Pages

Friday, 6 March 2015

Erin Malek Disahkan Mengandung Anak Kembar



Tahniah diucapkan kepada Erin Malek yang hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan apabila disahkan mengandung cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan pasangannya, Farriz Fauzy dan lebih menggembirakan, pelakon itu juga dikatakan sedang mengandung anak kembar.


Erin Malek Disahkan Mengandung Anak Kembar - ROTIKAYA_001
Berita baik ini disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat Erin sebentar tadi kepada Berita Harian dan kami pasti ramai peminat Erin di luar sana mendoakan yang terbaik buat pelakon ini yang pernah popular melalui drama Misiku Kuza.
Sebelum ini, Erin pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu terburu buru dalam soal anak kerana mereka berdua kini masih dalam fasa berbulan madu namun dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dirinya tidak merancang kehamilan.
Juara Fear Factor musim kedua ini selamat diijabkabulkan dengan Farriz, 30, pada 10 Oktober 2014. (rtky/syfq)

Korang Tolong Jangan Terkejut Selepas Lihat Bagaimana Asalnya WIG (Rambut Palsu) Dibuat!!



Kepada penganut agama Hindu, rambut menjadi simbol pengorbanan sejak beratus ribu tahun lalu atas sebab-sebab yang berbeza. Antaranya mahu mengatasi kesihatan diri yang kurang baik, mencegah nasib malang dan mencari tuah.
Amalan itu merupakan satu kebiasaan di selatan India terutama di kuil-kuil di wilayah Tamil Nadu. Lokasi itu menjadi tumpuan hampir kebanyakan orang dari seluruh India untuk mencukur kepala.
Namun mereka yang terlibat dalam industri perdagangan rambut palsu dalam kebimbangan jika upacara keagamaan itu terus pudar pada masa hadapan.
Masyarakat India moden berubah mengikut perkembangan ekonomi negara mereka sekali gus membuka ruang untuk negara itu menjadi lebih sekular, berteras kepenggunaan dan pengaruh-pengaruh dari luar.
Mencukur rambut

UPACARA keagamaan mencukur rambut di kuil semakin kurang 

diminati oleh golongan muda di India.



"Terdapat satu perubahan yang berlaku iaitu orang-orang mudanya semakin kurang pergi ke kuil dan tidak melakukan amalan mencukur rambut.
"Mereka mungkin akan memotong separuh rambut mereka tetapi tidak semestinya akan mencukur kesemua rambut mereka," kata Ketua Eksekutif Raj Hair International, George Cherian di ibu kota Chennai.
Pada hari festival keagamaan, kira-kira 1,000 orang termasuk 50 hingga 60 wanita menjalani ritual memotong rambut di kuil Tiruttani di utara Chennai.
Wanita India seperti Anandi Perumalswany merupakan tulang belakang dalam industri itu. Walaupun mereka menetap di kawasan yang jauh dari salun-salun yang beraneka bentuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah namun lokasi itu menerima permintaan penyambungan rambut yang tinggi.
"Tuhan kegemaran kami ialah Tuhan Muruga. Kami mempunyai banyak hutang dan pelbagai masalah lain.
"Saya telah berdoa untuk anak lelaki saya agar dia cepat kahwin. Saya kemudian menawarkan rambut saya," kata Perumalswamy yang berusia 45 tahun dan ibu kepada dua anak itu.
Eksport rambut
Bertan-tan rambut panjang dipotong setiap hari dan kebanyakannya dijual dalam jualan lelong kepada pemborong.
Pemborong kemudian akan mengurus dan mengeksport rambut untuk kegunaan di seluruh dunia.
Amalan seumpama itu telah menjadi kerja sampingan yang menguntungkan pihak kuil. Kuil akan mengunakan kutipan daripada duit jualan rambut itu untuk aktiviti kebajikan.
Sebahagian pembekal telah melakukan sendiri perniagaan tersebut dengan memotong rambut mengikut kehendak pemborong.
Kecantikan gaya rambut yang disambung dalam kalangan artis Hollywood seperti Gwyneth Paltrow dan beberapa artis lain telah melonjakkan lagi permintaan untuk barangan kecantikan.
Rambut sintetik yang murah dan pernah popular pada tahun 1990 menyebabkan kejatuhan harga dalam perniagaan untuk firma-firma India. Namun rambut manusia kini menjadi kegemaran sekali gus menjadi nilai tambah kepada pasaran India.
RAMBUT-RAMBUT yang digunting pada upacara keagamaan di kuil-kuil di India dijual untuk pembuatan rambut palsu.



