Pages

Tuesday, 6 January 2015

Anak Meraung Melihat Ayahnya Di Bahammm Buaya. 3 Gambar





Salam Sejahtera Ydh Dato' Sri/ Dato' Dr/ Dato'/ Tuan.

Maklumat Manusia DiBahammm Buaya(SDR)

SE/Rpt/16/2015 btkh 3.1.2015 @ 0147 hrs

Pengadu: Kpl 154691 Zuliana bt Rajemi  Bilik Gerakan IPD Serian.

Pada 03/01/2014 @ 0147 hrs anggota bertugas dari Caw. Gerakan IPD Serian telah terima maklumat awal dari Sjn. Joter pusat kawalan IPK Sarawak memaklumkan bahawa satu kejadian seorang lelaki dipercayai di baham buaya di Sungai Batang Samarahan Kpg. Soh, Batu 27 Jln Kuching-Serian.

Butir-butir mangsa:
Nama: Idris Bin Yakub
Umur: 56 Tahun
Kpt: Nill
Bangsa: Melayu
Alamat: Lot. 1070 Kpg. Panchor Baru Melayu Serian.










Ringkasan  awal kejadian kes:

(Pada 2.1.2015 jam lebih kurang 1900 hrs mangsa bersama 2 orang anaknya iaitu, Saujana bt Idris(P) 12 tahun dan Mohd Shahrizal b. Idris(L) 8 tahun. Mereka menaiki bot kayu melalui Sg Batang Samarahan Kampung Soh Serian untuk memasang belat ikan tepi tebing sungai tersebut sejauh 6 KM. Pada jam lebih kurang 2300 hrs selepas menunggu air mangsa bersama anak-anaknya mula memasang belat ikan di tebing sungai. Pada jam lebih kurang 2400hrs anak mangsa terdengar jeritan dari mangsa dan anak perempuan mangsa melihat dengan suluhan lampu suluh terlihat bapanya di bahammm oleh buaya. 2 orang anak mangsa sempat menyelamatkan diri naik ke darat dan minta bantuan dari orang kampung di kampung Soh. Seterusnya pihak polis dihubungi untuk diminta bantuan.)

Tindakan:

1. Gerakan Ipd Serian terima maklumst pertama pada 3.1.2015 jam lebih kurang 0147hrs, seterusnya memaklum untuk koordinate lain2 Jabatan termasuk Jab. Bomba dan Penyelamat Serian atas maklumat tersebut.

2. Pada 3.1.2015 jam lebih kurang 0150 hrs Sepasukan polis dari IPD Serian telah ke tempat kejadian bersama pihak bomba.

3. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak PDRM dan Bomba, Jpam, Rela dan orang kampung dengan menggunakan bot sepanjang Sungai Batang Samarahan Kampung Soh Serian.

4. Pada 3.1.2015 jam lebih kurang 0955 hrs mayat mangsa ditemui di batang hilir sungai Soh iaitu batang sungai kecil di Sungai Jirang Batang Samarahan Kampung Soh, 1.8 KM dari tempat bot mangsa melabuh belat ikan bersama-sama anaknya yang terselamat iaitu Saujana bt Idris(P) 12 tahun dan Mohd Shahrizal b. Idris(L) 8 tahun.  Keadaan mayat didapati terputus dari bahagian dada hingga kepala dan terputus pergelangan kaki kiri.

5. Mayat mangsa telah diperiksa oleh pihak Doktor Fiona Chua Chun Yong(P) Hospital Serian.

5. Mayat mangsa dituntut oleh pihak isterinya bernama Raini Salim KPT: 740819135290. Pada 3.1.2015 jam lebih kurang 1600 hrs Mangsa dikebumikan di Kampung Panchor Baru Melayu.

Penyanyi lelaki popular nak tumbuk bapa sendiri

KISAH artis lelaki tinggi lampai yang disiarkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang dikatakan naik berang dengan bapanya disebabkan oleh hutangnya sendiri, buat kami musykil.

Maklumlah, artis itu yang berhutang, dia pula yang naik berang? Pelik pelik..

Memetik artikel terbabit, penyanyi lelaki yang dikatakan sering terkait dengan kontroversi itu telah meminjam wang dalam jumlah yang banyak daripada seorang lelaki.

Apabila tempoh pembayaran hutang tidak dilangsaikan artis berkenaan, maka si pemiutang terpaksa berjumpa dengan bapanya untuk menuntut wangnya semula.

Apa lagi, bapa penyanyi itu pun memarahi anaknya sebaik mengetahui jumlah wang yang dipinjamnya itu namun tak semena-mena, dia pula yang naik angin dan mula bergaduh besar dengan bapanya sampai nak bertumbuk!

Mujur ketika perbalahan berlaku, ada ahli keluarga lain yang tolong leraikan, kalau tak, tak tahulah apa untung nasib bapa artis ni, habis lunyai dikerjakan anaknya kot.

Kalaulah benar gosip ini, harap-harap si penyanyi terlibat segera insaf.

Kalau selama ini dia sentiasa diberikan peluang selepas cetus kontroversi, janganlah ingat selama-lamanya peminat boleh sabar dengan artis yang lebih banyak memperdengarkan kisah sensasinya daripada lagu baru seperti ini kan.. ops! - MYNEWSHUB.CC

sumber

Monday, 5 January 2015

Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia. Anda Perlu Lihat Yang ke-7 !!

memang mengejutkan kerana wanita cantik islam yang paling kaya di dunia ini adalah orang malaysia. mesti ramai yang tidak tahu siapa orangnya..

Tak sangka Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah ditangga ketujuh dunia..
Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).
Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion

6 Gambar sekitar majlis perkahwinan Datuk A. Rahman Hassan & Fadilah Mansor

Tahniah kepada pasangan Datuk A. Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang selamat bernikah semalam di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kami tumpang gembira dengan penyatuan mereka yang turut mendapat restu dari anak-anak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid kira-kira pada jam 9 malam tadi.
Dengan sekali lafaz, penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan pelakon Fadilah Mansor, 54, sah bergelar suami isteri pada majlis ijabkabul yang diadakan malam ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra itu menyaksikan kedua mempelai yang anggun berpakaian sedondon berwarna krim, dinikahkan oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Abdul Hamid Al-Hafiz.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu, Fadilah yang berwalikan abangnya Jamaluddin Mansor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang.

Ketika ditemui pemberita, A. Rahman yang popular dengan lagu 'Tak Mengapa' menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan tenang.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baru bermula dalam kehidupan saya dan isteri dan Insya-Allah kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin", katanya.

Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, penyanyi Uji Rashid, Hail Amir dan Datuk DJ Dave.

Sebelum ini, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sementara A. Rahman pula merupakan bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi era 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lepas, akibat kanser - Sinar Harian