Pages

Monday, 9 March 2015

Komen terlampau pedas Nor Hasni, isteri kekasih Putri Mardiana


Fuh panas sungguh hari ni. Isteri mana yang tak melenting kalau suaminya ditangkap khalwat dengan perempuan lain? Dua kali pula tu.
Jadi, kami faham sangat perasaan isteri kepada kekasih Putri Mardiana bernama Nor Hasni sebaik mengetahui hal ini. Tapi bila baca status-statusnya di Facebook, kami tahu dia bukan jenis wanita yang akan berdiam diri sahaja. Boleh tahan berbisa juga ayat yang dikeluarkan.
 
Fuh panas sungguh hari ni. Isteri mana yang tak melenting kalau suaminya ditangkap khalwat dengan perempuan lain? Dua kali pula tu.
Jadi, kami faham sangat perasaan isteri kepada kekasih Putri Mardiana bernama Nor Hasni sebaik mengetahui hal ini. Tapi bila baca status-statusnya di Facebook, kami tahu dia bukan jenis wanita yang akan berdiam diri sahaja. Boleh tahan berbisa juga ayat yang dikeluarkan.
Difahamkan, masalah rumahtangga antara Nor Hasni dan kekasih Putri Mardiana ini sudah lama berpanjangan. Harapnya mereka jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.
Manakala untuk Putri Mardiana dan kekasihnya itu, rasanya lebih elok cepatkan perkahwinan dari terus dilanda kontroversi macam ni.
Baca selanjutnya : Ohbulan





Bukti kegiatan maksiat suami

 

Biodata Allahyarham Harun Salim Bachik

Biodata Allahyarham Harun Salim Bacchik| Baca selanjutnya

Biodata Allahyarham Harun Salim Bacchik

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.

Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.

Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia.

Terdahulu, beliau memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English di Astro TVIQ & Astro Maya.

Kumpulan Boboi gandingan Harun Salim Bachik dan Aflin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober- 30 Disember 2011 . Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi .

Akhirnya , kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin . Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.

Filem yang pernah dibintangi

Baik Punya Cilok (2005)

Cuci (filem) sebagai Janitor (2008)

Apa Kata Hati? sebagai Hamidi (2008)

Setem (filem) sebagai Marcello (2009)

Papadom sebagai Hussin (2009)

My Spy sebagai Salleh (2009)

Duhai Si Pari-Pari sebagai Para (2009)

Lu Pikirlah Sendiri de Movie sebagai Tauke Pasar Borong (2010)

Kapoww!! sebagai Astromen Belalang (2010)

Aku Bukan Tomboy sebagai Bapa Farisa (2011)

Hoore! Hoore! sebagai Hairil (2012)

Jalan Kembali: Bohsia 2 sebagai Bomoh (2012)

Aku, Kau & Dia sebagai Dato Hisham (2012)

SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012)

Lawak Ke Der? 2 (2013)

Bola Kampung The Movie sebagai Tok Ayah (2013)

Bikers Kental sebagai Aidil Al-Zaifa (2013)

KIL sebagai Encik. Harun (2013)

Lemak Kampung Santan sebagai Pak Wan (2013)

Ular sebagai Pak Mus (2013)

Abang Long Fadil sebagai Pak Harun (2014)

Jin (2014)

Lelaki Harapan Dunia sebagai Megat (2014)

Marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham. Al-Fatihah :'(

Gambar pertama bayi perempuan Diana Amir didedahkan


Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung kira-kira jam 5.45 pagi semalam (Ahad).

Perkhabaran Diana yang melahirkan seorang bayi perempuan ini telah dikongsi bersama peminatnya menerusi rancangan hiburan popular, Melodi yang ditayangkan pada tengah hari semalam.

Malah Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @dianaamir awal pagi tadi.

Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung kira-kira jam 5.45 pagi semalam (Ahad).

Perkhabaran Diana yang melahirkan seorang bayi perempuan ini telah dikongsi bersama peminatnya menerusi rancangan hiburan popular, Melodi yang ditayangkan pada tengah hari semalam.

Malah Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @dianaamir awal pagi tadi.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Diana, bayi perempuan itu masih belum lagi diberikan nama dan dia juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya.

“Alhamdulillah segalanya dengan izin dan kuasa Allah… Allahuakhbar! Thanks semua yang mendoakan keselamatan sy and baby girl, blm bg nama lg, I love u.” tulisnya.

Diana dan suami, Habib Bullah A. Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Diana dan suami. Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Sumber : Murai

PILU Dan SEDIH!!! Luahan Afdlin Shauki Di Atas Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik




PILU Dan Hiba!!! Luahan Afdlin Shauki Di Atas Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik


Innalillah wainna ilaihi rojiuun... Tolong doakan dan sedekahkan alfatihah untuk sahabat saya ni yg telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yg tersayang. Semoga Alllah SWT meletakkan beliau bersama roh org org yg baik...assalammualaikum abgku.



Status Afdlin Shauki sebaik sahaja mengatahui rakan baiknya meninggal semalam.. Beliau juga telah memuatnaik 1 keping gambar terakhir mereka bersama dangan caption:

Gambar terakhir saya dan arwah jumaat lepas. Hari ni dia dah tiada... Innalillah wainna ilaihi rojiuun. Al fatehah. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.
آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ




Semoga Afdlin Shauki tabah..