Pages

Tuesday, 27 January 2015

Rupanya ini punca sebenar Sharnaaz Ahmad & Anis Al-Idrus putus cinta?


Terkejut beruk kami dengan gosip terbaru hari yang diperolehi dari sebuah portal hiburan terkenal yang mengaitkan Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus dikatakan sudah putus cinta.

Ini berikutan salah satu status terbaru Sharnaaz yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram seolah-olah menggambarkan hubunganya dengan Anis sudah berakhir.

Korang ingat lagi tak baru-baru ini Sharnaaz ada mengakui timbul salah faham antara dia dan kekasihnya ekoran dia mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah? - dipetik dari Portal Ohbulan.

Cerita Shila ni sebenarnya dah lama berakhir. Tetapi, status terbaru Sharnaaz yang dimuatnaik di laman Instagramnya mengundang 1001 persoalan di hati kami.

Bukan kisahnya dengan Shila, tetapi hubungannya dengan Anis Al-Idrus.
Melalui kapsyen yang ditulis, Sharnaaz seolah-olah sedang makan hati je. Ada masalah percintaan ke?
"Terbanglah, bebas lah.. Cahaya pasti kan kau temui.. Semoga Allah berkati Keluarga mu yg dikasihi..Amin.. Kebahagiaan bukan di tangan aku, tetapi di dunia yg bebas.."
Bila kami intai ruangan komen, ramai juga yang memberikan kata-kata perangsang kepada abang sado ini.

Malah, siap ada yang menasihati Sharnaaz untuk melupakan kisah silam. Ish..mengundang betul komen-komen tersebut.

Bikin kami rasa nak korek je apa sebenarnya yang bersarang dihati Sharnaaz sekarang ni.

Apapun, kami harap tak adalah apa-apa yang buruk berlaku dalam kehidupan Sharnaaz mahupun dari segi peribadi atau karier.
Sumber asal : Ohbulan

PADAH..!! Apabila Telefon Cikgu Dicuri Oleh Seorang Pelajar Dan Terjumpa Gambar Peribadi yang Tidak Sepatutnya Didedahkan Kepada Umum (7 Foto)


Fesyen 'KETERLALUAN' Remaja Melayu Masa Kini.. Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.

Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya. Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang... Andai kata ada pak aji yang membaca artikel ni mau berdarah hidung orang tua tu kihkihkhih...

Tapak rumah ada punca air mata air Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau.Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediama

Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.
Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya.

Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang...

Andai kata ada pak aji yang membaca artikel ni mau berdarah hidung orang tua tu kihkihkhih...Fesyen 'KETERLALUAN' Remaja Melayu Masa Kini.. 

Monday, 26 January 2015

7 Gambar wajah sebenar Qalif Khan, anak lelaki Linda Jasmin


Pergh... kacak giler Qalif Khan, anak lelaki Linda Jasmin, tenaga pengajar Akademi Fantasi 2014 yang lalu. Tentu ramai gadis di luar terpaut hati kerana.

Ini kerana, wajahnya anak tiri pelakon Que Haidar ini hampir serupa dengan penyanyi antarabangsa Justin Bieber, betul tak?

Lama tak dengar cerita pasal Linda Jasmin kan? Kali terakhir pun selepas dia menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasi 2014 yang lalu.

Ala Murai Batu pun bukan ada cerita baru pasal guru tari ini pun, cuma baru-baru ini ada rakan Murai Batu kirimkan beberapa keeping foto seorang budak remaja mat salleh yang comel dan kacak, rupayanya anak kepada Linda.

Murai Batu tak sangka anak terunanya hasil perkahwinannya sebelum bersama pelakon Que Haidar itu sudah besar remaja dan semakin kacak. Wajah mat salleh yang diwarisi itu tak ubah macam penyanyi antarabangsa Justin Bieber pula.

Tak silap Murai Batu usia anak kepada Linda yang bernama Qalif Khan itu berusia dalam 14 tahun tahun ini. Patutlah dah besar remaja kan anak Linda tu.

Nampaknya, Qalif pandai juga membawa dirinya sendiri walapun ibunya sudah punya family baru dengan adik-adiknya yang lain.

Tak mengapalah, rasanya Murai Batu tak payah berceloteh panjang. Jom kita layan foto-foto Qalif terkini ini:






Sunday, 25 January 2015

Laporan Wanita Dicabul Oleh Lelaki Bersongkok Disangkakan Tok Imam.

KUANTAN - "Awak gemuk tapi comel". Itulah antara ungkapan diucapkan seorang pemandu texi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli belah di bandar ini, kelmarin.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk di bagahian depan bersebelahan dengan pemandu kerna lebih dekat dengan penghawa dingin.

Tambahan pulak katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindk sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.

"pada awalnya, kami hanya berbual kosong, namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.

"Perbuatan penandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling mata saya,'' katanya.

Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.
"selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suaminya.

"dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.
"saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya elak menaiki teksi seorang diri. kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang.

"Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita, ambil pengajaran ini dengan apa yang terjadi pada diri saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubungan kes tersebut. - SINAR HARIAN.