Pages

Saturday, 3 January 2015

Inilah wajah sebenar Nazrief, kekasih baru Izreen Azminda?


Betul ker pelakon jelita berusia 30-an, Izreen Azminda sudah bertemu pengganti hati? Ini kerana beberapa keping gambar romantik Izreen bersama jejaka tersebut telah dikongsikannya di akaun Instagram baru-baru ini.

Memang amat kacak orangnya dan kami pasti ramai wanita di luar sana akan makan hati. Apapun, jika itu jodoh mereka maka tiada siapa dapat menghalang. Kami tumpang gembira dengan Izreen dan tahniah dengan perkembangan terbaru ini.

Seronok jadi orang cantik, ada sahaja yang tak jemu mendekati. Kalau hilang satu cinta, sepuluh datang jadi pengganti.

Sebelum ini kami ingatkan Izreen dan Amar Baharin mempunyai hubungan istimewa yang boleh dibawa hingga ke jinjang pelamin tapi mungkin perkara itu tak akan jadi kenyataan memandangkan terdapat gosip baru yang mengatakan hubungan ‘persahabatan’ kedua-duanya ada masalah.

Terbaru, kami terkesima apabila melihat dua keping foto mesra acah-acah pasangan paling romantik antara Izreen Azminda bersama seorang pelakon baru.

Pada mulanya foto yang dimuat naik Izreen di Instagramnya ini langsung tak menunjukkan muka masing-masing. Macam sengaja nak bagi orang berteka-teki dan buat spekulasi. Hehe!

Tapi akhirnya identiti jejaka berkenaan berjaya diketahui apabila pelakon lelaki itu turut memuat naik foto yang sama dengan Izreen. Cuma gaya sahaja yang berbeza. Lebih mesra!



Adakah Izreen dan pelakon yang dikenali sebagai Nazrief Nazri itu sengaja mencipta publisiti atau mereka sebenarnya sedang bercinta atau hanya promosi drama terbaru?
Siapa Nazrief Nazri?

Bagi yang tertanya-tanya Nazrief ni siapa, rupa-rupanya pelakon macho badan sado mirip Fahrin Ahmad ni adalah bekas finalis Hero Remaja 2012. Nazrief pernah berlakon dalam drama Maskara, Misiku Kuza 2 dan pernah bergandingan dengan Nur Fathia untuk sebuah drama RTM.



Kalau Nazrief yang berusia awal 20-an ini mampu menerima Izreen dan anak lelakinya, tak ada masalah, kan? Eh, belum confirm lagi tapi kami yang terlebih excited. Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Izreen dan Nazrief - Portal Ohbulan.

Gambar seksi Fathia Latiff hanya pakai gaun singlet tidur tersebar


Wow... seksi sungguh penampilan pelakon jelita, Fathia Latiff ketika hanya memakai gaun singlet tidur yang telah dikongsikan oleh Page Facebook Rotikaya.

Tergamam kami dibuatnya. Jelas terserlah kecantikan dan keayuan yang tak pernah dilihat peminat selama ini. Maklumlah, Fathia kan lebih selesa berpakain ala-ala tomboi, tak gitu?

 
Wow... seksi sungguh penampilan pelakon jelita, Fathia Latiff ketika hanya memakai baju tidur yang telah dikongsikan oleh Page Facebook Rotikaya.

Tergamam kami dibuatnya. Jelas terserlah kecantikan dan keayuan yang tak pernah dilihat peminat selama ini. Maklumlah, Fathia kan lebih selesa berpakain ala-ala tomboi, tak gitu?

Siapa tak percaya, korang boleh tengok foto beliau kat bawah ni yang amat menggoda.

HANEZ DAN ROMIE BERTUNANG HARI INI - APA KOMEN HANEZ SURAYA



Memang hangat apabila cinta Hanez Suraya didakwa kembali bertaut dengan kekasih kontroversinya Romie. Lebih hangat ialah apabila mereka berdua didakwa makan bersuap dan gambar mereka berjaya dirakam secara curi.

Malah gosip pertunangannya hari ini di bandar Seremban dengan Romie menambah kontroversi sedia ada apabila ramai yang percaya bahawa cinta Hanez dan Romie sudah putus.

Bagi mengupas kebenaran gosip ini, jom kita ikuti temubual media dengan Hanez.






MEDIA: Nama Ha­nez tiba-tiba dikaitkan kembali dengan Romie, malah kalian didakwa akan melangsungkan pertunangan pada hari ini. Komen?

HANEZ: (Terdiam seketika.) Dari mana awak dapat berita itu? Kalau melibatkan hal peribadi seperti ini, saya tidak mahu beri apa--apa kenyataan. Kalau boleh, saya tidak mahu beri sebarang kenyataan pun mengenai benda-benda remeh seperti itu sebab melibatkan hal peribadi. Kalau awak tanya saya, jawapannya mudah saja. Saya mahu kunci mulut dan tidak akan bercakap walau satu patah perkataan pun mengenai hal itu.

Bukan saya tidak mahu melayan soalan daripada rakan media, tetapi bagi saya, sudah tiba masanya untuk saya tidak lagi berbicara secara terbuka mengenai perkara peribadi.

