Pages

Friday 1 May 2015

Teguran pedas Juliana Evans isu Zizan Razak kahwin gadis lain

Biarpun sebelum ini Juliana Evans dan Zizan pernah terkait cerita bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2011, pasangan di dalam filem Hantu Bonceng dan seterusnya Mael Lambong tersebut kini membawa haluan sendiri.

Diawal permulaan mereka berjauhan dahulu ada juga khabar mengatakan mereka berhubung tetapi setelah sekian lama mereka sudah putus hubungan.
Sejak November lalu Jue pulang ke tanah air, aktres ini mengakui tidak pernah berhubung mahupun berjumpa dengan bekas kekasihnya, Zizan Razak yang kini hangat dibelenggu kontroversi. Malah dia sendiri sudah tidak ambil tahu dan tidak masuk campur urusan yang berkaitan dengan pelawak popular itu.
“Jujurnya, bukannya saya sengaja mengelak atau tidak mahu berjumpa dengannya tetapi kami memang tidak pernah terserempak mahupun bertemu walaupun dalam mana-mana majlis anugerah sebelum ini.

“Walaupun kami pernah rapat sebelum ini, namun, apa sahaja yang berlaku kepada dirinya ketika ini bukan lagi menjadi perkara penting untuk saya ambil tahu lagi.

“Apa yang saya boleh katakan di sini adalah untuk mendoakan yang terbaik untuknya dalam apa jua bidang dan perkara yang dilakukannya termasuk perkahwinannya,” tuturnya dengan berhati-hati kerana bimbang tersalah memberikan kenyataan mengenai bekas kekasihnya itu.
Pelakon berusia 26 tahun ini berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran filem Bella & Jamie di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, di sini, minggu lalu.
Ditanya tentang hal peribadi pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans ini berkata bahawa dia tidak mahu memikirkan soal cinta terlebih dahulu sebaliknya mahu terus fokus dengan kerjayanya yang dilihat semakin berkembang.
Jue Evans juga yang kini bernanung dibawah Uprising Entertainment bersyukur kerana diterima kembali sebagai pelakon dan tidak perlu menanti lama untuk mendapat semula tawaran. Banyak tawaran telah diterimanya dan yang terbaru dia baru sahaja habis dengan penggambaran untuk siri Oh! My English musim keempat dan tidak lama lagi akan terlibat dalam produksi di Amerika Syarikat.
“Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku. Saya sendiri pun memang tidak ada perancangan untuk berehat selepas pulang dari AS. Apa yang saya mahu adalah untuk terus bekerja,” kata artis naungan Uprising Entertainment ini yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk siri Oh! My English musim keempat.
Sumber : Murai Batu

Foto terkini Nina Iskandar tanpa tudung sangat mengejutkan

Pelakon Nina Iskandar sebelum ini muncul dengan imej bertudung sekitar Mei tahun lepas. Semalam, pelakon yang bernaung di bawah produksi MIG itu memuat naik satu gambar dirinya dengan tidak bertudung di akaun Instagram miliknya.
Kapsyen yang ditulis oleh Nina dalam bahasa Inggeris apabia diterjemah:
"Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima atau tidak, itu bukan langsung masalah anda."

Tindakan Nina itu mengundang komen-komen dari pengikutnya yang mempersoalkan keikhlasannya berhijab sebelum ini. Salah satu komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya menyatakan bahawa Nina memakai tudung sebelum ini bukan berniat ikhlas, sebaliknya hanya kerana negara kelahirannya iaitu Brunei melaksanakan perundangan syariah.

Salah seorang pengikutnya di Instagram memberi komen bahawa penghakiman yang dibuat oleh orang ramai tidak penting, tetapi yang penting ialah penghakiman yang dibuat oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Setakat ini Nina masih belum membalas sebarang komen peminat mengenai perubahannya itu. Sekitar dua bulan lepas Nina pernah memuat naik satu gambar dia mengenakan topi (tidak menampakkan rambut) tetapi memberikan alasan kepada mStar Online:
"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata."


Katanya, perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan masyarakat di laman sosial - Beautifulnara.



Thursday 30 April 2015

14 Gambar Selfie Adik Tasha Shilla, Ella Razak Yang Super Cantik



Sungguh mengejutkan, Rupanya Tasha Shilla ada adik yang sangat cantik. Tak mustahil akan mengikut jejak kakak nya Tasha Shilla.. Ella Razak nampak sangat cantik bila bergambar.. Kami di Melastik Bulan Network mendoakan yang terbaik buat Ella Razak.

















Ngeri !!!! Tindakan Berani Seorang Lelaki Membalas Dendam Kepada Seekor Buaya Yang Membaham Isterinya



Seorang nelayan yang berang selepas isterinya yang sarat mengandung telah dibaham buaya telah nekad memburu buaya tersebut....

Sebelum ini isterinya, Demeteriya Nabrie, dipercayai telah keluar mencari kayu api berhampiran sungai Nawaikoke berhampiran dengan rumah mereka dan tidak pulang selepas beberapa jam...

Menyedari isterinya lambat pulang beliau dan orang-orang kampungnya telah keluar mencari Demeteriya dan terjumpa sesuatu yang mengejutkan iaitu keratan kaki mangsa yang masih berselipar serta telefon bimbit...

Berang dengan kejadian itu suaminya Mubarak Batambuze telah pergi ke kedai besi untuk menempah sebatang lembing yang paling tajam untuk memburu haiwan reptilia tersebut....

"Saya berjumpa dengan seorang tukang besi dan membayarnya  (RM25.02) supaya dia boleh membuat lembing paling tajam untuk saya." katanya....

Beliau yang terus ke sungai selepas lembing besinya itu siap telah berjaya menjejak haiwan tersebut berhampiran dengan lokasi tempat kejadian isterinya dibaham seminggu lalu....

Lelaki berusia 57 tahun itu kemudiannya membalas dendam dengan menangkap haiwan itu naik ke tebing sungai dengan bantuan lima nelayan lain...

Dia kini dilabelkan sebagai hero oleh penduduk kampung kerana membunuh buaya yang ganas itu dan menghantui penduduk kampung sejak setahun lalu...