Pages

Thursday, 29 January 2015

SUBHANALLAH! Doktor Rawat Tuan Guru Nik Aziz Terkejut Tak Pernah Terjadi Kepada Pesakit Lain


Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. 

Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya. 

Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik. Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula. 

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 

 Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. 

Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro.. Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...

 Kredit Kerabu Bersuara Group..

4 Gambar terkini kandungan Lisa Surihani selepas disahkan hamil anak sulung


Tahniah kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita baru sahaja mengesahkan hamil anak sulung menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Orang yang paling gembira sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan tomahan yang dilemparkan orang ramai kepada kini tiada lagi.

Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim.

Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis pelancaran filem Cicakman 3.

Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.
"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."


Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.
"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."


Apa-apa pun tahniah daripada kami di atas berita gembira ini - Ohbulan.



Punca sebenar Hanez Suraya & Romie tiba-tiba percepatkan tarikh perkahwinan


Pasangan kontroversi, Hanez Suraya dan Romie sekali mencuri tumpuan hari ini apabila mereka dikhabarkan mahu mempercepatkan tarikh perkahwinan ke bulan Mac.

Info terbaru ini diketahui selepas galeri kadkahwinku.com memuatnaik status mengenai tarikh nikah mereka menerusi laman sosial.

Kami akui memang amat terkejut kerana sebelum ini Hanez Suraya dan Romie difahamkan hanya akan berkahwin selepas enam bulan berlalu.

Pelakon Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan pasangannya, Romie Razin Adilha dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini. Pasangan ini bertunang 3 Januari lalu di Seremban.

Ikuti temubual Hanez dan Romie kepada BH Online baru-baru ini.

"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

"Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap,"
kata Hanez.
Menurut Hanez untuk majlis perkahwinannya nanti tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa.

"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu,"
katanya.

Hanez memberitahu ketika beliau sedang sibuk merencana hari bahagia, ada tawaran berlakon yang bertandang.

"Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan," katanya - Berita Harian.

Wednesday, 28 January 2015

MASYAALLAH !!! WANITA BERUMUR 31 TAHUN BUNUHHH DIRI SEBAB PANGGILAN HANGIT OLEH SEBUAH STESEN RADIO DOT...DOT..

SEKADAR GAMBAR HIASAN
#London: Seorang jururawat yang ditipu dua orang #deejay (DJ) #Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII,  ditemui mati semalam, dipercayai membunuhhhh diri.
#Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha,31 yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital berkenaan.
“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.
“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web itu.
#Dua deejay stesen radio dot..dot, Michael Christian dan Mel Greig menghubungi #hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa lalu.
#Greig yang menyamar sebagai #Ratu Elizabeth, meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.
#Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.
#Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak jawatan. – Agensi