Pages

Sunday, 18 January 2015

Hubungan semakin parah, Ramli MS & Alyah buat tindakan mengejutkan di latihan AJL29


Aduh... apa dah jadi dengan pasangan Ramli MS dan Alyah ni? Kami ingatkan kontroversi Alyah melanggar kereta suaminya, Ramli MS sudah selesai di situ, rupanya semakin parah pula.

Terbaru, Ramli MS dan Alyah sekali lagi mendapat perhatian wartawan hiburan apabila mereka melakukan tindakan yang sangat mengejutkan. Apa sebenarnya yang berlaku di sesi latihan tersebut?


Susulan pergaduhan pasangan suami isteri, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah berpunca daripada sekeping gambar lama yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Ahad lalu, mereka berada dalam situasi kurang menyenangkan.
Memang tidak faham apabila pergeseran di antara Ramli dan Alyah berpanjangan memandangkan sebagai suami isteri, selalunya apa juga masalah timbul, jalan penyelesaian akan diambil secepat mungkin dengan tujuan memulihkan hubungan.
Sepanjang sesi latihan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), ruangan gossip Cik pang risik-risik juga dengan rakan produksi bagaimana keadaan suami isteri itu. Jelas mereka, Alyah dan Ramli tidak bercakap antara satu sama lain.
Kalau tidak bercakap, bagaimana mereka hendak bekerjasama? Kata teman produksi AJL29, segala urusan berjalan lancar dan masing-masing hanya menumpukan perhatian pada kerja mereka.
Tanpa bercakap antara satu sama lain, Ramli memimpin pemuzik untuk lagu Sesal Separuh Nyawa manakala Alyah menyanyi saja.
Mungkin juga masing-masing masih terkesan dengan banyak perkara berlaku apabila isu sekeping gambar lama berbangkit sehingga Alyah hilang pertimbangan dan melanggar kereta suaminya.
Menurut kenyataan diberi, kejadian Alyah langgar kereta Ramli baru berlaku Rabu lalu, tetapi ada sumber terdekat kepada pengarah muzik itu mengatakan ia berlaku pada malam Ahad lalu apabila isu gambar dimuat naik Alyah menjadi panas.
Menurut akhbar,Cik Pang sendiri tidak berani hendak berkata banyak membabitkan hal yang terjadi antara pasangan suami isteri kerana sebenarnya hanya mereka berdua tahu dan boleh menyelesaikannya.
Apapun, didoakan apa saja masalah dihadapi akan berakhir dengan baik, dan cinta juga ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh - Harian Metro.

6 Foto wajah sebenar Nurfuryna, pengasas produk Aura White


Seriously mengancam penampilan Nurfuryna yang merupakan pengasas produk Aura White. Mungkin ramai yang masih belum melihat wajah sebenar beliau, betul tak?

Orangnya masih mudah namun memiliki raut wajah yang sangat cantik dan jelita serta bentuk tubuh badan yang solid lagi memukau.

Gambar memukau Furyna Mohd Azmir, pengasas Aurawhite - Kecantikan dan kejelitaan semulajadi yang dimiliki oleh Furyna Mohd Azmir, pengasas Aurawhite begitu mempersona dan memikat ramai jejaka di luar sana.

Jika dibandingkan dengan Hanez Suraya, Furyna mempunyai daya tarikan yang lebih hebat kepada peminat membeli produk mereka, mungkin hanya dibezakan dengan populariti.

Penulis akui suami kepada Nurfuryna seorang yang bertuah mendapat isteri yang bukan saja cantik dan berbadan memukau malah seorang bijaksana dan rajin berdikari. Buktinya, hanya pada usia 29 tahun pasangan ini sudah boleh digelar sebagai orang kaya.

Untuk jejaka yang masih tercari-cari gambar posing terkini pengasas itu, apakata korang layan dan skodeng beberapa gambar Furnya di bawah yang dikongsikan di Blog Hasrulhassan.







2 Gambar wajah terkini Diyanah, kekasih Ammar Affendy, anak Che Ta


Sudah ramai dah tahu mengenai anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Affendy yang kini sedang menyulam cinta dengan seorang gadis bertudung bernama Diyanah.

 
Umum mengetahui Ammar Affendy, anak sulung Rozita Che Wan (Che Ta) mempunyai seorang kekasih yang amat comel bernama Diyanah.

Che Ta dan keluarga mengetahui hubungan Ammar Effendy dan kekasihnya ini malah Ammar Effendy juga telah bercuti bersama keluarga kekasihnya itu di Maldives.

Kekasih Ammar ini juga telah hadir ke majlis aqiqah adiknya iaitu Aaisyah Dhia Rana minggu lepas

Jom lihat dua foto terkini wajah kekasih Ammar Effendy di bawah yang diambil dari laman Instagram peribadinya.

Lagi 5 keping foto Diyanah kat SINI.

Sumber sebenar artikel : Blog Hotlips


Saturday, 17 January 2015

GAMBAR : Kalau Macam Ni Memang Layak Kena Halau Balik

Ekoran berita ada pelajar perempuan sebuah sekolah yang dihalau kerana memakai baju kurung baru-baru ini, ada pula gambar tersebar di laman sosial berkenaan seorang lagi pelajar juga dihalau balik.
Gambar yang disebarkan ialah gambar seorang pelajar sekolah menengah yang memakai baju kurung yang agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnyaaaa yang agak seksiiii.
“Cikgu halau balik sebab saya pakai baju kurung ke sekolah,” tertulis perkataan berkenaan pada gambar yang tersebar.
Tidak diketahui siapa identiti pelajar yang memakai baju kurung berkenaan tetapi gambar berkenaan sudah pun menjadi viral di internet.
Kalau macam ini punya gaya memakai baju kurung ke sekolah memang layak agaknya dihalau balik.
Penulis agak keliru sebenarnya kenapa pelajar seperti ini memakai baju kurung dengan gaya sebegitu rupa untuk pergi ke tempat menuntut ilmu dan ada guru-guru yang jauh lebih dewasa yang ramai.
Pemakaian sebegitu rupa pastinya akan membuatkan tugas para guru khususnya guru lelaki terganggu dengan penampilan yang menjolok mata.
Mungkin pelajar ini mahu menunjukkan ‘aset’nya itu kepada seseorang pelajar lelaki di sekolah, patutlah dipakai sebegitu rupa baju kurung itu.
Dahsyat sungguh penulis tengok cara pemakaian para remaja sekarang yang lebih mementingkan penampilan daripada apa yang bakal diperkatakan oleh orang lain. – MYNEWSHUB.CC