Mawar Fareeda Disihir Orang Sehingga Sukar Untuk Mengandung
Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.
Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun
mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.
Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.
Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin
Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum
sampai masanya.
Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat
menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.
Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang
perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan
kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini
jawapan Fizo:
Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau
boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap.
Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.
Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal
berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman
dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar,
bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.
Sumber : ohbulan.com