Pages

Wednesday, 21 January 2015

Pendedahan Berani Mati Nur Fauzana Ini Pasti Akan Mengejutkan Ramai !


Saya henyut bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.



Perkara yg memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggung-jawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali.Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit.Bantulah saya Dang Setia.

NURYIL
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari.Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan.

Terkini! Foto Ina Naim Dan Keluarga Yang Pasti Menyejukkan Mata Memandangnya

Terkini! Foto Ina Naim Dan Keluarga Yang Pasti Menyejukkan Mata Memandangnya... “Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,”




Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.
Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.
ina1 ina2 ina3 ina

10 Gambar Sama Cantik Sama Padan Majlis Pertunangan Hanez Suraya Dan Romie Yang Pasti Memukau Anda Semua...



Pelakon terkenal yang sering dilanda kontroversi, Hanez Suraya telah selamat menjadi tunangan kepada lelaki pilihannya iaitu Romie Razin Adilha.

Majlis pertunangan Hanez Suraya dan Romie telah diadakan secara tertutup di rumah keluarga Hanez Suraya di Seremban dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat sahaja. Ya. kami baru saja bertunang tadi.

 Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang, katanya. Hanez Suraya kelihatan sangat cantik dan menawan telah mengenakan busana berwarna putih hasil rekaan Fizi Woo dan diserikan dengan solekan dari Chomel.












sumber

7 Gambar pra-persandingan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sangat sempoi


Jutaan tahniah kepada pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang akhirnya bakal bersanding secara terbuka di khalayak ramai tanpa perlu berahsia lagi.

Sememangnya ramai sudah tidak sabar-sabar melihat persandingan mereka yang kami rasakan memang mewah dan pasti mengubati kekecewaan peminat setia mereka.

Buat pertama kalinya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akui bakal bersanding pada 31 Januari ini di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah.

Namun persandingan itu diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas mereka dipilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

"Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.

"Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

"Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali,"
katanya ketika sidang media mengumumkan mereka sebagai duta MINWEF.

Festival tersebut akan bermula pada 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.

Antara 5 hari yang terbesar dan seumpamanya di peringkat wilayah Utara anjuran Big Pictures Event Sdn Bhd ini disertai lebih 80 pemamer dengan 103 ruang pameran.

Mengulas mengenai perasaan mereka yang pertama kali bersanding di atas pelamin, masing-masing akui malu dan gementar.

"Saya lebih rasa malu dan gementar kerana yelah kami bukanlah pengantin baru malah dah anak seorang pun.

"Sebelum ni pun kami memang merancang untuk bersanding tetapi rasanya sudah tak perlu kerana ramai sudah pun mengetahui mengenai perkahwinan kami.

"Tapi bila tiba-tiba dapat tawaran ni tu yang rasa gementar kerana bila berlakon lain dan nak bersanding lain,"
katanya.

MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan 'One-Stpp Wedding Centre' yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan.
Sumber : Portal Murai