannya sempurna sangat, akak kecewa kerana kita telah
diajar untuk tidak menegur dengan cara yang sebegitu. Yelah bukan saya
sahaja yang terjejas dengan isu ini, saya ada suami dan anak-anak. Saya
nampak mereka turut terjejas dengan apa yang diperkatakan macam saya ini
bukan seorang manusia. Ada yang siap tulis, baik orang yang bernama Ifa
Raziah tiada dalam dunia ni tiada siapa kisah. Siapa mereka untuk
berkata begitu, mereka bukan malaikat mahupun tuhan untuk menghukum saya
sampai begitu sekali."
Ifa Raziah antara 12 orang penyanyi
berpengalaman yang dipilih untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar
Vaganza yang mula ditayangkan pada 16 November yang lalu. Membariskan
bintang seperti Mamat (Exist), Hasnol Rahmat, Fazli Zainal, Sam
(Innuendo), Ayai Illusi, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina, Fazli Zainal,
Adilla dan Ifa Raziah sendiri.
"Ini sebenarnya peluang kedua
buat saya dan rakan seperjuangan yang lain, semua orang tahu zaman
kegemilangan kami dah berakhir tapi bila diberikan peluang yang macam
ini siapa yang tak mahu ambil kan? Lagipun saya nak cari rezeki yang
halal, bukan untuk siapa pun untuk anak dan keluarga juga. Tiada niat
pun kata nak masuk pertandingan ni sebab nak jual diri atau apa cuma
mahu buktikan pada semua bahawa Ifa Raziah ni artis versatil, bukan tahu
menyanyi dangdut sahaja," cerita hos rancangan kekeluargaan, Terima Kasih Ibu terbitan Astro ini.
"Sekarang
ni kak ifa hanya akan fokus pada karier dan keluarga, biarlah apa
mereka nak cakap. Fokus utama saya sekarang untuk menghiburkan
peminat-peminat saya di Gegar Vaganza, berikan sepenuh komitmen dan
tenaga dan pastikan ianya adalah yang terbaik. Selain itu, saya juga
akan mengacarakan rancangan di TV3 secara langsung. Jika ada yang nak
menegur, saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka. Cuma perlulah
kena dengan caranya, jangan menulis yang bukan-bukan kerana saya ada
keluarga," terangnya lagi mengakhiri perbualan.
Sumber asal :
Media Hiburan