KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua bulan
memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi
mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam
keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis
sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada
beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang
berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa, Nur Fathiah Idris, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh
seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai
Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkembannn memakai tualaaa ke
laman Facebook pada 2 Disember lalu.
Sehari kemudian gambar bogelnyaaa pula turut diviralkan menerusi
aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik
Fathiah sendiri. Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan
keluarganya kini menanggung malu.
Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang
bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” kata Nur Fathiah .
Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia
mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta
beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa
anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa
lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
Mereka berkata, seorang daripada abang lelaki itu adalah exco dalam
sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah
syarikat berkaitan teknologi maklumat.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota
tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal
daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Fatimah berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu
sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.