Pages

Friday, 5 December 2014

Wanita Ini Bawa Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Pesawat Menyebabkan Dia Di Halau

Pasti semua orang benci duduk di sebelah penumpang yang tidak menyenangkan dan tidak mesra, tetapi bagaimana jika anda berkongsi pesawat dengan babi.

Krew AS Airlines terpaksa meminta seorang wanita dan babinya untuk meninggalkan pesawat selepas haiwan itu mula membuang air besar di lorong kabin tidak lama selepas ia menaiki pesawat.

Rob Phelps menjelaskan bagaimana beliau mengalami sesuatu kejadian yang luar biasa sepanjang hayat kerana beliau ketika terbang pulang ke Washington dari Connecticut untuk menyambut hari Kesyukuran pada Khamis lalu.

Rob, 62, berkata, babi itu menjerit 'tiga kali lebih kuat daripada seorang kanak-kanak', dan dikatakan  wanita itu bercakap kepada babinya seolah-olah ia seorang manusia. 'Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal, pesawat mula berbau, katanya kepada Mail Online.


Isteri Zahiril Adzim, Shera Aiyob Makin Cantik Bertudung


shera aiyob bertudung

Lama dah tak dengar cerita mengenai Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob ni kan. Boleh dikatakan mereka ni ‘hidup’ dalam industri berbekalkan bakat, bukannya gosip murahan seperti sesetengah artis tu. Eh.
Malah, suka untuk kami kongsikan dengan anda semua bahawa khabarnya Shera sudahpun mengenakan hijab. Nampak makin cantik tau!
zahiril adzim & shera aiyob
Mula-mula kami pun hampir tidak dapat mengecam siapakah gerangan wanita di sebelah Zahiril. Namun, setelah diteliti, rupanya girlfriend baru yang dimaksudkan adalah isterinya sendiri.
Malah, berita baik ini bagai dikuatkan lagi apabila foto-foto  lama Shera yang tidak berhijab dilihat sudah dipadam dalam kedua-dua laman Instagram mereka.
Apapun, kami doakan agar pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka. Mana tahu dapat baby lagi satu ke lepas ni kan?

Luahan paling sedih Mohd Azijja Zafran, tunang Nur Shafiqa


Tunang kepada mangsa samun dan toreh muka Nur Shafiqa, Mohd Azijja Zafran berjanji untuk terus setia kepadanya meskipun raut wajah Nur Shafiqa tidak lagi secantik dulu.

Inilah yang dinamakan cinta sejati daripada seorang lelaki tanpa mengira bentuk fizikal si gadis yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

‘Cinta saya tak berubah. Tidak mungkin saya melupakan insiden itu dan sampai bila pun saya akan ingat terutama bagaimana dia (penjenayah) menoreh muka saya,” kata Nur Shafiqa Lah, 22.
Dalam kejadian jam 2 petang Ahad lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.
Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.
“Saya guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.

“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga terasa perit. Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan mengunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.
Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
“Kejadian itu begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah kepala turut diketuk dengan objek tumpul.

“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.


Nur Shafiqa dan Hat Tema dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA), sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang ke rumah pagi semalam oleh bapanya Lah Hassan, 59, serta tunangnya Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24.
Mohd Azijja Zafran berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya, mereka bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang mempercepatkan tempoh itu.
Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak berubah, malah menjadi tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat insan tersayangnya itu.

Perubahan mendadak penampilan Ayda Jebat terlampau memeranjatkan


Pelakon jelita yang dikaitkan bercinta dengan Zul Ariffin, Ayda Jebat tampil dengan fesyen baru yang pasti memeranjatkan ramai peminat.

"Cantiknya awak Ayda Jebat bila bertudung, nampak kelainan." itulah ungkapan paling sesuai untuk penampilan terbaru pelakon semakin menempa nama di persada seni negara, Ayda Jebat.
Sebelum ini Ayda Jebat pernah diminta peminat untuk bercinta dengan aktor kacak, Zul Ariffin namun hasrat mereka tidak kesampaian kerana Zul sudah mempunyai buah hati, Gayatri Su-Lin Pillai, penerbit filem Tayangan Unggul.
Berikut ialah foto penampilan terkini Ayda Jebat yang amat mempersona mata ramai jejaka di luar sana.