Pages

Saturday, 7 February 2015

Kisah Hidup Kumpulan Zero Ini Boleh Jadi Inspirasi Buat Kita Semua



Tiada siapa menyangka yang kumpulan Zero mmenang Maharaja Lawak Mega 2014 semalam . Kumpulan 3 adik beradik berasal dari Sabah ini mengejutkan semua orang dengan prestasi memberangsangkan sepanjang program realiti ini. Pepatah ‘from zero to hero’ memang sesuai untuk mereka semua. Menang atau kalah malam ini, kumpulan Zero telah memberikan harapan kepada semua rakyat Malaysia. Jika anda berbakat dan berusaha bersungguh-sungguh, pasti jalan kejayaan akan muncul jua.
kumpulan zero mlm2014
Mensasarkan gelaran juara malam ini, Admin terharu membaca permulaan perjalanan seni kumpulan Zero. Setelah kematian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara. Sebelum itu, mereka 3 beradik bekerja sebagai nelayan yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka.
Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.
Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.
Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.
Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.
Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.
Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.
Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.
Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.
Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.
Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.
Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.
Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.
Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.
Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.
Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.
kumpulan zero mlm2014

Zero kongsikan wang kemenangan untuk:
1) Hantar ibu mereka menunaikan umrah
2) Membetulkan rumah
3) Persiapan perkahwinan Melati

Friday, 6 February 2015

Koleksi Gambar Kereta Mewah Milik Pemain Bola Sepak Malaysia




Semamangnya kerjaya menjaya pemain bola s#epak ini bukan calang-calang pekerjaan apatah lagi sekiranya dipanggil untuk bermain di peringkat kebangsaan.

Gaji pemain bola sepak di Mal#aysia sememangnya mampu mencecah sehingga 5 angka.

Sangat tidak pelik jika pemain bola sepak yang popular ini mampu memiliki kereta yang mewah dan mahal.


Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar kereta mewah milik pemain bola sepak Malaysia yang Katak Co#mel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. ong gedek gedek















Sumber

7 FOTO Selfie Zizan dan Maembong yang Suwit! Mesti tengok!!!

Ramai peminat nyata gembira berita itu. Tengok je la foto-foto selfie mereka. Memang suwit sekali. 
So, harap Zizan lebih fokus dengan hubungan ini. Kalau tak @amranfans akan cucuk angin.






2 Gambar wajah adik perempuan Syaiful Zero sangat cun melecun


Pergh cun giler adik perempuan Syaiful Zero yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Rupanya beliau mempunyai seorang lagi adik kandung.

Nampaknya, kisah mengenai kehidupan pelawak kumpulan Zero menjadi perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini dek kerana kejayaan mereka melangkah ke Final Maharaja Lawak Mega 2014.

Salah seorang ahli kumpulan Zero yang sering menjadi perhatian ramai setiap kali muncul dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Syaiful mengumumkan yang beliau bakal berkahwin selepas tamatnya persaingan peringkat akhir program itu.

Menurut laporan Astro Gempak, Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif berkata yang beliau akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini dan jika ada rezeki mahu menggunakan sebarang duit kemenangan sebagai belanja kahwin.

“InsyaAllah, saya akan tamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin. Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu,” ujarnya.

Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati turut mengakui tidak risau dengan status sebagai suami orang kelak dan berkata cukup dengan seorang ‘peminat wanita’ sahaja. Sempat bergurau. Tahniah Syaiful dan bakal isteri nanti!

Berikut ialah dua keping gambar adik perempuan Syaiful Zero yang sangat cun melecun. Kredit kepada blog sinarharian.