Sebelum ini beberapa pelakon jelita seperti Neelofa, Emma Maembong, Lana
Nordin dan Tasha Shilla pernah dituduh berkhalwat namun gosip tersebut
ternyata tidak benar.
Seterusnya, giliran pasangan sedang berkawan rapat, Hairul Azreen dan
Hanis Zalikha pula berhadapan tuduhan sama yang tidak dipastikan
kebenarannya.
Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkhalwat? - Gosip kes
khalwat memang sudah sinonim dengan industri hiburan tempatan. Saban
tahun, ada saja artis yang difitnah berkhalwat seperti Awie, Erra
Fazira, Shah Jaszle, Neelofa, Zizan Razak, Emma Maembong, Tasha Shilla
dan Lana Nordin.
Terbaru, pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Hairul Azreen dan
Hanis Zalikha kini menjadi sasaran individu tertentu apabila mereka
didakwa telah berkhalwat tahun lalu. Meskipun hanya sekadar gosip liar
namun perkara tersebut tetap memburukkan imej mereka sebagai seorang
artis.
Tidak mahu membiarkan peminat terus tertanya-tanya dan melemparkan
tomahan negatif tanpa penjelasan sebenar, Hairul Azreen segera tampil
kepada Metro Online untuk menafikan kebenaran khabar angin yang
tersebar.
"Saya betul-betul tak faham dengan sikap segelintir manusia? Apa
masalah mereka sebenarnya? Benda (berkhalwat) memang tak ada nak
jelaskan macam mana pula?"
"Saya lihat benda ini macam sengaja dicetuskan untuk provokasi dan merosakkan nama dan kerjaya kami berdua."
Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 26, mengakui amat
terkilan dan kecewa kerana turut menjadi mangsa fitnah individu tidak
bertanggungjawab seperti mana beberapa rakan artis popular lain.
"Sekarang macam-macam benda orang tuduh saya. Dulu orang kata saya
bergaduh dengan Dazrin dan bertumbuk dengan orang hanya sebab saya ada
seni mempertahankan diri."
"Ini kes khalwat pula dibangkitkan semula. Apa mereka tak fikir
ke tuduhan itu mengaibkan saya dan membabitkan maruah kami dan
keluarga?"
"Kalau ikutkan saya memang malas nak layan. Lantaklah
apa orang nak tuduh sebab benda tak berlaku tapi bila asyik kena hentam
memang sedih dan bengang jadinya."
Sumber :
Harian Metro