Pages

Tuesday, 2 December 2014

"Itu Bukan Gambar Saya,"- Tauke Jambu


Memang kecoh dibuatnya apabila gambar seorang lelaki dipercayai Tauke Jambu yang sedang asyik berci:um dengan seorang wanita tersebar di internet semalam.

Menerusi beberapa portal hiburan tempatan, gambar tersebut dipercayai tersebar di laman sosial selepas lelaki berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke kedai telefon untuk diservis dan individu tak bertanggungjawab telah menyalin memori kadnya.

Ramai yang menganggap lelaki tersebut adalah Tauke kerana beberapa hint yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita.








Tapi, kita tak bolehlah nak menuduh tak tentu hala sebab gambar berkenaan dikaburkan. Malah, Tauke sendiri terkejut dengan dakwaan tersebut.

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.

Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.







Selain menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya, Tauke juga tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.

Apa yang pasti, kontroversi bercium ini memberi tamparan hebat kepada Tauke dan kumpulan Virus.

Sumber www.ohbulan.com

View the original article here

Masih Adakah Wanita Yang Sanggup Berkahwin Seperti Ini???

Khas buat lelaki sahaja.!!! Gambar ini mungkin mimpi indah untuk semua lelaki yang ada caranya tersendiri dalam perkahwinan. Tetapi ia adalah mimpi buruk buat para wanita..

Tiada pelamin ,tiada meja makan khas, tiada kompang bertalu, tiada kek bertingkat-tingkat, tiada hantaran beribu-ribu.

Bukan si lelaki tak mampu, tetapi hanya mahu kesederhanaan dalam setiap permulaan. Hanya semata-mata mencari redha.

Bagi wanita alasan yang biasa mereka guna, " perempuan kalau kahwin, nak sekali je. Lelaki tak apalah, boleh kawin banyak kali.Jadi apa salahnya buat ' grand sikit!''

Kita mesti dapat bezakan sama ada wanita itu solehah atau wanita itu mengikut nafsu ketika berbicara.

Tak salah mengikut adat, tapi lebih baik mengikut agama. Bukan tak mampu, cuma lelaki ada pandangan yang jauh sikit.Sebab itu darjat ketua keluarga dimiliki lelaki.

Bagi perempuan, hakislah sifat bersaing sesama sendiri.

Tanyalah pada wanita-wanita sekarang sanggup tak kahwin dengan cara sederhana seperti ini??? Anda nilaila sendiri jawapan mereka tu..

ingat..!! kita dapat bezakan wanita itu macam mana. hati-hati dengan wanita, kalau mereka hormatkan kita, Insha Allah wanita itu senang dipimpin..Pilih la dia sebagai pelengkap hidup dunia akhirat kita.
View the original article here

Monday, 1 December 2014

Foto Almy Nadia atas katil yang mengejutkan peminat

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.

Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?
Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya tak sabar menanti kelahiran adiknya.
Sumber asal : Portal Ohbulan


Emylia Rosnaida dah mula tutup aurat

 


Emylia Rosnaida dan mula tutup aurat - Pelakon seksi yang terkenal juga isteri AC Mizal, Emylia Rosnaida dikatakan sudah mula menutup aurat selepas sekeping gambarnya bertudung telah tersebar di laman maya.

Foto yang dikongsikan di laman forum itu mendapat reaksi positif dari penggiat-penggiat forum lain. Ada yang memuji penampilan Emylia Rosnaida sebagai anggun dan lembut dipandang. Menariknya, jam tangan yang dipakai beliau turut menjadi bahan cerita mereka.