Pages

Tuesday, 10 March 2015

Foto Romantis Kakak Dafi & Suami Bercium Dalam Air

nina ismail bercium-6
Selebriti dan percutian sememangnya tak dapat dipisahkan. Yelahkan, bersuamikan seorang pereka fesyen terkemuka, Nina Ismail Sabri yang juga kakak kepada Dafi ini sememangnya sering menjadi perhatian.
Terkini, dia dan suaminya Jovian Mandagie nampaknya sedang seronok menikmati keindahan pantai bersama rakan-rakan. Tapi, percaya atau tidak, laut biru yang indah itu rupanya di Pulau Perhentian. Awesome!
Namun, kami paling teruja apabila melihat foto happy couple ni sedang kissing dalam laut biru. So sweet….

Foto Paling Sweet!

nina ismail bercium-2
Aip! Yang belum kahwin jangan tiru aksi ini okay?

Favourite Spot Nina

nina ismail bercium-10
Dengan laut membiru macamni, berendam sepanjang hari pun takpe rasanya.

Muka Penuh Tepung Pun Cantik!

nina ismail bercium-8
Kredit foto: Instagram Nina Ismail

oh bulan

Taufik Batisah Akhirnya Perkenal Bakal Isteri Di Facebook




Baru sahaja semalam tersebar gambar yang dikatakan Taufik Batisah dan juga bakal isterinya, hari ini penyanyi itu membuat pengakuan sendiri mengenai siapakah wanita bertuah tersebut di akaun Facebook miliknya.

Di dalam kenyataannya itu, Taufik mengakui sendiri bahawa beberapa hari ini, terlalu ramai yang bertanyakan mengenai siapakah gerangan bakal isterinya itu dan akhirnya hari ini mengambil keputusan untuk memperkenalkan Cik #awakkatmane iaitu, Sheena Akbal.
Assalamualaikum. I’ve always been private about my personal life but these few days I have been asked by so many friends & media about who my other half is. I will like to take this moment to share my happiness with everyone who has supported me all these years
Please meet Mrs #awakkatmane to be, Sheena Akbal. April will be a joyful month for our families and the both of us and I hope that everyone will support & pray for us. Once again I sincerely thank you for your kind wishes & prayers, In Shaa Allah,” katanya seperti dipetik daripada Facebook.
Kepada Taufik, tahniah kepada anda di atas pengumuman tersebut dan semoga persiapan anda mendirikan rumah tangga pada April nanti berjalan lancar. Akhirnya terjawab sudah teka-teki peminat anda. (rtky/syfq)

klik disini untuk melihat gambar 

4 Gambar Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang?



Mawar Fareeda Disihir Orang Sehingga Sukar Untuk Mengandung

Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.

Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.

Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.

Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:

Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.

Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.

Sumber : ohbulan.com



Zed Zaidi Nasihat Diana Danielle Jangan Bodohkan Diri



Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi hari ini memberi kenyataan dan juga nasihat kepada artis-artis tanah air agar tidak memperbodohkan diri sendiri dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi implikasi buruk terhadap industri seni dan hiburan tanah air.
Menurut Zed, setiap artis harus berhati-hati menerima satu-satu tawaran mahupun sesi fotografi agar tidak dipergunakan mana-mana pihak. Sekiranya, satu-satu tawaran itu dirasakan akan memberi implikasi negatif, artis berkenaan boleh merujuk kepada pihak persatuan.
“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati. Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?”
“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut”
“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai”
“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni,” katanya mengulas mengenai aksi berani pelakon Diana Danielle yang mencetuskan kontroversi.
Selain itu dalam masa yang sama, Zed juga menyokong tindakan Diana yang mengambil tindakan untuk berdiam diri kerana bimbang kenyataan pelakon tersebut akan dimanipulasi pihak tertentu jika dia membuka mulut pada situasi sekarang.
“Saya juga berharap yang kontroversi itu menjadi pengajaran dan contoh kepada artis lain dan janganlah perkara sebegini berulang,” nasihatnya. (rtky/syfq)