MEDIA: Adakah sebab utama anda enggan mengulas tentang laporan itu memberi maksud bahawa khabar angin tentang pertunang­an anda itu adalah benar?

HANEZ: Tiada komen. Maaf. Saya tidak mahu cakap apa-apa tentang perkara (pertunangan) itu.

MEDIA: Kenapa anda mengambil pendekatan untuk tidak memberikan jawapan yang tepat mengenai gosip itu? Jika benar sekali pun, apa salahnya mengiyakannya saja.

HANEZ: Bukannya apa, sekarang saya sudah tidak berani mahu bercakap benda-benda bersifat peribadi seperti ini.

Pengalaman lepas sudah banyak me­ngajar saya agar tidak terlalu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi de­ngan orang ramai.

Saya tahu, saya pernah buat buat silap. Akibat sikap terlalu terbuka yang saya pernah lakukan dahulu, dalam tidak sedar, ada pihak yang salah anggap.

Dahulu saya tersilap langkah dalam mengatur perjalanan hidup saya. Sikap sebegitu telah mengguris hati banyak pihak.

Sebab itulah, saya mahu jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran. Saya lebih bersikap mengunci mulut dalam memberikan jawapan berhubung soalan yang berkait dengan privasi.

Lebih baik saya diam. Itu untuk kebaikan perjalanan karier dan nama baik saya juga. Saya harap dengan kedatangan tahun baharu ini, semuanya akan beransur pulih.

Saya tidak mahu lagi mengingati perkara yang membuatkan saya pernah tersadung dahulu. Tahun 2014 benar-benar membuatkan saya berada dalam fasa kegelapan.

Jadi, saya tidak mahu tahun baha­ru 2015 ini menggelapkan lagi apa yang sudah kelam sebelum ini. Sungguh saya tidak mahu lagi perkara se­perti itu berlaku.

MEDIA: Adakah dengan bersikap me­ngunci mulut akan dapat menepis semua dakwaan gosip seperti itu?

HANEZ: Kalau betul saya mahu berkahwin, saya akan kongsi dengan semua orang. Saya tidak akan sorok perkara baik seperti itu. Kalau setakat gosip-gosip liar seumpama ini, seperti apa yang dikatakan tadi, saya pilih untuk kunci mulut.

Tahun ini, saya sudah pun berumur 30 tahun. Saya sudah cukup matang untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Sekarang sudah tidak boleh main-main seperti dahulu. Saya pilih jalan begini sebab saya fikirkan kesannya kepada diri sendiri. Semua gosip ini sebenarnya jika dilayan nanti, bukan hanya akan mengganggu saya, malah orang terdekat seperti keluarga.

Untuk semua, kalau boleh, saya minta janganlah terlalu mendesak saya mengenai hal peribadi. Saya sudah banyak terkesan dengan perkara yang lepas. Jadi, biarkanlah saya begini. Kalau ada berita baik, saya akan kongsikan nanti.

MEDIA: Selepas tidak lama berlakon, bagaimana dengan permulaan tahun baharu anda? Ada apa-apa perkembangan positif yang mahu dikongsikan?

HANEZ: Alhamdulillah, sekarang saya sudah kembali mendapat tawaran berlakon. Semuanya sudah beransur pulih seperti sediakala.

Walaupun alirannya perlahan, tetapi saya tidak kisah, asalkan rezeki saya kembali terbuka. Namun, saya tidak mahu membuat hebahan tentang tawaran lakonan yang datang kepada saya. Biarlah dahulu.

Apa yang boleh saya kongsikan, jika tiada aral melintang, saya akan mula terlibat dengan penggambaran sebuah drama pada penghujung bulan ini, Insya-Allah.

Perkembangan lain, Alhamdulillah orang masih mahu mengambil saya sebagai duta produk di pasaran. Tidak lama lagi, saya bakal muncul sebagai duta produk, jenama apa, biaralah rahsia dulu, sebab perkara ini masih belum rasmi. Tunggulah nanti, saya akan umumkan apabila tiba waktunya.

Friday, 2 January 2015

(Gambar) Nur Syafiqa, Tunang, Selamat Bergelar Suami Isteri






Kelantan, 2 Jan - Semalam merupakan hari bahagia bagi Nur Syafiqa dan tunangnya, Mohd Azija Zafran Zahrani, setelah selamat diijabkabul sebagai suami dan isteri yang sah.



Nama Nur Syafiqa menjadi perhatian ramai setelah tragedi malang yang menimpanya apabila mukanya ditoreh oleh perompak di rumahnya di Pasir Puteh sekitar bulan November tahun lepas.



Sebelum ini, Mohd Azija pernah berjanji akan bersama Nur Syafiqa walau apapun yang terjadi dan semalam, dia telah bergelar suami yang sah kepada Nur Syafiqa.
Beberapa gambar majlis pernikahan telah dimasukkan oleh Nur Syafiqa di dalam akaun Instagramnya. Menurut apa yang dilihat di dalam gambar, parutnya sudah beransur pulih.




Bagaimanapun menurut apa yang ditulis oleh Syafiqa, sedikit sebanyak dari parutnya ditutup menggunakan mekap dan camera 360.



















Apa pun tahniah kepada Nur Syafiqa dan tunangnya. Semoga perkahwinan ini kekal dan berbahagia ke anak cucu



Sumber