Pages

Tuesday, 24 March 2015

Foto Nad Zainal pakai baju kurung nipis yang agak tembus pandang ditegur peminat....

Anda masih ingat Nad Zainal? Pelakon wanita berusia 24 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukan Bidadari ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya memakai baju kurung yang agak nipis sehingga menampakkan sesuatu.



Nad yang kini sedang meningkat naik di dalam industri hiburan turut dilihat memakai tudung secara rambang. Susulan itu, beliau ditegur peminat di laman sosial.


Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


Jom baca komen teguran peminat buat si aktres cantik ini dan foto beliau pakai baju kurung nipis yang agak tembus pandang. Mungkinkah Nad tersalah pilih baju? Kami tak pasti pulak !!

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

7 FOTO terkini Farhan pasti mengejutkan Abby Abadi & Norman Hakim

Nama bekas suami Abby Abadi, Farhan tiba-tiba menjadi hangat diperkatakan orang ramai di laman-sosial, blog-blog hiburan dan media-media massa dek kerana kenyataan beliau yang dirinya kini bersedia untuk menerima tawaran berlakon.

Susulan itu, Farhan menerima kecaman dari orang ramai. Ada yang menganggap beliau sengaja mencari populariti apabila berkahwin dengan Abby Abadi.

Apapun, tindakan jejak berusia 24 tahun itu bergiat dalam dunia seni perlu dipandang secara positif dan diberi galakkan serta semangat, tak gitu?

Nama Noor Farhan Che Bakar tiba-tiba jadi sebutan bila kes perkahwinan diam-diam dan perceraian dengan bekas pelakon Abby Abadi jadi perhatian peminat sedikit masa lalu.

Selepas reda dan selesai masalah rumah tangga dan mereka sah bercerai, kini Noor Farhan, 25, mula berjinak-jinak dengan bidang seni. Bukannya mahu menumpang nama Abby sebaliknya mahu mencuba nasib.
Dia juga turut mencuba peragaan. Bukan mahu jadi model catwalk sebaliknya model commercial untuk iklan cetak dan iklan TV.
“Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

“Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Farhan yang juga sedang mengintai peluang untuk terjun ke bidang lakonan.
Dia akui belum pernah ada pengalaman dan terpanggil untuk mencuba nasib bila dapat dorongan daripada rakan sekeliling.
“Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

“Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi,” sambung Farhan kepada Mangga Online.
Dia minat dengan watak aksi khususnya pasal kereta drift. Walaupun tidak belajar skilnya, tetapi dia boleh melakukan aksi drift kerana minat.
“Kalau ada lakonan aksi memang saya minat,” kata Farhan yang kini sedang giat menurunkan berat badan.
Dia aktif ke gimnasium dan sudah mampu turun 10 kg dalam masa beberapa minggu sahaja. Dia kini mencecah 80kg daripada berat 90kg sebelum ini. Farhan sedang berusaha untuk kembali kepada susuk asal 70kg.

Sumber : Blog Beritasemasa22




Sebab sebenar Memey Suhaiza dan Abby Abadi tidak akan bermadu

Sebab sebenar Memey Suhaiza dan Abby Abadi tidak akan bermadu - Kenapa kami tiba-tiba keluarkan headline sedemikian? Ha..jangan cakap kami pandai-pandai bagi fakta ni sebabnya Abby sendiri yang beritahu menerusi laman Instagramnya tau.

Macamni, seperti yang semua sedia maklum Abby ada memuat naik perbualannya dengan bekas suami, Norman Hakim. Dek kerana itu, isteri Norman, Memey Suhaiza telah diminta mengulas mengenai perbulan tersebut yang dianggap mungkin menimbulkan salah faham antara mereka.
Realitinya, mereka saling memahami antara satu sama lain dan sentiasa menjaga hubungan baik semata-mata demi kepentingan anak mereka. Tapi, mesti anda semua nak tahu kenapa mereka berdua tidak akan bermadu kan?
"Ni baca ni : 10 sebab yg Sy & Memey tidak akan bermadu… #Fahamkan ye 1. Sharing is not caring hehe.. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Okbai haha… PS: Tenang2 sudah ye….. Sy, Norman & Memey bersama kerana ALLAH demi anak2. Tiada sebab lain. Pd pihak2 yg tak suka tengok org berbaik2, istighfar k…. Biarlah setan je yg buat kerja mereka. Kita manusia kan? Buat kerja kita sebagai Khalifah di bumi ALLAH ini. Banyak lg tanggungjawab yg tak selesai… Maafkan Sy yer. Sebab sayang Sy ingatkan ini… Nak bertaubat, biar di dunia ni… Kalau dah di sana nnti, tak guna dah."
Menerusi sekeping foto yang lain, Abby juga ada mengulas mengenai komen yang diterimanya kerana memuat naik perbualan dengan Norman di laman instagram.
"Dalam banyak2 post Sy di Instagram ni, yg ini yg jd perhatian Media. Siap tulis lagi di satu ruangan gossip katanya “Sudah2lah Abby cerita pasal hal rumahtangga dalam laman sosial”… Laaaaa.. ni hal rumahtangga ke ni? Yg Penulis gossip & hal2 merepek dalam paper tu, bila nk berhenti buat kerja yg sia2 tu? Niat dipanjangkan post Sy ini utk apa yer?"
Kalau nak tahu apa lagi yang Abby katakan, anda boleh terus intai di laman Instagramnya. Maka, kesimpulannnya, Abby dan Memey sudah memaklumkan bahawa mereka tidak akan bermadu. Jadi, jangan ada yang tanya lagi lepas ni ya. Hehe.
Gambar screenshot dan tulisan artikel milik penuh PORTAL OHBULAN.

Gadis misteri dedah mesej mesranya dengan Zaquan Adha, suami Ayu Raudhah


Betul ker ni? Seorang gadis misteri dengan beraninya telah mendedahkan video call dan mesej mesranya dengan Zaquan Adha, suami Ayu Raudhah.

Adakah gosip mengenai Zaquan Adha selama ini benar? Itu kami sendiri kurang pasti namun pendedahan ini pastinya mengejutkan orang ramai.

Di laman Rotikaya, sekeping lagi gambar bukti Zaquan Adha membuat panggilan video dan mesej mesra dengan seorang gadis telah diupload.

Ini merupakan kali ketiga perbualan dan mesej Zaquan Adha dengan gadis lain tersebar.

Melalui sekeping printscreen gambar itu, Zaquan Adha sempat bermesej dengan gadis misteri itu sebelum tidur. Isteri Zaquan, Ayu Raudhah dikatakan ketika itu berada di tingkat atas.
Sebelum ini, Ayu Raudhah menafikan gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu membabitkan suaminya.
Zaquan masih lagi belum membuat sebarang kenyataan dari pihaknya - Blog viral-otak.