Sedar tak sedar anak pasangan paling sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana kini sudah berusia dua bulan.
Seperti kebanyakkan artis lain, mereka juga tidak ketinggalan untuk
mengadakan majlis cukur jambul dan kesyukuran secara gilang gemilang
bagi anak sulung ini.
Selepas melihat 7 keping gambar sekitar majlis Aqiqah itu, kami akui
memang amat mewah dan mengujakan. Memang puas hati dapat buat majlis
semewah macam ni.
Pasangan pelakon Zain Saidin, 31, dan isteri, Rozita Che Wan, 42,
mengadakan majlis aqiqah dan kesyukuran bayi mereka, Aaisyah Dhia Rana
di Hotel Royale Chulan, di sini, malam tadi.
Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua bulan adalah cahaya mata sulung
hasil perkongsian hidup Zain dan Rozita yang diijabkabulkan pada 11
Disember 2013.
Dilahirkan 1 November lalu, bayi ini juga adalah cahaya mata ketiga
Rozita. Menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon Kiah Pekasam itu
mempunyai dua anak lelaki.
Zain berkata, mereka sangat bersyukur dengan kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang menjadi pengikat kasih mereka.
"Kehadiran Aaisyah dalam kehidupan kami suami isteri sangat bermakna. Aaisyah lambang cinta kami.
"Sebagai bapa, kehadirannya sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur ke hadrat Tuhan," katanya.
Majlis aqiqah dan kesyukuran Aaisyah Dhia Rana yang berlangsung dalam
suasana meriah itu diraikan keluarga kedua-dua belah pihak Zain dan
Rozita.
Antara artis yang hadir Ziana Zain, Dafi, Sabhi Sadhi, Ryzal Jaafar danFazli Zainal -
Harian Metro.