Pages

Tuesday, 3 February 2015

Instagram ‘The Rich Kids Of Malaysia’ Kongsi Koleksi Awek Melayu Kaya + Cun ?

Sebelum ini, admin pernah menyusuri akaun Instagram ‘The Rich Kids of Tehran’ yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan di ibu negara Iran itu.
Tapi, tak sangka pula wujud akaun Instagram ‘The Rich Kids of Malaysia’!
Amboi, nak jugak… hehe tak nak kalah ye...
Setakat ini akaun tersebut sudah mempunyai 4,048 orang pengikut dan memaparkan 107 gambar kemewahan anak-anak muda negara ini.
Bagi yang berminat untuk melihat gambar wajah atau kemewahan mereka dipaparkan di akaun ini, mereka perlu menghantar gambar untuk dipilih terlebih dahulu menerusi emel.
Bukan sahaja anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid yang menghantar gambar, tapi pelakon Erin Malek pun ada tau! Gituu…
Biarpun tujuan akaun ini diwujudkan untuk suka-suka, nampaknya ia juga menjadi tempat untuk anak muda ini bersaing mempamerkan kemewahan yang ada.
Untunglah, kami rakyat marhaen yang biasa-biasa ni tumpang tengok sajalah… – MYNEWSHUB.CC

Monday, 2 February 2015

(6 GAMBAR ) Fazura Dan Taufik Bertunang?



Apa benar? Hahaha. Tergelak-gelak kami apabila membaca screenshot perbualan individu yang dipercayai bernama Sabrina ini.

Dari apa yang ditulis, Fazura dikatakan telah dirisik oleh penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah baru-baru ini.

Macam mana boleh tersebar berita ni? Sebab setahu kami Fazura pernah memberitahu umum yang dia dan Taufiq adalah kawan lama. Tak ada pula kata mereka bercinta.


“This is a LIE” – Fazura

Bagaimanapun, Fazura yang mengetahui hal ini terus menepis gosip tersebut dan menganggap apa yang cuba disampaikan oleh Sabrina adalah satu penipuan.

Malah, Taufik juga menyarankan Fazura supaya tak melayan khabar angin yang disifatkan mengarut itu. Bagus Taufik ni, tak melatah langsung. 
Dalam perbualan yang lain pula, Sabrina mengatakan dia merupakan jiran kepada Fazura dan mengaku sangat rapat dengan selebriti berkenaan. Eh, tadi Fazura kata sepupu, ni jiran pula. Mana satu ni?


Persoalannya sekarang, siapa Sabrina dan apa motif Sabrina cuba menyebarkan berita palsu tersebut? Haa dah macam cerita Detektif Conan pula!

Mungkin ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan melihat kemesraan Fazura dan Taufik sewaktu mereka menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2014. Lebih-lebih lagi apabila Fazura kerap berkongsi foto selfie dengan penyanyi handsome itu.


sumber

Penuntut Universiti Maut Dikelar Teman Lelaki Semasa Memandu




BUKIT GANTANG: Seorang penuntut wanita sebuah UITM Pulau Pinang telah meninggal selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 19, pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh yang memandu sebuah kereta Proton Perdana warna hitam telah ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan terbabit.


Menurut saksi kejadian, Md IKhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar daripada kereta sambil menarik mangsa ke tepi.

"Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan.

"Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

"Suspek telah berkata minta maaf dia telah buat silap dan juga berkata dia tak mampus lagi ke ?!'," cerita saksi.

Menyedari kehadiran kembali suspek orang ramai telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan pukul 2.00 petang dan disahkan meninggal di Hospital.

Menurut jurucakap pihak polis ASP Rahimi B Abdul Rahman, siasatan awal, suspek, Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Pihak polis menemui sebilah pisau lipat yang digunakan suspek telah dibuang di bawah bukit tepi lebuhraya.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman hukuman gantung sehingga mati mandatori. - Siakapkeli.com.my

LUAHAN HATI WANITA BERGAMBAR SELFIE BERSAMA SUAMI DIHINA DAN DIEJEK


Berikutan tersebarnya gambar mesra seorang wanita cantik dengan lelaki yang merupakan suaminya di media sosial, wanita itu tampil meluahkan perasaannya apabila ramai yang memberikan komen negatif dan mengejek serta menghina gambar mereka berdua.

Baca luahan hati beliau di bawah:

Ya Allah. Tak habis lagi! Habis mengucap dah aku ni! Salah apa aku sampai mcm ni teruk nya. Dah kawin salah. Tak kawin lagi lah salah! Kau siapa nak menghina dia? Lantak lah dia muka mcm mana pun. Bila aku terima dia, aku terima segala kekurangan dia. Aku tak kesah sikit pun korg nak anggap aku apa. Tp jgn him. Aku tak suka. Aku kat sini rasa sakit sgt!

Cuba fikir dgn cara yang waras, Untung apa korg bash org? Dapat duit ke? Aku rasa tak. Dpt dosa ada lah. Nak suruh aku sabar, Yes aku sabar. Mmg aku sabar. Tapi bila org hina org aku sayang, and paling penting suami aku sendiri. Takkan aku nak diam wat dunno? Kemom lah.

Siapa yg ada dekat tempat aku pun nak rasa benda yg sama. Maybe dah menangis melalak mcm org gila. Tp aku rasa takde untung pape pun kalau aku menangis bagai nak rak. Takde sbb aku nak menangis bagai.

Semua orang mampu hina org jee. And satu lagi. Ikut suka hati aku lah nak selfie mcm mana pun. Korang takde ‘HAK’ nak melekehkan kita org. Camera, IG, semua kite org punya bkn beli guna duit uolls pun so tak perlu nak menghina org seteruk tu!.

Seteruk teruk dia. Dia cukup imam untuk membimbing aku ke arah kebaikan. Cukup lah! Kalau setakat muka handsome duit tarak, iman tarak, buat apa? Kau ingt nak bayar apa apa guna handsome & cantik? Kau ingt di padang mahsyar nanti nak guna muka handsome tu?

Zaman bila tu? Tu zaman bdk bdk boleh lah bro. Bawak mengucap bebayak ya. Aku berterima kasih sgt yg menghina kite org tu, nanti di padang mahsyar jgn cari kite org tauu. Hehehehe askum.

Dunia perkongsian pada zaman ini sememangnya kejam dan semakin menjadi-jadi sehinggakan ramai yang menjadi mangsa pembulian siber.