Pada masa ini, satu kilogram (kg) rambut yang dipotong di India secara purata dijual pada harga AS$250 (RM735) berbanding 15 tahun lalu yang bernilai AS$20 (RM59) sekilogram, jelas Cherian.
Jenis rambut yang paling mahal ialah remy yang dicukur terus dari pangkal leher. Ia bernilai 25 peratus daripada harga pasaran rambut non-remy.
rambut yang telah diikat dan akan mula proses untuk disisir rapi
"Rambut masyarakat India merupakan rambut yang paling dikehendaki kerana ia menyamai dengan rambut asal orang kulit putih.
"Malah warna semula jadinya iaitu hitam menyamai warna rambut kaum Afrika dan bila diwarnakan rambut tersebut menyamai warna rambut orang Eropah atau AS," kata Cherian.
Kualiti rambut
rambut-rambut ini akan di masak dengan menggunakan ubat terlebih dahulu
Produk itu kemudiannya dibekalkan kepada wanita seperti Fereena West yang gemar ke salun ColourNation di pusat bandar London. Harga untuk satu kepala rambut asal dari India berharga lebih AS$3,000 ((RM8,823) dan memerlukan empat jam untuk disiapkan.
"Rambut sambung yang diperoleh sangat berkualiti. Ia merupakan 100 peratus rambut manusia dan agak mahal," kata model sementara yang berusia 25 tahun.
Seorang pelanggan di salon eksklusif Michaeljohn, di London yang mahu dikenali sebagai Natasha berkata, penyambungan rambut tersebut sangat berbaloi.
banyak pilihan dipasaran....anda sanggup memakainya?
"Ia bernilai $970 (RM2,853), termasuk harga rambut dan kos penggayaan. Jadi bagi saya untuk menggayakannya tiga kali setahun ia memang berbaloi.
"Penyambungan rambut menjadi popular kerana artis seperti Cheryl Cole menyukainya dan dia menjadi lebih terkenal.
"Namun saya berpendapat ia turut digemari oleh kebanyakan orang dan bukan sahaja kelompok artis. Saya rasa ramai orang memilikinya kerana ia sangat bergaya dan membantu menyerlahkan penampilan mereka," katanya. - AFP

GEMPAR Nota yang Mona Fandey Yang Di jumpai Sangat Fuhh

GEMPAR Nota yang Mona Fandey Yang Di jumpai Sangat Fuhh | Saya mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya. 

GEMPAR Nota yang Mona Fandey Yang Di jumpai Sangat Fuhh


Sebelum ini saya tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. saya bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.
Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, saya pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?
Akhirnya saya menemuinya, saya berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwa dengan tiba-tiba. Saat itu saya di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Pertama kali saya melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu saya mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT saya dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).
Saya masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, saya sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, saya menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, saya datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.
Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Saya berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, saya menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama saya di tanah suci.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwa. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari saya melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.
Saban hari saya melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.
Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.
Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Saya menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doa saya untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.
Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?
Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan saya dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.
Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.
saya tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.
Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang saya ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”
Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.
Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri.
Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, saya memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.
Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.
saya masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.
“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepada saya apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.
Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, saya tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, saya cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.
Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun saya jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Saya beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.
Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, saya pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.
Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Saya masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.
Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.
Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.
Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Saya berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.
Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.

8 Gambar Perubahan Mengejut Penampilan Rozita Che Wan



#Pastinya ramai jejaka diluar bertambah-tambah makan hati dengan pelakon berdarah kacukan Zain Saidin bukan? Mana tidaknya, sudahlah dikurniakan isteri cantik, menjaga kebajikan suaminya dunia dan akhirat lagi.



Zain yang menyambut ulangtahun yang ke 31 semalam, Isnin, telah dihadiahkan isteri tercinta pakej menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan katanya Rozita pun akan turut sekali pergi menunaikan ibadah itu pada 25 Februari (Rabu) ini.

Pemergian Zain ke tanah Suci Mekah kali ini merupakan umrah pertamanya dan syukur kerana ditemani isteri yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah. Hadiah itu diumumkan Rozita yang mesra dipanggil Che Ta ketika sambutan hari jadi suami tercinta di Flora Terrace, Hampshire Place pada Isnin.

Pasangan artis berkenaan menganjurkan majlis hari jadi bertemakan Glam Black, Che Ta begitu anggun mengenakan hijab dan busana hitam yang cantik manakala Zain pulak nampak segak dengan suit hitam.

Che Ta yang menerima pujian kerana tampil bertudung litup tetapi aktres ini memilih untuk bertudung demi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Muda Asyraf dan belum disahkan telah berhijrah. Mungkin selepas pulang dari umrah nanti, InsyaAllah.

Selain Che Ta, Shasha yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin turut berkongsi momen-momen manis majlis tersebut.

Semoga pemergian Zain dan Che Ta untuk menunaikan ibadah dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya