Pages

Tuesday, 10 March 2015

4 Gambar Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang?



Mawar Fareeda Disihir Orang Sehingga Sukar Untuk Mengandung

Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.

Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.

Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.

Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:

Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.

Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.

Sumber : ohbulan.com



Zed Zaidi Nasihat Diana Danielle Jangan Bodohkan Diri



Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi hari ini memberi kenyataan dan juga nasihat kepada artis-artis tanah air agar tidak memperbodohkan diri sendiri dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi implikasi buruk terhadap industri seni dan hiburan tanah air.
Menurut Zed, setiap artis harus berhati-hati menerima satu-satu tawaran mahupun sesi fotografi agar tidak dipergunakan mana-mana pihak. Sekiranya, satu-satu tawaran itu dirasakan akan memberi implikasi negatif, artis berkenaan boleh merujuk kepada pihak persatuan.
“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati. Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?”
“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut”
“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai”
“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni,” katanya mengulas mengenai aksi berani pelakon Diana Danielle yang mencetuskan kontroversi.
Selain itu dalam masa yang sama, Zed juga menyokong tindakan Diana yang mengambil tindakan untuk berdiam diri kerana bimbang kenyataan pelakon tersebut akan dimanipulasi pihak tertentu jika dia membuka mulut pada situasi sekarang.
“Saya juga berharap yang kontroversi itu menjadi pengajaran dan contoh kepada artis lain dan janganlah perkara sebegini berulang,” nasihatnya. (rtky/syfq)

Saiz Aset Elizabeth Tan jadi pertikaian.. Lagi berkualiti dari Christina Peri katanya..


Selasa lalu telah berlangsungnya konsert Christina Perri ‘The Head Of Heart Tour’ di KL Live.. Elizabeth Tan turut ada untuk memeriahkan konsert..

Pastinya bila dapat sepentas sekali dengan penyanyi antarabangsa popular setiap orang akan mengambil gambar sebagai kenangan.. Menerusi laman Instgramnya, Elizabeth telah berkongsi gambar bersama Christina Perri..

Namun yang menarik perhatian lelaki-lelaki gila seks ialah saiz dada dua wanita ni.. Masing-masing memberi komen berbaur lucah.., ada yang memberi komen Barangan Malaysia lagi berkualiti dari Luar Negara..


Kalau korang baca pun memang boleh faham apa yang lelaki gila seks ni cuba sampaikan.. Miss A tengok gambar ni pun tak ada terfikir macam tu.. Bila dah baca komen mereka baru Miss A telitikan kembali pada gambar..

Memang tak dapat dinafikan segelintir lelaki Malaysia! ada masalah gila seks.. Mungkin disetiap gambar selebriti memang tempat-tempat tu je yang akan diorang ni fokus..

Kalau ikutkan banyak lagi komen-komen lucah diberikan lelaki gila seks ni.., cukup beberapa komen je yang Miss A screenshootkan.. Tolong la lelaki kat luar sana stop komen-komen berbaur lucah ni.. Tak malu ke orang baca komen lucah anda tu..

Tidak Merancang Kehamilan, Yana Serah Pada Ketentuan Tuhan



Baru sahaja 3 minggu pasangan ini bergelar suami isteri, nampaknya Yana Samsudin telah menerima aduan daripada suaminya, Fadzil Zahari walaupun mereka ketika ini sangat sibuk dengan kerja masing-masing.

Berkongsi kisah tiga minggu bergelar isteri kepada Harian Metro, Yana akui suami memintanya memasak kerana tahu isterinya suka dan memang pandai memasak namun, baru seminggu merasai masakan air tangan isteri tercinta, Fadzil mula ‘komplen’ perut naik.
“Yalah, selama seminggu saya jaga makan minumnya daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang sehingga kepada makan malam. Selepas seminggu, dia mula minta kurang-kurang­kan,” katanya ketawa.
Comel sungguh pasangan ini kami lihat selepas berkahwin, ditambahkan lagi dengan sikap romantik suaminya, dalam masa yang sama Yana juga akui agak janggal kerana permulaan hubungan mereka sebelum ini adalah bermula daripada kawan rapat.
“Kalau dulu-dulu, saya selalu di temani pembantu peribadi tapi kini ditemani suami ke mana-mana. Seronok juga walaupun dia tak selalu sangat temani saya sebab dia pun ada kerja sendiri. Cuma akhir-akhir ini susah nak berenggang. Tak tahu pula dia sungguh loving, romantik semacam pula!” katanya.
Selain itu, Yana juga memberitahu bahawa dia dan Fadzil tidak merancang mengenai isu cahaya mata walaupun sedar ketika ini Yana sibuk dengan tawaran berlakon serta mengacara dan menyerahkan perkara berkenaan ketentuan Allah sama ada cepat atau lambat. (rtky/syfq)