Pages

Wednesday, 4 February 2015

Akhirnya Zizan Razak buka mulut beri amaran keras kepada Fazura?

Panas dan makin panas! Itu reaksi kami apabila melihat foto terbaru yang dimuatnaik oleh Zizan di laman Instagramnya.

Sekali pandang, foto yang menunjukkan dirinya dan Johan itu mungkin nampak seperti tiada apa-apa namun kapsyen yang digunakan seperti dituju buat seseorang. Zizan warning siapa itu?

Sebelum ini Zizan pernah ditegur oleh Fazura ekoran sikapnya yang mencelah ketika prorram Maharaja Lawak Mega. Malah Zizan turut beberapa kali dicemuh peminat kerana prestasi hambarnya bersama Virus.

Namun persoalannya sekarang, kapsyen ini ditujukan buat siapa? Berdasarkan pemerhatian kami, ramai pengikut Zizan di Instagram mengaitkan nama Fazura.

Mungkin kerana tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi, ramai peminat mendesak Zizan mengambil positif kritikan juri di MLM. Tambah mereka, Zizan perlu move on.

Apa-apa pun Zizan ada alasan tersendiri mengenai kapsyen terbarunya ini - Portal Ohbulan.




Luahan Rasa Isteri Ini Amat Menyentuh Hati

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Bait lirik lagu nyanyian P.Ramlee yang sentiasa jadi siulan ramai ini jelas mempunyai makna yang cukup mendalam.
Siapa yang tidak pernah diuji dengan pergaduhan, perselisihan faham dan sebagainya dalam perhubungan lagi-lagi setelah mempunyai ikatan suami isteri.
Namun luahan hati seorang isteri yang dikenali sebagai Siti ini mengenai cinta, kasih sayang, kehilangan dan ujian Ilahi amat menyentuh hati kami.
Ia seolah-olah memberi pengajaran dan peringatan buat semua yang bergelar suami dan isteri agar menghargai masa yang diberikan Tuhan ketika mengecapi kebahagiaan hidup berkeluarga.
Semoga ianya bermanfaat buat semua.
fathia-e1422002194218
Luahan Siti di laman Facebooknya:
“Setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga, kami selalu bergaduh. Itulah saya dengan suami. Selalu ada yang tidak kena sedangkan hati kami saling mencintai satu sama lain. Dia terlalu sibuk di tempat kerja sehinggakan saya rasa dia tidak mencintai saya lagi, sedangkan sebenarnya dia berusaha keras untuk memberi saya dan anak makan pakai yang sempurna. Saya seolah-olah tidak memahami peranan dan tanggungjawab seorang suami dan ayah yang amat berat dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Tanggal 4 November 2014, jam 11.30 tengahari adalah tarikh di mana Tuhan ingin membuka mata saya tentang erti kehilangan dan mengajar saya erti bersyukur. Saat inilah saat yang paling saya tidak boleh lupakan hingga kini. Ia merentap jiwa dan sanubari saya. Suami telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta Myvi ketika bekerja. Suami yang menunggang motosikal pada ketika itu telah berlanggar dengan Myvi berkenaan dan tercampak jauh jatuh ke jalanraya di USJ 1. Suami saya mengalami luka pada siku, retak tulang lengan dan bahunya juga terkeluar dari soket.

Ketika menerima berita kemalangan berkenaan, lemah lutut saya rasakan. Saya tidak pernah membayangkan perkara sebegitu terjadi kepada suami yang saya cintai. Tuhan sahaja yang mengerti perasaan saya pada ketika itu. Saya rasa dunia gelap dan terhenti. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi saya pada ketika itu.
Saya rasa amat bersyukur kepada Tuhan kerana suami masih hidup pada hari ini walaupun terpaksa menjalani sesi fisioterapi secara berkala di Hospital Sungai Buloh. Kini saya mengerti apa rasanya bila kita kehilangan seseorang yang kita sayangi dan cintai walaupun kehilangan itu tidak terjadi kepada keluarga kami.

Kemalangan itu memberikan kesan yang mendalam pada diri saya dan suami. Saya lebih menghargai setiap detik bersama suami dan anak. Suami juga begitu. Saya lihat kini dia cuba untuk meluangkan masa bersama kami ketika ada masa terluang walaupun saya tahu dia amat letih setelah pulang dari tempat kerja. Kemalangan itu juga benar-benar menyatukan kami kembali. Ia adalah teguran yang saya kira datangnya daripada Tuhan untuk kami memperbaiki diri dan tetap teguh dalam rasa cinta sebuah keluarga bahagia.”

Apa Jasa Datuk Jackie Chan Selain Police Story 3? Ini Dia..

DULU bila artis Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka banyak yang pihak yang mempertikaikannya.
Nampaknya perkara sama turut berlaku kepada Jackie Chan, apabila penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada beliau menimbulkan polemik.
Alasan yang diberikan Tengku Nan sama dengan alasan yang diberikan sewaktu isu ‘Datuk’ Shah Rukh Khan dibangkitkan dahulu iaitu sumbangan selebriti berkenaan yang mengangkat nama negara menerusi medium hiburan iaitu filem lakonan mereka yang menjalani penggambaran di negara ini sekaligus mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, alasan itu nampaknya tak dapat diterima ramai rakyat Malaysia.
Justeru, kami ingin kongsikan alasan lain yang mungkin tak ramai tahu tapi sedikit sebanyak pasti dapat menyembuhkan ‘sakit hati’ rakyat negara ini yang berasakan gelaran tersebut tidak wajar diberikan kepada Jackie Chan.
Tahukah anda beliau merupakan seorang dermawan?
Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie Chan dikatakan telah membuat wasiat untuk menyumbangkan segala hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit setelah beliau meninggal dunia.
Laporan Forbes pula menyatakan Jackie Chan disenaraikan antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal malah sumbangannya mencecah jutaan Dollar kepada badan-badan NGO yang membantu golongan miskin.
Mungkin itu sumbangannya terhadap dunia, jadi apa kena mengena dengan Malaysia?
Jawapannya ada di print screen bawah…
amal jackie wm
Ha, nampak tak? Itu pun yang diketahui sebab ada anak yatim yang telah merasa kebaikan Jackie Chan mahu membelanya.
Bersesuaian dengan sifat beliau yang tak suka berkongsi di media sumbangan yang dihulurkan, entah-entah sifat pemurah yang ada pada kita ini tak terbanding langsung dengan Jackie Chan.
Apa pun, terpulanglah pada masing-masing. Kadangkala harta, pangkat dan lain-lain ini jadi milik seseorang yang bernasib baik jadi anggap sajalah gelaran Datuk sudah rezeki Jackie Chan. Bukan boleh dibawa mati pun… -MYNEWSHUB.CC

7 Gambar 'Ibu' Berusia 21 Tahun Popular Di Laman Sosial

Gambar seorang wanita muda, cantik dan berstatus ibu ini menjadi bualan hangat di laman sosial. 
Ramai yang tidak percaya dengan wajahnya yang cantik seperti seorang dewi,ini rupa-rupanya seorang wanita yang sudah mempunyai 'cahaya mata'.
Vicky Chen, 21 tahun, berasal dari Taiwan ini mempunyai 233,000+ followers di laman Facebook dan setiap gambarnya sahaja mempunyai ribuan LIKES.
Terdahulu, Vicky memuat naik gambar beliau memangku seorang bayi dan followersnya menyangka Vicky sudah mempunyai anak.
Bagaimanapun, Vicky menjelaskan dia hanya penjaga bayi berkenaan.